Antara band dari Indonesia yang masih mempunyai peminat sehingga ke hari ini, sudah tentunya Sheila On 7!
Sudah lama tidak mendengar, berita terkini Duta Sheila On 7. Suatu ketika dahulu, jejaka ini pernah menjadi idola ramai gadis dari Indonesia mahupun di Malaysia. Manakan tidak, hampir semua lagu-lagu Sheila On (SO7) pernah hits dan menjadi siulan anak muda pada masa itu.
Terbaru, setelah lebih 20 tahun menjadi vokalis kumpulan Sheila On 7, Duta berkata sudah tiba masanya dia bergerak solo. Tambah Duta, dia sudah memiliki beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada peminatnya. Meskipun akan menyanyi secara solo selepas ini, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar daripada kumpulan tersebut.
Keputusan Duta untuk bergerak solo itu nampaknya disambut baik oleh gitaris kumpulan berkenaan iaitu Eross Candra.
Penyanyi Sephia itu menyatakan bahawa, “Eross juga pelik kenapa saya tidak menjadi penyanyi solo dari dulu lagi.”
Memetik laporan Prambors, Duta berkata ia merupakan masa yang tepat untuk melakukan perkara baharu kerana umurnya sudah menjangkau 42 tahun.
“Umur saya sudah 42. Perlu sesuatu yang baru,” jelasnya lagi.
Akhdiyat Duta Modjo ataupun lebih mesra disapa sebagai Duta ini mengesahkan bahawa dia telah menghasilkan beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada para peminatnya.
Walaupun memutuskan untuk bergerak solo, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar atau meninggalkan kumpulan Sheila on 7 yang telah menaikkan namanya dalam industri hiburan bukan sahaja di Indonesia tetapi juga dekat Singapura dan Malaysia.
Hmm…mesti ramai peminat SO7 yang sedih kan tapi apa-apa pun kita perlu menghormati keputusan mereka. All the best
buat Duta!BACA LAGI : Komposer Lagu Antara Anyer Dan Jakarta Meninggal Dunia, Sheila Majid Luah Rasa Duka
Sumber: Prambors
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.