Tinggal beberapa minit saja lagi sebelum upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan membuka tirai.
Inilah detik yang paling ditunggu-tunggukan oleh barisan atlet Paralimpik negara yang terpaksa menunggu hingga lima tahun lamanya, sama seperti rakan atlet Olimpik mereka tempoh hari. Mengambil sentimen bulan kemerdekaan Ogos ini, dua orang wira sukan negara tampil memberikan sokongan padu mereka terhadap atlet yang membawa nama negara di bumi Tokyo Jepun pada kali ini.
Pertamanya, Datuk Wira Lee Chong Wei yang tidak gagal untuk memberikan sokongan sejak Sukan Olimpik lalu percaya akan kemampuan skuad negara kali ini untuk sekali lagi mengharumkan nama negara. Menerusi akaun Facebook dan Instagram, beliau menyuarakan kepercayaan bahawa Malaysia mampu memperbaiki pencapaian cemerlang yang pernah direkodkan di Rio pada tahun 2016.
“Selamat berjuang atlet negara! Ayuh rakan-rakan sekalian! Marilah sama-sama kita menyokong dan bersorak bagi hero-hero negara kami!”
Ads
Sementara itu, pemenang pingat perak acara berbasikal trek keirin negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan ikhlas sambil menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menyokong atlet kita sama seperti yang dilakukan sepanjang sukan Olimpik lalu.
“Kepada semua rakan-rakan atlet Paralimpik, saya ingin ucapkan semoga berjaya. Buat yang terbaik dan kami di Malaysia akan mendoakan kejayaan anda di sana. Ganbatte Team Para Malaysia.”
Sumber Foto : REUTERS/Matthew Childs
Untuk pengetahuan korang, lima tahun lalu di Rio 2016, Malaysia telah melakar sejarah menerusi tiga orang atlet yang membawa pula tiga pingat emas untuk negara menerusi Mohamad Ridzuan Pusi (100m T36 – celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20 – masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh T20 – masalah pembelajaran).
Ads
Detik bersejarah itu merupakan kali pertama Malaysia memperolehi kilauan pingat emas sejak menyertai Sukan Paralimpik sejak edisi Heidelberg 1972.
Kali ini di Tokyo 2020, seramai 22 orang atlet akan menyahut cabaran mengibarkan Jalur Gemilang di podium menerusi sembilan jenis sukan yang disertai. Selain tiga wira negara itu, beberapa acara lain yang akan melibatkan atlet negara termasuklah memanah, powerlifting, berbasikal trek, berbasikal lebuh raya, olahraga, tenis, ping pong, renang dan badminton.
Ads
Harus diingat, pemain perseorangan badminton lelaki negara iaitu Cheah liek Hou telah memenangi pingat emas di kejohanan badminton Sepanyol dan UAE pada tahun ini. Jadi harapan kita di sana agak cerah.
Pasti korang familiar dengan projek NILAM yang dianjurkan di sekolah dahulu kan? NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca, iaitu aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.
Seperti yang telah dilakukan oleh adik Nur Arisya Qaisara Mohamad Mustafa ini, dia telah dinobatkan sebagai johan Anugerah Nilam Kebangsaan kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu kerana sudah membaca sebanyak 1,139 judul buku.
Merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Terengganu, Arisya gembira dengan pencapaian hasil usaha selama enam tahun. Menurutnya, minat membaca mula dipupuk sejak kecil lagi dan dia semakin cenderung menambah bacaan apabila memasuki alam persekolahan.
“Sebenarnya membaca ini banyak menambah pengetahuan dan kosa kata sama ada dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Itu membantu saya dalam peperiksaan, ujian dan sebagainya,” jelas Arisya Qaisara.
Bagi Anugerah Nilam Kebangsaan kategori Sekolah Menengah pula diterima oleh Siti Fatimah Hoo Muhammad Aripin Hoo yang berkongsi rahsia kemenangan itu adalah hasil dorongan kakaknya yang juga merupakan ulat buku.
“Biarpun minat membaca, buku fizikal tetap menjadi pilihan berbanding e-buku kerana lebih puas dan selesa biarpun trend digital semakin meluas,” ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Taha ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menerima Anugerah Nilam Kebangsaan ini. Semoga lebih ramai anak muda yang gemar membaca kerana membaca merupakan jambatan ilmu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impian Mohd Redha Rozlan ataupun popular dengan panggilan Mat Redho akhirnya termakbul juga dengan kemunculan di Sukan SEA Filipina 2019.
Lebih membanggakan apabila atlet berusia 30 tahun itu membuahkan pingat perak, sebentar tadi. Ia adalah menerusi sukan tempuh halangan (Obstacle Course) Individu 100m x 10 Obstacles dengan catatan 34.01 saat.
Sebelum itu, Mat Redho juga memenangi satu lagi pingat perak menerusi acara Mixed Team Relay 400m x 12 dengan catatan 02.01.68; bersama Yong Wei Theng, Salfarina Mohd Drus dan Tan Jie Yi
Sebelum ini, Mat Redho pernah mengharumkan nama Malaysia setelah muncul juara Liga Cabaran Ninja (Ninja Challenge League) di Australia pada tahun lalu.
Lantas, Persatuan Sukan Tempuh Halangan Malaysia (MOSCA) telah memilih Mat Redho dan seorang lagi atlet negara Mohd Saddam Mohd Pittli (bekas juara pertarungan RU Tough Enough 2018 oleh KIX HD) serta beberapa lagi atlet untuk bertanding pada Sukan SEA 2019 kali ini.
Sukan tempuh halangan adalah sukan trending terbaru di seluruh dunia. Namun ini adalah kali pertama ia dipertandingkan di peringkat Sukan SEA.
Mereka harus melalui cabaran yang sukar dan segalanya bergantung kepada prestasi semasa mental serta fizikal seseorang. Jika mudah 'koyak' mental, memang sukar untuk mereka melangkau jauh.
*
Untuk pengetahuan korang, Mat Redho pernah berkongsi mengenai pengorbanannya bersama rakan media sebelum terbang ke Filipina.
Demi latihan, dia terpaksa mengurangkan waktu bersama keluarga dan perlu berbelanja hingga mencecah RM20,00 demi persiapan rapi.
"Bajet ini datang hasil duit kejayaan saya dalam kejohanan yang disertai sebelum ini. Saya simpan duit itu dan saya hanya belanjakan untuk negara," katanya yang juga merupakan juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.
"Atlet sukan tempuh halangan jujurnya menerima sokongan dan kemudahan yang kurang dan terhad. Contohnya, khidmat fisioterapi dan rehabilitasi dari doktor perlu kami tanggung sendiri.
"Rasa terkilan itu tentulah ada. Namun semua itu tak patahkan semangat saya untuk harumkan nama negara."
Mungkin dengan kejayaan ini, bantuan sewajarnya boleh disalurkan kepada komuniti atlet sukan tempuh halangan.
Malaysia dan peminat sukan tempatan masih meraikan kejayaan jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyai Gustin setelah beliau meraih pingat emas keempat negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Bertempat di Pusat Pameran Nasional (NEC), Bonnie yang berentap dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram telah melakukan angkatan 220 kilogram sekaligus memecah rekod temasya.
Atlet muda berusia 23 tahun itu juga mencipta satu lagi sejarah apabila menjadi atlet pertama Malaysia yang memenani acara tersebut dalam sejarah penyertaan negara di Sukan Komanwel.
Menerusi kejayaan semalam juga, Bonnie sedikit sebanyak mengubat kekecewannya apabila hanya sekadar menduduki tempat keempat di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Kongsi Bonnie ketika ditemui pemberita, dia menzahirkan rasa syukurnya setelah dapat menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia.
“Sebelum datang sini perasaan saya 50-50. Sebelum pertandngan, saya telefon ibu bapa dan mereka berpesan supaya kosongkan fikiran dan buat yang terbaik,” katanya.
Sumber Foto : Olympic Mas
Remaja kelahiran Sarawak ini juga berkata keputusannya untuk tidak meneruskan angkatan baggi mengatasi rekod dunia 230kg miliknya adalah disebabkan keadaan bahunya yang masih belum pulih sepenuhnya. Lalu, dia enggan mengambil risiko tersebut.
Semestinya, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Bonnie. Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting ini menerusi Facebook miliknya.
“Atlet powerlifting kebanggaan negara Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas,” katanya.
Diharap, momentum kejayaannya pada Sukan Komanwel 2022 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan diteruskan selepas ini di kejohanan dunia lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umat Islam di seluruh Malaysia hari ini menyambut riang kehadiran bulan Ramadan dengan menyempurnakan hari pertama berpuasa.Dalam pada korang mendekatkan diri kepada Ilahi dengan...