Seperti yang dilaporkan saban hari di media massa mahupun di media sosial, cabaran yang dihadapi oleh para pelajar sekolah sepanjang musim pandemik COVID-19 ini sememangnya ketara.
Bukan mudah untuk mereka belajar dari rumah, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang bersiap sedia untuk berdepan peperiksaan utama.
Meskipun begitu, dua orang pelajar Malaysia yang menuntut di Beaconhouse Sri Inai International School, Petaling Jaya hari ini boleh berbangga apabila mereka meraih keputusan membanggakan ‘straight A’s’ untuk peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang mereka duduki pada tahun 2020!
Yashodini A/P Andy Easwaren dan Jun Rain Lim De Jin masing-masing memperolehi kepujian tertinggi dan merupakan di antara 16 orang pelajar sekolah swasta terbabit yang memperolehi A dalam semua subjek.
Ads
Kongsi Yoshidini mengenai kemampuannya mendpaatkan keputusan cemerlang di kala Malaysia dilanda pandemik tahun lalu, “Saya selalu cuba untuk mengekalkan keputusan cemerlang dalam pendidikan sepanjang berada di sekolah, namun tahun lalu adalah cukup mencabar.
“Pengalaman belajar dari rumah adalah baru untuk saya dan ia tidak mudah. Saya gembira untuk masih kekalkan pencapaian dan membanggakan keluarga serta sekolah saya.”
Ads
YASHODINI ANDY EASWAREN VASUDEVAN.
Untuk pengetahuan, Yashodini sebelum ini telah membawa pulang lebih 35 anugerah sepanjang pembelajarannya di Beaconhouse Sri Inai International School termasuklah anugerah emas di The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2019 dan anugerah emas di East Asia Maths Ninja Challenge 2019.
Buat Jun Rain pula, dia berterima kasih di atas sokongan keluarga dan tenaga pengajarnya. “Saya tidak sabar untuk fasa seterusnya dalam hidup saya dan berharap keputusan ini akan memberi saya peluang untuk masa depan yang cerah.”
Ads
JUN RAIN LIM DE JIN.
Pada tahun lalu saja, lebih sejuta pelajar dari seluruh dunia menduduki peperiksaan Cambridge IGSCE ini termasuklah di Malaysia.
Dengan keputusan cemerlang ini, Yashodini dan Jun Rain kini berpeluang untuk dianugerahkan dengan pencapaian 2021 Outstanding Cambridge Learners Awards yang bakal diumumkan pada bulan Mac ini.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kopi antara minuman paling popular di dunia kerana rata-rata masyarakat memilih kopi sebagai hidangan tidak kira ketika waktu pagi atau pun sewaktu berehat bersama teman-teman.
Jika tidak, masa kan terdapat banyak coffee house yang wujud di seluruh dunia dengan aneka pilihan pelbagai jenis kopi.
Ada yang menganggap minuman kopi boleh menyebabkan ketagihan. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tapi sebagai peminat kopi kami juga tidak menafikan yang ketagihan kopi sememangnya wujud. Hiks!
Untuk peminat tegar minuman kopi, Remaja nak kongsikan satu berita baik untuk korang. Satu kajian ilmiah telah dijalankan dan hasilnya menunjukkan bahawa dengan minum secawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko anda dijangkiti COVID-19.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Fox News, melalui kajian ilmiah yang diterbitkan di Nutrients yang dilakukan oleh para saintis dari Northwestern University terhadap lebih 40,000 peserta yang telah dibahagikan mengikut faktor umur, jantina dan sejarah perubatan.
Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang minum secawan kopi atau lebih setiap hari mempunyai kurang risiko untuk dijangkiti dengan wabak COVID-19, berbanding dengan mereka yang sama sekali tidak minum kopi.
Pengambilan kopi mempunyai kesan positif terhadap biomarker keradangan seperti CRP, interleukin-6 (IL-6), dan faktor nekrosis tumor I (TNF-I). Perkara yang perlu diperhatikan di sini adalah bahawa biomarker ini juga dikaitkan dengan tahap parah dan kematian akibat COVID-19.
Tidak hanya kopi, para penyelidik juga menemui beberapa makanan yang mampu untuk mengurangkan risiko COVID-19.
“Hasil kajian kami menyokong hipotesis bahawa faktor pemakanan dapat mempengaruhi aspek yang berbeza dengan sistem kekebalan tubuh, termasuk kerentanan terhadap COVID-19. …”kata para penyelidik seperti yang dilaporkan oleh Wion.
Wah, info menarik ni kan. So korang ‘pekena kopi’ ke hari ni?
Ruang bilik antara yang sering menjadi favorite anak muda kerana bagi mereka, bilik tidur adalah ruang privacy untuk beristirahat dan melakukan urusan pekerjaan, tambahan pula sekarang ini ramai yang melakukan kerja dari rumah atau pun belajar secara online.
Selain memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan bersih, perkara utama yang perlu kita ambil perhatian adalah tentang ruang udara dan persekitaran yang harum.
Penggunaan pewangi bilik juga mampu menjadikan mood korang lebih baik dan secara tidak langsung dapat menghilangkan rasa penat bila seharian penat bekerja.
Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Emma Wan Noordin, dia merupakan individu yang tidak suka jika rumah berbau. Jika dulu, dia hanya membeli spray haruman bilik yang biasa, tetapi baunya tidak tahan dan sekejap sahaja dah hilang.
Jadi, dia mencadangkan penggunaan pewangi elektrik daripada jenama Bath and Body Works. Baunya memang wangi dan bila pasang di bilik, sampai di luar pun boleh bau lagi wangian tersebut. Perkongsiannya ini mendapat lebih daripada 14 ribu shares di Facebook dan 3,000 komen.
Kena beli kepala perfume ni dulu dengan jenama yang samaBotol perfume bilikConcentrated room sprays
Ada beberapa tip yang korang boleh ikut, antaranya ambil kira keluasan ruang bilik masing-masing. Kalau letak dalam bilik yang kecil beli bau soft pun okay, tapi kalau bilik luas disarankan pilih bauan yang kuat. Nak lagi wangi, guna penghawa dingin dalam bilik.
Ramai juga turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan pewangi bilik ini.
Ha, mungkin lepas ni korang boleh cuba juga. Barulah semangat nak buat kerja kan. Sambil-sambil tu tengok movie pun layan bila bilik dah wangi. Hiks!
Tujuh tahun lalu dia mengambil keputusan drastik untuk berhijrah dari segi rohani dan lahiriah. Dari seorang penyanyi yang sedang berada di puncak kerjaya dengan pelbagai kolaborasi dengan selebriti antarabangsa, dia mengambil keputusan untuk berhijab dan belajar untuk lebih mendekati Allah SWT usai pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Dalam satu temubual bersama rancangan Malaysia Hari Ini, dia berkongsi cerita. “Ketika berada di Makkah, saya berazam mahu pulang ke Malaysia dan saya mahu berubah 180 darjah. Pengalaman saya ketika mengerjakan haji membuatkan saya merenung kembali apa ertinya menjadi seorang Muslim.
“Untuk berubah 100 peratus bukan mudah, saya mula berhijab namun saya masih berada di dalam industri hiburan. Saya pulang sebagai Hajjah Shazrina Azman, dan tidak sesuai lagi untuk memakai busana-busana yang terdedah dan seksi. Kalau saya terus berada di atas pentas dan menari, saya rasa tidak sedap hati.
“Bila kita nak berubah kita kena tahu niat kita, always go back to our niat. Kita berhijrah kerana Allah SWT bukan kerana orang, bukan kerana populariti ataupun kerana ibu dan bapa yang mahu saya berubah. Saya rasa niat itu yang membantu saya merubah kehidupan saya untuk menjadi lebih baik.”
BELAJAR UNTUK MELEPASKAN
Bahagia di samping suami tercinta, Noh.
Apabila seseorang mahu berubah dari kehidupan lamanya, pasti pelbagai reaksi akan diperoleh dari sahabat sekeliling. Ada yang menerima dengan positif dan pastinya ada yang akan bersikap negatif menolak perubahan yang dilakukan.
“Kita harus belajar untuk mengenal pasti siapa rakan yang baik dan siapa rakan yang tidak sesuai untuk kita. Belajar untuk melepaskan orang yang bersikap toksik terhadap kita. Ketika saya mula-mula berhijrah dahulu ada segelintir yang mempersoalkan kenapa saya mahu menjadi lebih Islamik dengan drastik.
“Jangan risau jika kita hilang rakan-rakan kerana Allah memberi pilihan kepada kita untuk memilih kelompok rakan-rakan yang boleh memberi manfaat kepada diri. Ada rakan yang sebelumnya baik dengan saya mula menjauhkan diri, namun begitu saya bersyukur kerana dihadirkan dengan rakan-rakan yang sayang saya kerana Allah. Selalunya jika saya rasa randah dan iman berkurang, saya menghubungi mereka dan Alhamdulillah mereka membantu saya untuk ingat kepada Allah SWT,” ujarnya panjang lebar.
Mendengar kisah isteri kepada Noh Hujan ini memberikan satu refleksi kepada diri. Berubah dimulakan dengan niat yang betul. Cari kelompok rakan-rakan yang boleh membimbing dan bersama kita dalam melakukan kebaikan. InsyaAllah.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...