
Sering kali kita menonton filem-filem atau siri animasi luar negara yang dikatakan sangat hebat dan menarik. Namun begitu, mungkin ramai yang tidak menyangka negara kita juga banyak menghasilkan siri animasi sendiri.
Malah, ada di antara animasi tempatan juga sudah popular di negara luar.
Jom kita lihat antara animasi hasil daripada anak tempatan yang mungkin korang tak pernah tahu. Himpuanan ini dibuat kira-kira dua tahun lalu oleh twt_seni. Banyak sebenarnya produk kartun Malaysia ni.
Let’s check this out!
1. Upin & Ipin
Okay siapa tak kenal dengan adik beradik kembar ni. Bukan rakyat Malaysia saja, di Indonesia juga watak Upin & Ipin ni memang dah popular. Malah kutipan filem terbaru mereka baru-baru ini juga sangat membanggakan.
2. Boboiboy
Siapa juga yang tak kenal dengan Boboiboy? Dari kanak-kanak sampai dewasa, semua confirm kenal.
3. Ejen Ali
4. Rimba Racer
Mungkin ada yang tak tahu, tapi kartun ini pernah ditayangkan di TV3
5. Dunia Eicak
Perna juga ditayangkan di televisyen sekitar 4 tahun lepas, tapi lepas tu takt ahu apa jadi. Sedih!
6. Didi & Friends
Bermula di YouTube, kemudiannya disiarkan di Astro.
7. Chuck Chicken
Mungkin ada yang fikir animasi ni orang luar buat. Tapi tak, ni hasil anak Malaysia. Popular di China
8. Puteri
Also by Les Copaque, produser Upin & Ipin
9. Pada Zaman Dahulu
Another one by Les Copaque. Pernah keluar Astro Ceria
10. Bola Kampung
Ramai juga yang tahu animasi ini. Company Animasia, sama seperti Chuck Chicken. Then, mereka buat Bola Kampung The Movie 3D, tapi sambutannya tak hit sangat.
11. Origanimals
Ini pun rasanya ramai takt ahu. Animasi kanak-kanak by Giggle Garage
12. Awang Khenit
Agak popular juga satu masa dulu di TV9
13. Saladin
Karya hebat Saladin ini juga sebenarnya hasil anak tempatan
14. Supa Strikas
Produced by Animasia dan pernah masuk Disney channel di Astro
15. Omar & Hana
Produced by Digital Durian, sama seperti Didi & Friends
16. Keluang Man
Legend!
17. Usop Sontorian
Paling legend!
18. Silat Lagenda
Hang Tuah zaman moden
19. The Yokies
Cerita tentang keluarga telur. Comel!
20. Anak-anak Sidek
Selain komik, animasi anak-anak Sidek juga ditayangkan di televisyen