2 Remaja TikTok Ragut Nyawa Selang 5 Hari Untuk Alasan Berbeza, Apa Cer?

Share

Aplikasi TikTok umumnya dikenali sebagai apps yang menggembirakan dan menceriakan ramai penggunanya serta penonton.

Namun, lain pula ceritanya dengan 2 kejadian berbeza di Pakistan dan India di mana pengguna TikTok remaja meragut nyawa masing-masing

*

Dalam satu kejadian di Karachi Pakistan Ahad minggu lalu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui maut setelah tidak sengaja tertembak diri sendiri ketika merakamkan video TikTok.

Gambar hiasan

Remaja yang dikenali sebagai Tanveer itu dipercayai sedang menggunakan sepucuk pistol milik ayahnya ketika sedang beraksi untuk videonya itu. Tanpa sengaja setelah meletakkan pistol di bahagian dahi, dia tertekan picu pistol lalu menembak maut dirinya. Kes tersebut masih dalam siasatan dan keluarga Tanveer dilaporkan enggan melakukan proses bedah siasat.

Untuk pengetahuan, pemilikan senjata seperti pistol di Pakistan adalah dibolehkan dengan mempunyai lesen peribadi.

*

Selang 5 hari, satu lagi kejadian meragut nyawa berlaku membabitkan seorang pengguna TikTok popular di New Delhi, India.

Ia melibatkan bintang TikTok India berusia 16 tahun (?!) yang dikenali sebagai Siya Kakkar.

Siya Sakkar

Siya yang mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di laman media sosial itu dilaporkan membunuh diri lantas mengejutkan ramai pengguna TikTok dan Twitter.

Ini sekaligus menjadi kejadian bunuh diri kedua dalam tempoh sebulan setelah pelakon Bollywood muda, Sushant Singh Rajput meragut nyawanya sendiri beberapa minggu lalu.

Kematian Siya itu disahkan oleh pengurusnya yang baru berhubung dengannya pada malam sebelum kejadian mengenai projek terbaru Siya.

Punca bunuh diri Siya Kakkar masih disiasat oleh pihak berkuasa. Namun, ramai yang mempercayai ia berpunca daripada masalah tekanan mental.

Walaupun Siya baru saja memuat naik satu video tarian pada hari Rabu lalu, itu nyata tidak menggambarkan apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada dirinya dalam kehidupan sebenar. Tambahan pula, Siya dikatakan tidak berhadapan dengan apa-apa masalah oleh pengurusnya.

*

Artikel ini tidak ditulis bertujuan untuk meletakkan pengguna TikTok di bawah spotlight. Namun, dalam pada kita bergembira untuk mencipta video terbaru bagi tontonan followers

, kami berharap agar kita semua menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri terlebih dahulu.

Jangan hanya untuk mengejar jumlah followers dan likes, kita sanggup berbuat apa saja dan merasa tertekan.

Jika terasa tertekan sekalipun, sila dapatkan consultation daripada pakar ataupun cuba beberapa teknik untuk mengawal rasa tekanan. Mungkin korang boleh mencuba cara butterfly hug seperti ini.

 

Published by
FZ