Acara minggu fesyen antarabangsa sempena musim luruh/sejuk 2022 sejak bulan Februari kini menghampiri pengakhirannya setelah ia tiba di kota Paris.
Selama minggu fesyen berlangsung di lokasi ‘Big 4’ merangkumi Paris, Milan, London dan New York, ramai media Malaysia termasuklah REMAJA telah melaporkan mengenai pembabitan model tempatan, Vanizha Vasanthanathan (@vanizhavasanthanathan) yang berjalan untuk dua pereka fesyen iaitu ACT N’1 dan Marco Rambaldi sewaktu berada di Milan, Itali.
Girl! You are just amazing.
ARTIKEL BERKAITAN : Vanizha Vasanthanathan Kuasai Pentas Peragaan Di Milan – REMAJA
Dalam diam, bukan hanya Vanizha yang berkesempatan untuk terlibat sebagai peragawati di pentas fesyen antarabangsa. Dua lagi model tempatan yang telah melebarkan sayap ke luar negara turut memikat perhatian ramai pemerhati fesyen baru-baru ini.
Di New York, Atikah Karim (@Tiqsg) yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah telah mengukuhkan portfolionya sebagai seorang model antarabangsa di kota New York dan di Paris. Sekali lagi, Atikah menjadi pilihan jenama Marine Serre apabila dia melakukan ‘comeback’ di pertunjukan fesyen mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Atikah & Ling Tan Tolak Sentimen Anti-Asia Dalam Paparan Fesyen British Vogue – REMAJA
Mengambil ilham daripada dunia fesyen underground Perancis dari era 90-an, Atikah memperagakan gaun paras lutut Marine Serre dengan mainan paten berbeza yang membentuk gaya patchwork.
Manakala bagi koleksi musim luruh/sejuk jenama Ottolinger pula (masih di Paris), pereka duonya iaitu Christa Bosch dan Cosima Gadient pula memiliki idea untuk menggayakan modelnya sebagai ‘bad gals’ dalam persalinan serba chunky
dan cropped.*
Sambil itu, seorang lagi peragawati tempatan yang menempa nama di pentas antarabangsa iaitu Gwen Lu (@_gwen.lu_) telah berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada produksi koleksi terbaru Balenciaga 360 Degree Show.
Koleksi ini memberikan penghormatan kepada situasi semasa yang berlaku di Ukraine sekarang; satu situasi yang amat begitu dekat dengan diri pengarah kreatifnya , Demna Gvasalia yang merupakan seorang anak pelarian Georgia.
Biarpun berjalan dalam set bersalji, kelibat Gwen masih menawan perhatian sang pemerhati yang hadir. Seperti model lain, tubuh Gwen sedikit membongkok ke hadapan untuk berjalan mengharungi salji serta angin yang meniup ke arah mereka.
Untuk pengetahuan, Gwen Lu merupakan wajah sinonim di Balenciaga setelah dilantik sebagai salah seorang modelnya untuk pertunjukan musim bunga/panas 2022 dan musim luruh 2022.
*
Jujurnya, REMAJA amat berbangga dengan kejayaan model-model kelahiran Malaysia ini menempah slot sebagai wajah pertunjukan fesyen jenama besar ini. Moga-moga, model muda yang baru melangkah masuk ke industri fesyen di Malaysia akan memperoleh ilham daripada kejayaan mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.