Masyarakat hari ini lebih percaya kepada rawatan alternatif, malah ada juga yang sanggup jumpa bomoh berbanding mendapatkan nasihat daripada doktor.
Ya mungkin ada yang berpendapat mereka sekadar ingin mencari inisiatif lain untuk merawat penyakit tapi korang sedar tak kalau tersalah pilih kaedah rawatan, ia boleh menjadi lebih teruk?
Lambakan produk-produk yang kononnya dikatakan boleh mencegah atau merawat penyakit kronik ini semakin membimbangkan pakar perubatan kerana kesahihannya masih belum terbukti dan mungkin hanya akan lebih memudaratkan.
Seperti apa yang telah dilakukan oleh Dr. Rafidah Abdullah, dia sedar akan tanggungjawabnya kepada orang ramai. Jadi, kalau ada mana-mana produk yang melanggar etika, memang dia akan menentang habis-habisan.
Berikut dinyatakan senarai 20 jenis penyakit yang tidak boleh disebut oleh jurujual sama sekali.
1. Penyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/kerosakan jantung
3. Kencing manis/Diabetes
4. Sawan
Ads
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Asma/Lelah
8. Pekak
9. Ketagihan dadah
10. Sakit mental
Ads
11. Kemandulan
12. Frigiditi
13. Lemah fungsi seks
14. Penyakit venerus
15. Kelemahan urat saraf berkaitan perhubungan seks
16. Darah tinggi
Ads
17. Kanser
18. Kusta
19. Hernia
20. Penyakit mata
Dr. Rafidah juga memohon kepada semua individu ternama, terutamanya di Instagram supaya patuh kepada akta ini kerana bimbang jika ada makcik/pakcik di kampung yang mungkin naif tentang perkara-perkara seperti ini.
Kalau nak iklankan penyakit, perlu dapat kelulusan iklan perkhidmatan perubatan. Kena ada nombor KKLIU dan tak boleh suka-suka hati letak penyakit di iklan tersebut.
Sebenarnya korang boleh report kepada Sistem Pengurusan Aduan Awan (SISPAA) jika terdapat iklan yang overclaim seperti anti-kanser, darah tinggi dan lain-lain.
Haid atau datang bulan adalah kitaran normal bagi seorang remaja. Ada di kalangan kawan-kawan yang mengalami period seawal usia 10 tahun lagi dan jika korang belum lagi mengalaminya, jangan risau kerana proses tumbesar dan hormon individu berbeza antara satu sama lain. Ada yang datang haid ketika memasuki sekolah menengah dan tak kurang juga mengalaminya pada usia 15 tahun.
Ada mitos mengatakan lagi lambat datang haid, lagi korang akan nampak muda? Kalau korang pernah dengar mitos ini tapi ia sebenarnya tidak disahkan langsung oleh Pakar Obstestrik & Ginekologi, Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist Hospital kerana belum ada kajian mengenainya.
Namun sebagai remaja, ada sesuatu yang patut korang sangat risaukan kalau pada usia 16 tahun, korang belum datang haid?
Apa risiko tidak datang haid pada usia ini?
Menurut Dr Noorashikin Maan, usia 16 tahun atau semasa dalam tingkatan empat, adalah tempoh paling akhir seorang remaja didatangi haid. Jika pada usia ini korang belum sekalipun mengalami haid, sila baca dengan teliti risiko yang bakal dihadapi apabila menempuh alam dewasa.
“Usia 16 tahun adalah tempoh akhir period dialami. Kalau belum juga datang period, segeralah berjumpa doktor pakar sakit puan dan perbidanan dengan kadar segera tanpa bertangguh. Sebabnya, jika ditangguh lebih lama, apabila meningkat usia dewasa, kita tak akan berpeluang untuk MENGANDUNG atau ada anak langsung.
Ditanya apakah masalah remaja yang tidak datang period, Dr Noorashikin menjelaskan ada lima sebab utama.
“Pertamanya tubuh TERLALU KURUS kerana masalah pemakanan. Masa yang sama terlalu AKTIF BERSUKAN. Bila keduanya bergabung, lemak yang kurang di dalam tubuh badan akan memberi masalah kepada hormon sehingga melewatkan masalah datang haid.
“Keduanya, remaja itu ada halangan seperti tisu atau SEPTUM di saluran reproduksi di mana (tisu seperti daging yang menutup saluran liang faraj) sehingga mengakibatkan darah haid tidak boleh mengalir keluar.
“Ketiganya, SELAPUT DARA TIADA BUKAAN. Untuk makluman, semua anak gadis mempunyai selaput dara tapi bukan semua dalam keadaan normal, Keadaan ini dipanggil imperforate hymen (selaput dara tertutup terus) dan menghalang darah haid keluar.
Tambah Dr Noorashikin lagi, masalah keempat melibatkan sistem reproduktif tidak berkembang. Ia disebut sebagai Mullerian Agenesis (ovari tidak berkembang) kerana kecacatan sejak lahir.
“Terakhir adalah terdapat kecacatan pada kromosom. Biasanya hal akhir ini berlaku apabila pemeriksaan teliti dilakukan. Kes yang paling kerap ditemui adalah Turner Syndromes dengan kromosom, 45 X0. Dalam kes begini, remaja ini biasanya tidak mempunyai tanda-tanda awal kewanitaan seperti tiada bulu di ari-ari (bulu kemaluan) serta bulu pada bahagian ketiak dan pertumbuhan payudaranya sangat kecil tidak sama seperti remaja perempuan lain. Kes lain adalah seperti Androgen Insensitivity disebut kecacatan sejak lahir iaitu seseorang yang dilahirkan mempunyai genetik lelaki (xy) namun luarannya seperti seorang perempuan malah mempunyai alat kelamin perempuan,” katanya ketika dihubungi.
Menjawap satu soalan lain, bagaimana jika datang period tapi agak jarang-jarang (bukan mengikut urutan berkala secara bulanan)?
Menjelaskan hal ini, jika seorang itu datang period tidak tetap dan bukan berkala, pemeriksaan juga wajib dilakukan.
“Memang ada kes di mana remaja datang period tapi bukan setiap bulan. Pemeriksaan perlu dilakukan dengan lebih lanjut, untuk mengetahui puncanta. Dalam keadaan biasa, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian. Jangan pandang remah hal period kerana apabila berkahwin kelak, hal kesuburan inilah yang menentukan peluang sama ada seseorang itu mampu mengandung atau pun tidak,”katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkataan paling tepat untuk melabel penyanyi dan fashionasta, Yuna mungkin sekali adalah ‘lain’.
Sejak kemunculannya lebih 12 tahun yang lalu dalam industri muzik, Yuna tidak pernah gagal untuk memperbaharui imejnya dari semasa ke semasa agar sentiasa tampil segar dan memberi kelainan kepada trend semasa.
She is never one to follow the trend, she sets it.
Disebabkan itulah, REMAJA teruja untuk menantikan koleksi kolaborasi Yuna bersama jenama tudung tempatan, Putri N. Rex yang dilancarkan pada malam ini.
“Sudah lama saya tidak berkolaborasi dengan jenama lokal. Kali ini, tiba peluang untuk saya mengeluarkan koleksi bersama jenama hijab kegemaran saya ini.
“Putri N. Rex telah banyak memberi sokongan sejak awal kemunculan saya. Mereka jugalah yang menaja hijab untuk acara nikah dan perkahwinan saya dulu.
“Melalui kolaborasi ini, banyak yang saya belajar daripada Putri seperti soal ‘demand’ pembeli hijab di Malaysia. Dalam soal warna juga, saya percayakan Putri untuk membuat pilihan.
“Cuma jika anda kenali identiti ‘Yuna’, saya titipkan material seperti satin dan warna hangat serta ‘rich’ seperti maroon dalam koleksi ini,” kata Yuna yang bakal muncul dalam sesi live Instagram bersama Putri N. Rex pada jam 8.30 malam ini.
Embracing Sillaturrahim
Koleksi ini terbahagi kepada empat set kotak berbeza iaitu KUL-LAX, Missing Tour, Yuna On Stage dan Best Love hasil inspirasi kehidupan Yuna sendiri.
KUL-LAX
Perjalanan karier muzik dan kehidupan Yuna yang telah melalui liku-liku yang pelbagai sejak berkelana lebih sedekad lalu ke kota Los Angelas.
.
.
Missing Tour
Disebabkan oleh musim pandemik, mana-mana penghibur termasuklah Yuna terkilan kerana tidak berkesempatan untuk membuat persembahan di hadapan penonton sepanjang setahun ini.
.
.
Yuna On Stage
Set ini adalah khas buat korang yang inginkan sedikit pesona Yuna semasa dia berada di atas pentas dan menyanyi. Yuna On Stage adalah untuk gadis yang sentiasa gembira, sedikit ‘fierce’ dan lebih berani.
.
.
Best Love
Mendapat Inspirasi daripada majlis pernikahan dan perkahwinan Yuna sendiri di puncak bukit, korang kini bleh memiliki momento berupa tudung untuk mengenang semula majlis indah tersebut.
*
*
So, mana satu yang korang paling gemari?
Jika korang merasakan tiga helaian hijab itu terlalu banyak untuk dibeli sekaligus, Putri N. Rex juga menawarkan koleksi Grace Easy Hijab yang juga merupakan hijab terlaris mereka.
Tinggal lagi beberapa bulan umat Islam bakal menyambut lebaran. Setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti ramai pereka fesyen tempatan yang berlumba-lumba mengeluarkan koleksi baju raya masing-masing.
Malah, banyak fashion show sudah mula dianjurkan dan dipaparkan kepada semua untuk koleksi baju raya tahun 2023 ini.
Disebabkan terlampau ramai pereka fesyen serta jenama yang ada di pasaran, maka masing-masing cuba mengeluarkan rekaan yang luar batasan pemikiran normal.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila pertunjukan fesyen biasanya dilakukan di tempat tertutup, namun satu jenama ini menggunakan laluan pejalan kaki.
Selain menyakitkan pandangan mata dengan ‘fesyen’ yang dianggap tidak menghormati identiti asal pakaian tradisional Melayu. Pertunjukan tersebut juga didakwa turut mengganggu pejalan kaki.
Sudahlah susah untuk melintas, tiba-tiba ada pula ramai model yang mengambil keseluruhan ruang hingga menyukarkan orang lain.
Rata-rata pengguna Twitter mengecam acara berkenaan kerana menyalahgunakan kemudahan awam. Malah ramai yang mengkritik fesyen tersebut yang dikatakan merosakkan pakaian tradisional tersebut.
Jangan kerana terlalu fikirkan fesyen, hilang terus entiti pakaian tradisional orang Melayu sampai akhirnya menjadi bahan jenaka orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 sudah pun bermula pada hari ini. Bagi pelajar SPM, selain sibuk dalam mengulang kaji semula segala...