2 Peragawati Malaysia Tolak Sentimen Anti-Asia Dalam Paparan Fesyen British Vogue

Share

 

Menerusi keluaran majalah British Vogue edisi Januari 2022, dua orang peragawati kelahiran Malaysia telahpun terpilih bagi mewarnai paparan fesyen khas dengan mesej menolak sentimen Anti-Asia.

Mereka merupakan Atiqah Karim (@Tiksg) dan Ling Tan (@LingTan_); yang cantik diapit oleh Varsha Thapa, Chloe Magno, Yumi Nu, x, Serguelen Mariano, Ngoc Minh Ngo, Nuri Son, Manami Kinoshita, Fernanda Ly, x dan Aida Buarat.

(Dari Kiri) : Varsha Thapa, Chloe Magno, Yumi Nu, Ling Tan, Serguelen Mariano, Ngoc Minh Ngo, Nuri Son, Manami Kinoshita, Fernanda Ly, Atikah Karim dan Aida Buarat. Foto : Shariff Hamza

Dokumentasi ini merupakan respon balas jurufoto Sharif Hamza terhadap sentimen tersebut yang semakin memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan terpaksa dihadapi mesyarakat berdarah Asia di negara Barat.

Hasilnya, 11 orang peragawati wanita kelahiran Asia Timur dan Asia Tenggara disatukan dalam sebuah paparan fesyen bukan sahaja untuk mengiktiraf kecantikan serta kredibiliti mereka dalam industri fesyen. Ia juga merupakan laungan kebanggaan kesemua ahli produksi yang terlibat terhadap identiti mereka sebagai masyarakat berdarah Asia yang sama kreatif dan berbakat jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka dari negara Barat.

Atikah Karim.

Kata Atiqah, sebagai seorang gadis Asia yang bekerja sebagai seorang model antarabangsa, “Saya kadangkala sukar untuk meletakkan diri saya dalam satu kategori,” yang mudah diterima oleh orang ramai.

Mungkin kerana faktor warna kulit? Atau mungkin kerana majoriti masyarakat Barat selalu beranggapan gadis Asia perlu bermata sepet, berkulit cerah dan berambut lurus?

One way or another, mungkin ia disebabkan semua faktor di atas memandangkan ada sesetengah anggota masyarakat yang masih kecil skop mindanya.

Atikah Karim dalam paparan majalah L’Officiel Malaysia edisi Ogos 2020.

Atikah merupakan peragawati yang bangga dengan asal-usulnya yang berdarah Bajau-Brunei. Bertahun lamanya beliau berkelana di luar negara sejak 2014, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini telah membuktikan wanita Malaysia boleh membina profil di peringkat antarabangsa jika mempunyai keinginan dan minat yang mendalam.

Atikah Karim.

Baru-baru ini, Atikah kembali ke pentas peragaan di New York sempena Minggu Fesyen New York dan dipilih untuk berjalan di pertunjukan fesyen Peter Do; salah satu daripada puluhan jenama yang pernah disertainya sebelum ini seperti Marine Serre, Rick Owens, Lemaire dan Kenzo.

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Selebriti Korea Mulakan Karier Sebagai Model Sebelum Bergelar Pelakon – REMAJA

*

Seorang lagi peragawati Malaysia yang dipaparkan ini tidak lagi memerlukan introduction. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Ling Tan.

Ling Tan.

25 tahun menapak dalam industri fesyen dan telah ‘terbang’ ke pelbagai destinasi antarabangsa demi tugasan selaku seorang peragawati antarabangsa (termasuk menjadi model Victoria’s Secret pertama dari Asia Tenggara!), Ling Tan merupakan salah seorang individu yang bertanggungjawab membuka laluan kepada generasi peragawati baharu dari Malaysia (dan Asia Tenggara).

Ling Tan dalam paparan majalah Vestail edisi Ogos 2021.

Dari sudut perwakilan masyarakat Asia dana industri fesyen, beliau memulakan karier 25 tahun lalu tanpa terlalu ramai kelibat peragawati Asia di Eropah dan Amerika Syarikat. Ling Tan mengakui dirinya bertuah apabila dapat bertemu dengan ramai rakan-rakan seindustri daripada berbilang latar belakang yang menerimanya masuk dengan rasa hormat dan baik hati.

Ling Tan

Namun katanya kepada Prestige Malaysia, sejak 15 tahun yang lalu, berlaku perubahan dalam sektor pembelian barangan mewah dalam kalangan wanita dari benua Asia. Ini secara tidak langsung ‘memaksa’ industri untuk membuka ruang kepada lebih ramai masyarakat berdarah Asia agar pelanggan terus berminat untuk membeli. Lebih ramai wanita Asia dipaparkan pada halaman depan majalah fesyen serta diambil untuk berjalan di pentas peragaan.

*

Bagi jurufoto paparan fesyen bagi British Vogue ini iaitu Sharif Hamza, perwakilan Asia di negara asing adalah cukup penting demi membuktikan kebolehan golongan berdarah Asia dalam pelbagai bidang.

Paparan kali ini amat bermakna kerana ia dedikasikan kepada ibunya yang berdarah Filipina. Dia mendapat ilham untuk mempamerkan model-model Asia ini setelah merasakan masyarakat berdarah Asia (terutamanya dari Asia Timur dan Asia Tenggara) di Amerika Syarikat masih dijadikan sasaran mudah sentimen anti-Asia.

Baru-baru ini, Sharif terkesan dengan insiden seorang wanita warga emas Filipina yang diserang di Times Square, New York. Dia merasakan masih belum wujud diversiti yang sebenar di sana. Masih belum merebak rasa hormat terhadap perbezaan latar belakang dan warna kulit yang tulen.

Secara tidak langsung, paparan ini merupakan ‘surat khas’ mereka kepada industri fesyen untuk mengajak para penggiatnya ke arah diversiti dalam berkarya.

BACA LAGI : Sambil Belajar Di Universiti Harvard, Anak Kimora Lee Simmons Sempat Jadi Model – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ