Hobi & Minat

2 Bulan Tunggang Motosikal Dari Melaka Ke Mekah, Misi Aidil Akhirnya Tercapai!

Share

Orang kata kalau niat kita baik, mesti benda yang kita nak buat itu akan tercapai tak kisahlah sama ada lambat atau cepat.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun, Muhammad Aidil Nursulhi akhirnya telah berjaya menyelesaikan ekspedisinya untuk menunaikan umrah hanya dengan menaiki motosikal jenis Modenas Kriss 110.

Tindakannya itu telah menarik minat ramai masyarakat dan menurut bapa Aidil melalui akaun Tiktok @aimprosamudra31 yang berkongsi kisah anaknya itu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua (2) bulan dan Aidil telah mula bermusafir dari Melaka pada 21 Mac 2024.

“Macam biasa, anakandaku Aidil seorang peserta motosikal paling muda, paling kurang ilmu pemanduan motosikal jarak jauh serta semestinya diuji menggunakan motosikal cc yang paling kecil”

Tambahnya lagi, “Itu pun ehsan sahabat permotoran aku sendiri, yang ingin membawa niat bersama. Tapi keyakinan yang tinggi serta bantuan peserta adalah kunci utama kisah perjalanan mereka berjaya. Ditambahkan lagi doa sahabat dan keluarga…”.

Kredit: Tiktok @aimprosamudra31

Difahamkan, banyak halangan yang perlu ditempuh oleh Aidil semasa pengembaraannya. Namun, dia tekad untuk meneruskan misinya untuk terus sampai ke destinasi iaitu Mekah.

Kredit: Tiktok @aimprosamudra31

Sebelum ini, Aidil pernah mengelilingi dunia bersama bapanya, Aimpro Samudra dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan kejayaannya kini sangat membanggakan bapanya.

“Alhamdulilah, abah sendiri pun belum sampai. Syukur ini semua dengan keizinan Allah dan berkat doa semua”, ujar bapanya.

Apa pun, semoga Aidil dan peserta yang menyertai misi kembara menaiki motosikal ke Mekah mendapat umrah yang mabrur dan kembali ke tanah air dengan selamat. InshAllah!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE