2 Juta Orang Akan Hilang Kerja Selepas Aidilfitri, Majikan Masih Bergelut Kesan COVID-19

Share

COVID-19 yang mencetuskan pandemic di seluruh dunia bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.

Ternyata apa yang ditakuti, bermula dari penurunan harga minyak mentah, pemotongan gaji pekerja, ketiadaan bonus dan sebagainya dan terkini pembuangan pekerja.

Dalam satu laporan akhbar, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan pemberhentian pekerja akan terus berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri kerana kebanyakan majikan masih bergelut dengan kesan ekonomi akibat wabak koronavirus (Covid-19).


Menurut laporan portal FMT, Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, pada masa ini terdapat majikan yang meminjam wang atau menggunakan simpanan bagi membayar gaji pekerja.

"Dijangka lebih 2 juta akan kehilangan pekerjaan, termasuk lepasan universiti dan 610,000 yang menganggur sebelum Mac tahun ini. Situasi ini dijangka berterusan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Samsuddin berkata ketika ini majikan memerlukan undang-undang baharu bagi membantu menangani kos overhed.


Beliau memberi contoh sumbangan majikan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebelum ini disyorkan supaya dikurangkan daripada 11 peratus kepada lima peratus.

"Kadar siling tetap perlu ditentukan bagi potongan gaji dan waktu kerja anjal sebagai suatu bentuk kompromi dengan kesatuan sekerja yang menolak pengurangan gaji dan waktu bekerja.

"Ia selaras dengan keperluan menerima normal baru pasca Covid-19 dengan menambah bahawa beban bagi memastikan overhed rendah dan kakitangan terus bekerja perlu dipikul semua pihak," katanya.

Berhubung langkah kerajaan memastikan rakyat tempatan diambil bekerja di pasar borong Selayang di Kuala Lumpur ia sesuatu yang wajar dipuji kerana ia dapat membersihkan tempat tumpuan warga asing di ibu negara.

Jelasnya, operasi pasar berkenaan kini dilihat lebih bersih dan menarik.

“Terdapat kira-kira 1,500 jawatan kosong yang boleh diisi rakyat tempatan sama ada bekerja secara sambilan atau sepenuh masa.

"Walaupun kos menggaji warga tempatan lebih tinggi, namun majikan boleh menjimatkan kos dalam tempoh panjang kerana tidak perlu bayar levi dan kos dokumen undang-undang," katanya.
Sumber :Sinar Harian

Published by
Almaswa Haji Che Ros