
Isi Kandungan
ToggleAlbino dalam bahasa latin membawa maksud putih yang juga merupakan satu penyakit dimana gangguan kongenital menyebabkan pigmen kulit tidak lengkap secara separa atau menyeluruh.
Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, bukan saja kulit mereka akan kelihatan putih, tapi rambut juga menjadi putih serta mata hitam berwarna kemerah-kemerahan.
Disebabkan pigmen yang kurang, kebanyakan daripada pesakit Albino sangat sensitif pada cahaya, lebih-lebih lagi cahaya matahari.
Rasanya kalau manusia Albino mesti korang dah pernah lihat dan boleh dikatakan sudah agak biasa dengan situasi ini. Namun begitu, pemyakit albino ini bukan saja menyerang manusia, malah haiwan juga tidak terkecuali.
Berikut merupakan antara beberapa foto haiwan albino yang berjaya ditemukan.
1. Buaya
2. Kuda
3. Burung hantu
4. Rusa
5. Penyu
6. Tupai
7. Zirafah
8. Lipas
9. Gagak
10. Landak
11. Merak
12. Harimau
13. Paus
14. Ikan lumba-lumba
15. Singa
16. Kangaroo
17. Orang Utan
18. Gorila
19. Kuda belang
20. Kumbang
Memukau Dengan ‘Best Dressed’ Di Cannes. Janhvi Kapoor Anak Pelakon Selebriti Legenda Bollywood!

Kalau korang minat Bollywood atau suka tengok filem India, mesti dah tak asing dengan nama Janhvi Kapoor.
Tampil pertama kali di Cannes jadi bukti yang Janhvi semakin dikenali bukan saja dalam industri filem India, tapi juga di peringkat antarabangsa, terutama dalam dunia fesyen dan hiburan.
Dengan gabungan glamor Bollywood dan sentuhan fesyen antarabangsa yang trendy. Janhvi Kapoor mempamerkan rangkaian siluet yang elegan. Janhvi Kapoor betul-betul memukau semua orang.
Tiada satu pun penampilannya yang kelam, kesemua busana mega dan cantik sempurna. Tak percaya, tengok ni:
Tarun Tahiliani
Anamika Khanna
Untuk tayangan perdana filemnya Homebound, Janhvi tiba dengan memakai gaun rekaan khas Anamika Khanna. Gaun itu menampilkan bahagian atas bersulam emas dengan skirt hijau pudina. Bahagian belakang dibiarkan terdedah dengan rantai khas terhasil daripada gabungan permata tradisional India yang dicampur dengan ciptaan jed dan jadao. Padanan aksesori jhumka aksen hijau pudina dan gelang menambah lagi seri.
YSL dan Anamika Khanna
Penampilan ini merupakan penghormatan penggaya Rhea Kapoor kepada YSL, yang menampilkan koleksi Rive Gauche – khususnya topi piring dari YSL 1987, dan jaket baldu dari 1989. Melengkapkan penampilan dengan padanan skirt sifon sutera diaphanous ilham era puitis Yves antara tahun 1987 dan 1991, yang dibuat oleh Anamika Khanna.
Di Petsa
Menampilkan gaya ‘wet sari’, Janhvi membawa nostalgia Bollywood ke Perancis. Penampilan basah signature pereka fesyen itu digabungkan dengan imaginasi kontemporari sari.
Jom kenali 5 fakta menarik tentang pelakon muda yang tengah menjadi idola ramai remaja ini!
1. Anak Selebriti Legenda
Janhvi adalah anak kepada arwah Sridevi, pelakon lagenda Bollywood yang sangat dihormati, dan Boney Kapoor, penerbit filem terkenal. Jadi, bakat lakonan dia memang ada ‘darah seni’!
2. Debut Hebat dengan Filem Dhadak
Filem pertama Janhvi ialah Dhadak (2018) yang terus buat dia dikenali ramai. Filem ni adaptasi dari filem Marathi popular dan berjaya raih perhatian penonton muda.
3. Pelakon Muda Dengan Pelbagai Genre
Janhvi tak takut cuba watak berbeza — dari romantik dalam Dhadak sampai ke biografi hero wanita dalam Gunjan Saxena: The Kargil Girl. Dia suka cabar diri untuk improve skill lakonan.
4. Ikon Fesyen Remaja
Selain berlakon, Janhvi juga terkenal dengan gaya fesyennya yang chic dan santai. Dia selalu jadi pilihan jenama dan muncul dalam majalah fesyen popular.
5. Aktif Di Media Sosial
Janhvi sangat dekat dengan peminatnya di Instagram dan platform lain. Dia suka kongsi momen harian, behind-the-scenes shooting, dan juga inspirasi positif untuk para remaja.
BACA LAGI : Kucing Paling Huru-Hara, 5 Keunikan OYEN Berbeza Si Bulus Lain!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Terima Kasih, Saya Akan Terus Berkarya,” Perjalanan #GV11 Reshmonu Berakhir Di Minggu Keenam Walaupun Raih Pujian Tok Naz

Penyanyi terkenal, Reshmonu yang baru sahaja beraksi di pentas Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu keenam mengejutkan para penonton apabila beliau diumumkan sebagai salah seorang peserta yang tersingkir bersama Illa Sabry.
Walaupun telah memberikan persembahan yang terbaik menerusia lagu Getaran Jiwa nyanyian asal Tan Sri P.Ramlee, nasib tidak menyebelahi Reshmonu atau nama sebenar Hiresh Haridas (48) untuk melayakkan diri ke minggu seterusnya.
“Saya nak cakap yang kami semua seronok berada di sini. Saya juga mahu berterima kasih kepada para juri dan juga semua peminat kerana telah menyokong saya,” katanya.
“Terima kasih kerana berikan saya peluang ini. Saya tak mahu berhenti dan akan terus berkarya,” ucap Reshmonu selepas diumumkan tersingkir.
Dalam pada itu, juri Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) juga turut memberikan komen positif kepada persembahan Reshmonu, terutamanya terhadap vokal beliau yang lembut mendayu dalam menyampaikan lagu pada malam Ahad, semalam.
“Kalau minggu lalu, saya komen negatif tetapi untuk minggu ini, visual menang. Vokal pun okay walaupun awal-awal agak tergelincir,” ulas Tok Naz.
“Saya gembira dengan persembahan awak malam ini, tona awak berbeza dan lembut daripada selalu,” ujarnya lagi.

Sekadar info. konsert Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
7 Azam Popular 2018. Korang Punya Yang Mana?

Isi Kandungan
ToggleSudah hampir dua minggu kita memulakan tahun 2018 dan rasanya masing-masing tengah sibuk mengejar azam baru sebab takut tak tercapai pula nanti.
Macam mana dengan azam korang tahun lepas? Dah tercapai ke belum? Kalau belum, jangan risau. 2018 kan ada. Hehe..
Seperti biasa, masuk saja tahun baru mesti macam-macam azam yang korang buat kan. Berikut merupakan antara 7 azam popular setiap tahun.
1. Nak kurus!

Azam cliché setiap tahun. Bila dah sarung seluar pun sendat, baju ketat dan naik tangga sikit dah mengah, memang wajib la jawabnya untuk korang teruskan azam nak kurus ni. Tapi, jangan hangat-hangat tahi ayam ok?
2. Simpan duit

Umur dah semakin meningkat, dah mula rasa nak menyimpan untuk masa depan pula. Simpan duit nak kahwin, beli rumah dan janji tak nak boros lagi.
3. Luangkan bersama orang tersayang

Sibuk sangat bekerja kadang-kadang sampai tak ada masa bersama insan tersayang. Jadi, azam baru ni boleh la kot kalau nak curi masa sikit untuk luangkan masa bersama keluarga.
4. Cari boyfriend/girlfriend

Sebelum ni bukan kata tak ada pasangan, tapi dah masuk tahun baru ni kekonon nak cari bf/gf yang betul-betul serious dalam relationship. Tak mau buang masa dah. Gitcheww!
5. Travel

Ada yang simpan hasrat nak travel satu dunia, ada juga yang nak habiskan round satu Malaysia dulu. Tak kisah la mana-mana, tapi tahun baru ni atleast sekali kena travel ke tempat baru.
6. Tambah berat badan

Siapa kata semua orang nak kurus? Ini masalah bagi mereka yang mempunyai berat badan terlalu rendah. Kurus sangat pun tak cantik kan?
7. Amalkan gaya hidup sihat

Badan dah cantik, kalau tak fit pun tak guna juga. Betul tak? So, ramai la yang berazam nak mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimana caranya? Dengan menyertai setiap fun run yang ada.
Acara larian ni pun dah jadi satu trend anak muda. Paling hampir adalah ILLUMI RUN yang akan berlangsung Sabtu (13 Januari) ini di Selangor Turf Club. Bukan je untuk fit, tapi kalau korang join event sebegini, boleh tambah ramai kenalan tau nanti.
Jumpa sana k?