2-in-1 ! Konsert K-Pop Gabung iKON & Winner Pada Weekend Yang Sama

Share

 

Untuk para K-Poppers, ini adalah weekend yang wajib ditanda dalam kalendar korang!

 

Pengajur MacpiePro semalam mengesahkan kedatangan dua kumpulan popular dari Korea Selatan pada Oktober akan datang iaitu iaitu iKON dan Winner. And get this, mereka akan ke Malaysia pada hujung minggu yang sama.

Itu bermakna akan ada dua konsert K-Pop yang dianjurkan berturut-turut pada hari Sabtu dan Ahad, di lokasi yang sama.

Situasi seperti ini bukanlah jarang berlaku di Korea, lebih-lebih lagi apabila kumpulan tersebut berada di bawah pengurusan yang sama. Dalam hal ini, iKON dan Winner bernaung di bawah ‘bumbung’ YG Entertainment. Sebab itulah, mereka boleh lmembuat persembahan ‘berganda’ di Malaysia pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad).

 

iKON dianggotai oleh B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan.

 

iKON terlebih dahulu akan ‘merasmikan’ pentas di Stadium Malawati Shah Alam pada hari Sabtu. Ini merupakan kemunculan kali kedua iKON di Malaysia – kali pertama adalah ketika iKONCERT di Stadium Negara pada tahun 2016.

Manakala, pada hari Ahadnya pula, Winner yang dianggotai oleh Yoon, Jinu, Hoony dan Mino akan mengadakan persembhan di sini untuk kali pertama.

 

Yoon, Hoony, Jinu dan Mino dari Winner.

 

Istimewa untuk K-Poppers remaja di bawah 18 tahun (yes, you

!), korang boleh mendapatkan tiket pada harga istimewa iaitu serendah RM98 (harga asal RM273) untuk menyaksikan kedua-dua konsert ini!

Manakala, bagi penonton biasa, korang boleh memilih zon masing-masing mengikut bajet. Ia bermula dari harga RM273 (Zon Hijau) sehinggalah RM693 (Inner Circle).

 

Harga tiket mengikut zon.

 

Buat masa ini, korang hanya perlu stand by je pada sehingga 23 Ogos (Khamis) hadapan kerana tiket iKON 2018 Continue Tour akan mula dijual melalui www.ticketcharge.com.my pada 12 tengah hari. Manakala, jualan tiket Winner 2018 Everywhere Tour pula akan dijual pada hari yang sama tetapi mulai pukul 2 petang. Juga di laman web yang sama.

 

Kalau Dah Fanatik Sangat..

Bukan itu saja! Yes there is more to come.

Sekiranya korang memang die hard fans mereka, pastikan korang menjadi 400 pembeli pertama tiket Inner Circle ATAU 150 pembeli pertama Zon Merah. Ini kerana korang boleh mendapatkan pas Soundcheck.

On the other hand, 280 pembeli pertama Zon Kuning pula akan mendapat pas Sendoff supaya korang boleh mengiringi kumpulan K-Pop masing-masing semasa mereka mengucapkan selamat tinggal.

 

 

Fanatik eh?

Apa-apa pun, makluman lanjut dan terkini boleh didapati di Facebook Macpiepro. Jumpa dekat sana nanti!

 

 

Published by
FZ