Sedekah membawa maksud yang cukup luas dalam Islam dan secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kebiasaannya, pemberian itu akan diberikan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Namun, khususnya pada hari Jumaat, Allah memberi pahala lebih kerana terdapat banyak hadis yang menceritakan kelebihan amalan bersedekah di hari Jumaat.
“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad).
Bersedekahlah jika mahu hidup korang jadi bahagia dan diberkati. Berikut merupakan 20 sebab kenapa kita harus bersedekah:
1. Sedekah adalah salah satu pintu menuju ke syurga Allah SWT
2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang
3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan insyaAllah menjauhi api neraka jahanam
4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur
5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut
6. Sedekah mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan
7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT
8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita
9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa yang telah dibuat
10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita
11. Orang yang memberi sedekah ialah orang yang baik dan siapa pun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT
12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah
13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang yang disayang oleh masyarakat
14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia
15. Sedekah mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa akan dimakbulkan Allah SWT, InsyaAllah
16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia
17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup
18. Sedekah adalah ubat
19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas
20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung
Memang besar hikmah bersedekah, rugi jika kita tidak mengambil peluang untuk melakukan ibadah ini. Sesungguhnya, orang yang bersedekah itu tidak akan jatuh miskin dan insyaAllah rezekinya juga akan dimurahkan serta diberkati. Wallahualam!
Sumber: (1)