Jika sebelum ini, pengeluaran duit dari ATM bank dan MEPS dikecualikan caj pengeluaran antara bank sebanyak RM1 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Terkini, beberapa pihak bank telah mula mengeluarkan notis bahawa ianya akan ditamatkan pada tahun 2022.
ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Caj RM1, Pengeluaran ATM MEPS Sepanjang Tempoh PKP Mulai Isnin
Secara ringkasnya, boleh dikatakan semua bank di Malaysia akan mengenakan caj ini semula nanti. Antara bank yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ini ialah seperti :
CIMB BANK/CIMB ISLAMIC
Kuwait Bank
MAYBANK
BANK ISLAM
Pengecualian caj RM1 di mesin ATM berlainan bank ini diberikan sejak April 2020 selepas PKP diumum, bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di mesin ATM bank tertentu walaupun ada mesin ATM bank lain berhampiran. Ia untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 dengan menjaga jarak antara satu sama lain.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini Perdana Menteri Malaysia, berkata sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.
Tapi, nampak gayanya faedah yang dinikmati rakyat selama hampir 20 bulan bakal berakhir Februari tahun depan…huhuhu
ARTIKEL LAIN : Seriuslah Boleh Keluarkan Duit ATM Tanpa Kad, Ini Caranya!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.