
Walaupun kita masih beraya tahun ini dalam norma yang berbeza seperti biasa disababkan pandemik. Namun, raya tetap raya, dan tak lengkaplah hari raya kita semua tanpa pelbagai hidangan kuih raya di atas meja.
Sebab tulah selalunya masuk minggu pertama Ramadan je dah ada yang mula sibuk nak order macam-macam kuih raya kan?
Apa kata tahun ini, kita cuba pula buat kuih raya sendiri dengan resipi mudah menggunakan coklat! Resepi biskut raya dua bahan ini dikirim oleh Mashitah Amin di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.., dan mendapat 9.3 ribu perkongsian.
- ‘Coklat Badam Crunchy’
- Sangai badam sampai perang dan sejukkan.
- Cairkan coklat.
- Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan.
2. Coklat Fruit And Nut
- Sangai kekacang sampai perang dan sejukkan.
- Cairkan coklat (coklat beryl’s milk compound).
- Masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam coklat yang dah cair, gaul
- Masukkan dalam acuan kemudian sejukkan dan potong.
Jangan risau dengan resepi biskut raya yang mudah ini, korang boleh buat sendiri biskut raya tanpa perlu risau tiada ketuhar. So guys, apa tunggu lagi.
Sumber: Mashitah Amin via Masak Apa Hari Ni..
Angkat Berat Perlu Kembali Jadi Sukan Teras, Asah Potensi Sejak Bangku Sekolah

Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh skuad angkat berat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 telah membuktikan bahawa sukan yang ‘tidak popular’ dalam kalangan penyokong Malaysia tidak wajar dianak tirikan.
Presidennya Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, populariti sesuatu jenis sukan tidak semestinya akan selalu memberikan pingat.
Justeru, mereka berharap agar lebih banyak pihak penaja akan tampil membantu pada masa akan datang sekiranya ingin melahirkan lebih ramai atlet berpotensi bagi memenangi emas menerusi angkat berat.
Kejayaan kem angkat berat yang setakat ini telah memperolehi dua pingat emas menerusi Mohamad Aniq Kasdan (kategori 55kg lelaki) dan Muhamad Aznil Bidin (kategori 61kg lelaki) serta satu pingat perak menerusi Muhammad Erry Hidayat (kategori 73kg lelaki) di Birmingham telah mengatasi sasaran ditetapkan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu satu emas.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Aniq Kasdan, Pemenang Emas Pertama Malaysia Di Sukan Komanwel.


Lalu, persatuan merasakan angkat berat wajar disenaraikan semula sebagai sukan teras negara bagi memperkukuh lagi aktiviti pembangunan atlet.
Ayub berkata sekiranya angkat berat kembali menjadi sukan teras, PABM akan mendapat keupayaan membentuk pasukan pelapis menerusi peruntukan yang lebih besar iaitu dengan memperluas usaha pencarian bakat seawal di peringkat sekolah.

Terdahulu pada tahun 2017, angkat berat menjadi salah satu daripada tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo. Ini berikutan terjadinya pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
Namun kebelakangan ini, PABM telah banyak melalui pembaharuan terutama dalam menurunkan kes doping dan penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet.
Malah di peringkat persatuan negeri, pelbagai bengkel serta seminar juga dianjurkan PABM bagi menegaskan isu displin ini.
Tidak mustahil dengan adanya pendekatan lebih menyeluruh dan meluas dalam mempromosikan sukan angkat berat ini sejak peringkat cilik, Malaysia mampu melahirkan lebih ramai atlet pelapis berkualiti untuk dihantar bertanding di peringkat berprestij seperti Sukan Komanwel ini.
Lihat sahajalah pada kisah kejayaan atlet angkat berat wanita dari Filipina ini yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi latihannya sebelum berjaya menggondol pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : OLIMPIK : Tentera Wanita Hadiahkan Emas Pertama Filipina, Rindu Berlatih Di Kampung Melaka – REMAJA
BACA LAGI : AirAsia Filipina Beri Ganjaran Penerbangan Percuma Seumur Hidup Buat Hidilyn Diaz – REMAJA
Sumber : BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aiskrim ‘Canak Ke Langit’ Dari Myeongdong Bakal Ada Di Malaysia

Setiap kali pelancong asing termasuklah dari Malaysia berkunjung ke Seoul Korea Selatan, pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim dari vendor jalanan bernama 32 Parfait.
Sumber Foto : Facebook.
Terletak di sekitar kawasan membeli-belah terkenal Myeongdong, 32 Parfait popular dengan rupa bentuk aiskrim ‘mencanak ke langit’ . Bukan mudah tau untuk menikmati aiskim setinggi 32 cm ini!
Namun disebabkan oleh rasanya yang sedap dan keunikan bentuk aiskrim, ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba aiskrim yang dijual pada harga 2,000 won atau kira-kira RM7.50 ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Ini Kongsikan 8 Snek Halal Untuk Dicuba Di Myeongdong, Seoul – REMAJA
Antara perisa yang ditawarkan pula termasuklah teh hijau, yogurt strawberi, campuran buah-buahan (seperti strawberi & mangga), vanila coklat, blueberry dan banyak lagi.
Sumber Foto : Facebook
Disebabkan sekatan perjalanan di antara negara, kita tidak lagi boleh ke Seoul buat sementara waktu ini untuk mencuba Parfait 32. Namun dalam diam, rupa-rupanya aiskrim tersebut bakal ‘datang’ kepada kita!
Menurut satu muat naik di akaun Facebook I Love Malaysian Food, Parfait 32 sedang bersiap sedia untuk membuka vendor pertamanya di Lot 10, Bukit Bintang. Ia betul-betul terletak di hadapan kafe Don Don Donki.
Sumber Foto : Facebook
Lebih menarik, vendor yang dikendalikan oleh syarikat Bubble Pop Sdn Bhd ini juga merupakan cawangan pertamanya di luar Korea Selatan.
Diharap, harganya masih lagi kekal seperti harga aiskrim yang dijual oleh mereka di Myeongdong, Seoul.
BACA LAGI : Pelajar Malaysia Kongsi Dorm Tour Di Kampus Korea, Macam Dalam K-Drama Tak? – REMAJA
Senarai 30 Jenis Kereta Jimat Minyak Bagi 2022, Kurangkan Kos Belanja Bulanan

Dalam situasi dunia yang mengalami kegawatan ekonomi ini, kami pasti ramai yang sedang cuba untuk berjimat-cermat demi kelangsungan hidup. Kenaikan harga barang khususnya produk makanan dilihat sangat membimbangkan masyarakat dek kerana desakan hidup yang semakin mencabar.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia mengeluh tentang situasi harga turun naik petrol, kini rasanya boleh dikatakan hampir semua barang naik harga. Pastinya banyak yang bermain di fikiran rakyat Malaysia dengan taraf hidup yang semakin meningkat.

Justeru itu, ramai yang seboleh-bolehnya mencari cara bagaimana untuk menjimatkan kos perbelanjaan sara hidup, jadi tidak hairan sekiranya orang ramai mengambil kira jenis kereta yang ingin dibeli untuk memastikan penggunaan kereta itu adalah jimat minyak.
BACA: 10 Cara Jimatkan Minyak Kereta Yang Mudah Untuk Korang Cuba
Agak-agak korang jenis kereta mana yang jimat minyak dan berbaloi untuk diguna? Jom kita lihat 30 senarai kereta jimat minyak bagi 2022.
1. Kereta Perodua Bezza (M), 4.4 L/100 km
2. Kereta Perodua Axia (M), 4.4 L/100 km
3. Kereta Perodua Axia (A), 4.6 L/100 km
4. Kereta Perodua Bezza (A), 4.7 L/100 km

5. Kereta Perodua Kancil 600, 4.7 L/100 km
6. Kereta Mitsubshi Attrage, 4.8 L/100 km
7. Kereta Perodua Viva 660, 4.8 L/100 km
8. Kereta Perodua Myvi (M), 4.9 L/100 km
9. Kereta Perodua Myvi (A), 5.0 L/100 km

10. Kereta Perodua Kelisa, 5.0 L/100 km
11. Kereta BMW 1 Series (A), 5.1 L/100 km
12. Kereta Mazda 2 Hatchback (A), 5.1 L/100 km
13. Kereta Mercedes A Class Sedan (A), 5.4 L/100 km
14. Kereta Volskwagen Golf (A), 5.4 L/100 km

15. Kereta Perodua Kenari, 5.5 L/100 km
16. Kereta Volkswagen Vento 1.2 (A), 5.5 L/100 km
17. Kereta Volkwagen Bettle (A), 5.5 L/100 km
18. Kereta Ford Focus Sedan (A), 5.6 L/100 km
19. Kereta Honda Jazz (A), 5.6 L/100 km

20. Kereta Proton Savvy, 5.7 L/100km
21. Kereta Volkswagen Passat 1.8 (A), 5.7 L/100 km
22. Kereta Mercedes A Class Hatchback (A), 5.7 L/100 km
23. Kereta Proton Ertiga (A), 5.7 L/100 km
24. Kereta Mazda 3 Sedan (A), 5.8 L/100 km
25. Kereta Ford Fiesta (A), 5.8 L/100 km

26. Kereta Naza & Harga Kia Picanto (A), 5.8 L/100 km
27. Kereta Toyota Vios (A), 5.8 L/100 km
28. Kereta Mazda 3 Hatchback (A), 5.9 L/100 km
29. Kereta Volskwagen Jetta (A), 6.0 L/100 km
30. Kereta Nissan Almera (A), 6.3 L/100 km
Dengan memilih kereta jimat minyak, sudah pasti penggunaan minyak dapat diminimakan, sekali gus mengurangkan perbelanjaan bulanan. Jadi, buatlah pilihan dengan bijak ya!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.