Selepas dua tahun sebarang acara fizikal terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19, cabaran larian tangga terkemuka di Malaysia; JomRun KL Tower International Towerthon Challenge (KLTITC) bakal diadakan semula, Ogos ini.
Selama 19 tahun KLTITC dianjurkan, ia telah mengukurhkan kedudukannya sebagai acara sukan tahunan di Malaysia yang amat dinanti-nantikan oleh bukan saja peserta tempatan malah yang sanggup datang dari seluruh dunia.
Untuk edisi ke-20 ini saja, KLTITC dijangka bakal menarik penyertaan lebih daripada 2000 peserta termasuklah dari Singapura, Brazil, Jepun, Jerman dan banyak negara lain.
Ini kerana ia bukan sekadar acara di mana peserta merebut gelaran juara saja. Di KLTITC, matlamat utamanya adalah untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat terutamanya dalam kalangan orang biasa yang menggemari acara larian maraton.
Ya, bukan atlet profesional saja tau yang menyertainya.
Menurut pengasas KLTITC iaitu saudara Chang Yi Hern, terdapat juga peserta semuda 11 tahun manakala peserta tertuanya pula berusia 73 tahun.
Ads
Bagi korang yang tidak begitu familiar dengan KLTITC, secara asasnya; peserta dicabar untuk mendaki 2,058 anak tangga pada ketinggian menara 288 meter dari aras tanah. KLTITC juga merupakann perlumbaan yang mematuhi peraturan Persatuan Dunia Towerrunning. Jadi korang jangan risau dengan aspek keselamatan peserta okay.
Bagi yang berminat untuk mencabar diri, pendaftaran KLTITC sudahpun dibuka sehingga 12 Ogos depan. Peserta warganegara Malaysia yang ingin menyertai akan menikmati harga istimewa pendaftaran awal berharga RM80 manakala peserta antarabangsa boleh berdaftar sekarang pada harga RM120.
Antara barangan yang akan dibawa pulang oleh peserta pula termasuklah sehelai jersi acara tajaan Ultron Superlite, bib perlumbaan dengan cip pemasaan TrackAsia RFID, sijil digital, insurans kemalangan diri dan pingat penamat bagi yang berjaya melengkapkan cabaran.
Para peserta yang berjaya mengakhiri acara ini juga boleh memilih untuk membawa pulang satu lagi jersi Premium Finisher eksklusif pada harga diskaun RM49.99.
Ads
Buat para pemenang pula, peserta yang mengungguli kategori terbuka masing-masing akan menerima:
Juara : Wang tunai bernilai RM1000 dan piala.
Tempat Kedua : Wang tunai RM 500 dan piala.
Ads
Tempat ketiga : Wang tunai RM250
Bagi kategori veteran, pemenang akan menerima RM500, RM250 dan RM 100 bagi setiap kedudukan berserta piala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resume adalah perkara asas yang sangat penting dalam permohonan kerja dan kerana itu calon perlu melengkapkan resume dengan baik sebelum dihantar kepada bakal majikan.
Namun, bagi Nik Akmal yang berkongsi thread di laman Twitternya, resume bukan untuk terus dapat kerja, sebaliknya resume adalah untuk kita mendapatkan tawaran temu duga kerja. Oleh yang demikian, pastikan resume yang dibuat ada betul dan mudah dibaca.
Jom kita baca tip perkongsian yang telah dikongsi ini.
1. Tujuan resume bukan untuk terus dapat kerja tetapi untuk dapat temu duga kerja
Resume yang bagus akan memudahkan korang dapat kerja (good impression)
2. Resume tak sama dengan Curriculum Vitae (CV)
Ya, berbeza. Lain konsep dan lain pendekatan walaupun tujuan tetap sama iaitu dokumen permohonan kerja
3. Resume = chronological resume
(google nama saintifik ni untum info lebih tepat)
Untuk orang sakit atau tiada pengalaman kerja (fresh grads/entry level). Juga untuk tunjukkan growth seseorang. Maksimum dua muka surat. Biasanya pengalaman kita letak limited to latest 5 years
4. CV = functional resume
(google nama saintifik ni untum info lebih tepat)
Untuk orang teknikal atau banyak pengalaman kerjaya atau academician, boleh tiga hingga 5 muka surat. Memang untuk orang yang berpengalaman. Fokus pada kemahiran dan pencapaian.
Sesuai nak hide gap atau isu tertentu
5. Resume perlu gambar?
Survey dijalankan gradmalaysia menunjukkan majoriti recruiter lebih memilih resume yang ada gambar. Tapi gambar juga boleh jadi bias. Gunalah sebaiknya.
Gambar bagilah formal, inikan dokumen rasmi
6. Resume tradisional atau infografik?
Kedua-duanya juga boleh. Pilih untuk sesuaikan dengan industri dan jawatan yang dipohon. Design bertujuan untuk mudah dibaca sahaja, bukan tempat untuk tunjuk kemahiran design atau nak dapat markah lebih.
Struktur dan huraian lagi penting
7. Perlu letak alamat?
Apa guna alamat, bukan hantar surat fizikal pun. Kita guna alamat untuk letak dalam offer letter kan? Plus, nak tahu lokasi korang.
Ada juga fungsi lain tahu alamat. Panjang cerita bab tu sebab kena Analisa overall resume.
Letak alamat lengkap!
8. Kalau upload resume tempat umum seperti jobstreet/LinkedIn, lebih baik sembunyikan/umumkan info sulit seperti alamat, nombor telefon
Letak emel sahaja atau letak ‘upon request’. Kena jaga privacy. Bagi spesifik hanya jika emel direct kepada majikan okay?
9. Dua muka surat resume bermaksud dua helai kertas
Jangan print resume depan belakang wey!
10. Pastikan print atas kertas A4 putih 80gsm
Jangan print atas kertas sijil, kertas tebal, kertas berwarna atau kertas recycle. Dokumen professional, make it professional
11. Resume mesti customized mengikut kerja yang dipohon
Wajib! Tak ada satu size fit all. Tak efektif blast satu resume untuk semua permohonan kerja kecuali resume korang memang power.
Maka, olah resume korang setiap kali nak emelkan kepada syarikat
12. Guna emel professional
Guna nama korang, itu tanda professionalism dan kematangan. Jangan guna yang childish seperti ahmadsasuke@gmail.com, 5y4k1r@gmail.com atau oppaahmad@gmail.com
13. Resume ni nak jual diri, macam brochure jual produk
Tak perlu letak hobi dan makanan kegemaran korang ya. Maka tak perlu maklumat seperti berikut:
• Jantina
• Kerakyatan
• Jenis darah
• Hobi
• Kegemaran
• Mana-mana tidak ada value
14. Proofread resume
Jangan ada kesalahan ejaan/typo atau grammar. Bahkan, salah tanda baca pun jangan. Kalau detail oriented, takkan resume banyak typo kan?
Make it perfect. Banyak alat boleh guna atau minta bantuan kenalan
15. Guna bullet, bukan perenggan
Margin biar sesuai, dicadangkan 1 inci semua kanan kiri atas bawah. Boleh optimize space. Baru senang baca dan scan
16. Bagus untuk letakkan pautan portfolio atau akaun sosial media yang diurus secara professional dalam resume
Ia akan jadi supporting factor. Boleh beri link atau QR code
17. Guna font yang professional, mudah dibaca
Jangan berangkai, artistic. Contoh selamat, guna Arial, Times New Roman, Calibri dan Gotham
18. Resume tulis bahasa apa?
Default English. Paling tepat, guna bahasa yang digunakan oleh iklan kerja. Iklan kerja BM, resume BM. Iklan kerja BI, guna BI
19. Education
Letak paling latest, letak CGPA jika power aka dean list. Letak subjek yang nak highlight. Letak FYP korang
20. Page pertama patut letak kekuatan korang dan kemahiran yang dicari oleh majikan
Kalau power sukan, letak 1st page.
Kalau power research, letak 1st page
Kalau power leadership, letak 1st page.
Kalau power event, letak 1st page
21. Tarikh lahir, nombor kad pengenalan, umur
Tak digalakkan letak. Rahsiakan umur kerana boleh jadi bias. Plus, butiran lanjut akan diisi dalam borang khas mohon kerja semasa temu duga nanti, so dalam resume tak perlu letak dahulu
22. Nombor kad pengenalan wajib letak jika mohon kerja dengan kerajaan
Kerakyatan atau nationality letak jika korang mohon di luar negara. Orang Malaysia yang mohon kerja di Singapura biasanya kena letak warganegara mana
23. Rujukan/references
Letak dua orang (1 orang industri, 1 orang akademik)
24. Dalam huraian, jelaskan dengan spesifik dan padat
Jangan ayat meleret. Berikan nombor, nilai, angka, peratus, jika perlu untuk tunjukkan pencapaian korang supaya recruiter dapat gambaran tahap kemahiran korang
25. Guna ayat aktif, kata kerja di depan
Tukar dari:
Responsible for…
Achieve…
Trusted to…
Kepada:
Performed…
Analysed…
Designed…
Operated…
26. Untuk freshgrads, pencapaian dan penglibatan event/kelab/persatuan/NGO/sukan mesti diletakkan
Korang tiada pengalaman kerja, maka itulah penglaman korang untuk menunjukkan nilai korang
Sentiasa mempamerkan aksi cemerlang, bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mendapat gelaran sebagai ‘budak ajaib’ oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila berjaya menentang jaguh Korea Selatan, Ulsan HD dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) baru-baru ini.
Pemain bola sepak JDT itu menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan selepas bijak memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim.
Jaringan Arif Aiman menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu kini berada di kedudukan kedua senarai penjaring terbanyak ACLE dengan empat (4) gol di belakang pemain Gwangju FC, Jasir Asani yang sudah meledak enam gol.
Menerusi ketajamannya juga membolehkan dia mengatasi pemain handalan dunia lain dalam senarai penjaring yang turut beraksi dalam ACLE seperti Riyad Mahrez dengan tiga gol, Cristiano Ronaldo (dua gol) dan Roberto Firmino (dua gol).
“‘Budak ajaib’ JDT dengan penyudah yang indah,” tulis laman Facebook Liga Juara-Juara AFC yang turut berkongsi video gol Arif Aiman ketika menentang Ulsan HD.
Selain itu, Arif Aiman menampilkan aksi konsisten di pentas Asia apabila telah meledak empat gol daripada empat perlawanan ACLE yang diharungi JDT.
Terkini, pasukan Harimau Selatan itu berada pada kedudukan keempat daripada 12 pasukan dalam saingan ACLE Zon Timur dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.
Memang hebat sungguh Arif Aiman!
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telahpun mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.
Katanya, fasa ini bermaksud negara akan memulakan langkah strategi keluar untuk membolehkan negara kembali semula ke kehidupan hampir normal setelah tempoh dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.
Begitupun, rakyat masih diwajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam sepanjang fasa endemik ini.
Begitu juga dengan penggunaan aplikasi MySejahtera yang masih diwajibkan. Namun kini, kita tidak lagi perlu mengimbas kod QR di kawasan terbuka yang tidak sesak. Hanya imbas sahaja kod tersebut di tempat tertutup dipenuhi pengunjung.
Pelbagai kelonggaran yang mula diberikan kepada rakyat pada fasa endemik telah dimumkan termasuklah waktu operasi premis perniagaan, aktiviti rentas negeri, had kapasiti pekerja di premis dan perkumpulan orang ramai.
Satu kelonggaran paling menarik pada pandangan REMAJA adalah cadangan kerajaan untuk membenarkan perlaksanaan aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau serta rumah ibadat masyarakat bukan Islam, TANPA penjarakan sosial.
Keputusan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada Majlis Agama Negeri.
Adakah ini bermakna umat Islam akan dibenarkan bersolat Tarawih pada bulan Ramadan dengan kedudukan jemaah berdiri rapat sesama mereka pada bulan April ini? Jika menurut apa yang diumumkan, Perdana Menteri seakan memberikan bayangan tersebut.
Begitupun, kita masih perlu menantikan keputusan daripada Majlis Agama Negeri yang dijangka bakal diberikan tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...