2 Bulan Stranded Di Kampung Sebab PKP, Rumah Licin Disamun Penyamun

Share

Tiada antara kita mahu diuji sebegini berat apa tah lagi ia melibatkan ujian kehilangan harta benda dalam jumlah yang agak banyak. Namun dugaan dihadapi oleh seorang wanita dalam perkongsiannya di fbnya,  Miza Mohamad pasti membuatkan kita memahami perasaan dialaminya kala ini.

Ini kerana selepas dua bulan stranded di kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beliau antara yang terkandas di kampung selepas mengambil anaknya, bila pulang ke rumah selepas membuat permohonan lintas negeri, sesuatu yang mengejutkan, rumahnya menjadi lintang pukang akibat disamun.

Menyedihkan banyak barang-barang berharga miliknya hilang. Malah kata Miza di fbnya, perompak yang menyamun rumahnya siap manggakan kembali pintunya dan buka api, seolah-olah ada tuan rumah duduk di dalam sedangkan rumah sudah habis diselongkar dan barang-barang dilarikan. Beliau sudah pun membuat laporan polis berkaitan hal ini.

Rumah ditinggalkan dalam keadaan berselerak hinggakan anak bertanya kenapa Mama tak kemas baju.
Penyamun melakukan kerja berulang-ulang kali berdasarkan siasatana awal pihak polis

Dalam perkongsiannya, Miza berkata, rumahnya sudah lama kena aim. PKP dekat 2 bulan di kampung, memang raya dorang kat sini. Mesin basuh pun kena sapu. Paling terkilan barang kemas hadiah kahwin. 3 urat semuanya. Gelang satu tu putus, sebab itu tak pakai. Habis kena selongkar kain baju semua.

Tong gas pun dorang rembat. Coway lagi.  Balik rumah dengan penat jem, Allah uji kami dengan ni. Meraung dekat situ terus.

Anak-anak tanya kenapa mama tak lipat baju, tak kemas rumah. Allah, aku mampu nangis je masa tu. Terkilan dengan jiran jiran yang pintunya hanya sedepa dari aku, tak dengar pape langsung. Polis cakap bukan sekali dia masuk, banyak kali duk punggah barang-barang.

Aku tak tahu nak cakap ape. Tv, PS4, iron steam, tong gas, mesin basuh, barang emas 3 urat, jam gGShock, jam guess, penapis air coway. Semua licin.. 😭
.
Nk buat susu ank pun tak boleh. Ya Allah kenapa manusia jahat sangat. Apa dosa kami diuji begini. Kami tak kuat, bukan setahun dua kumpul nak beli semua tu. Sekelip mata orang ambik. Aku tak kuat. Aku balik sebelum PKP. Stranded kat situ. Dah tak yah gaduh-gaduh kat sini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros