20 Team Bawa Nama Malaysia Ke Liga PUBG Untuk RM630,000!

Share

Disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, banyak perancangan yang tergendala dalam kehidupan semua orang di seluruh dunia. Takpelah guys, ada hikmah di sebalik ini.

Antara perancangan yang tergendala pada tahun ini termasuklah liga profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura musim kedua.

Selepas situasi wabak Covid-19 dalam negara lebih stabil, akhirnya ia akan dilaksanakan juga bermula 19 Ogos ini.

Sebanyak 24 buah pasukan dari Malaysia dan Singapura akan berentap untuk merebut hadiah berjumlah USD150,000 ataupun kira-kira RM630,000 untuk musim kedua ini.

Fuhh banyak tu!

Daripada 24 buah pasukan tersebut, sebanyak 20 buah pasukan adalah dari Malaysia. 15 pasukan merupakan jemputan daripada musim pertama pada tahun sebelumnya manakala 5 lagi pasukan yang terpilih adalah hasil kejayaan dalam kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2020.

Bagi peminat PUBG, korang boleh mengikuti pertandingan ini di Facebook PUBG Mobile bermula 19 Ogos (hari ini) selama 4 minggu. Peringkat akhirnya pula dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 September kelak.

Untuk memeriahkan musim ini lagi, sebuah slot bual bicara berjudul ‘PMPL Talk Show’ akan disiarkan pada setiap hari Selasa jam 8 malam bersama hosnya, J Hunter.

J akan ditemani oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada pemain profesional PUBG Mobile yang akan berkongsi tip, pendapat mengenai perlawanan dan ramalan.

*

Untuk pengetahuan korang, 3 pasukan terbaik daripada liga ini akan meneruskan saingan ke perlawanan akhir PMPL peringkat Asia Tenggara. Haa, kalau menang di sana, lagi banyaklah ‘habuan’ yang akan mereka perolehi dan bakal berpeluang berentap dalam World League bersama pasukan terbaik dunia.

All the best!

Bagi korang yang lebih gemar bermain PlayStation seperti kami, ini yang korang perlu tahu mengenai model terbaru PlayStation 5.

 

Published by
FZ