Siapa yang tidak kenal dengan dua syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia iaitu Celcom dan Digi.
Kedua-duanya merupakan jenama telco yang sering menjadi pilihan pelanggan Malaysia untuk melanggan pakej menarik yang ditawarkan.
Jika sebelum ini, pengguna Celcom dan Digi sering bertelagah mengenai siapakah yang menawarkan perkhidmatan internet yang lebih bagus. Sekarang, mereka tidak perlu dah bergaduh kot, hehe..
Digi dan Celcom menerusi Telenor dan Axiata disahkan bakal bergabung secara rasmi setelah satu persetujuan termeterai. Syarikat baharu tersebut akan dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad dan transaksi perubahan akan dilakukan pada suku kedua 2021.
Menurut laporan, Telenor dan Axiata masing-masing akan memegang saham sebanyak 33.1% dalam Celcom Digi Berhad dan ia bakal dipengerusikan oleh Dato’ Izzaddin Idris. Manakala, Idhan Nawawi pula dilantik sebagai CEO.
Penubuhan Celcom Digi Berhad ini secara tidak langsung menjadikan Celcom dan Digi sebagai penawar perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Pastinya, jenama-jenama telco lain akan merasa tidak senang duduk dengan berita ini kerana gabungan Axiata dan Telenor ini dianggarkan bernilai hampir RM50 bilion.
Wah…mesti pengguna Celcom dan Digi bangga kan…