Selepas China mencatatkan rekod penurunan drastik kes COVID-19 dan keadaan disana semakin membaik, sebilangan besar rakyat di negara itu dilihat telah berkunjung ke sebuah tapak pelancongan popular sebaik sahaja mereka ‘bebas’ daripada tempoh lockdown.
Menurut CNN, foto-foto dari Taman Gunung Huangshan di wilayah Anhui pada Sabtu lepas (4 April) menunjukkan beribu manusia berkunjung ke sana dengan memakai topeng muka. Seawal jam 7.48 pagi, pihak berkuasa telah mengambil langkah luar biasa untuk mengeluarkan notis mengisytiharkan bahawa taman tersebut telah mencapai kapasiti harian iaitu 20,000 setiap hari dan tidak akan menerima lagi pelawat pada hari tersebut.
Uish, tengok gambar pun dah seram.
Rata-rata netizen memberikan komen tidak puas hati kerana sikap yang ditunjukkan oleh mereka.
Diharap apa yang berlaku di China menjadi pengajaran buat negara kita agar tidak berhimpun seperti mereka selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan nanti. Ikut arahan yang telah diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah agar rakyat Malaysia tidak menyertai apa-apa perhimpunan yang melibatkan orang ramai sekurang-kurangnya dalam jangka masa 6 hingga 12 bulan.
Kita masih ada beberapa hari sebelum tamatnya tempoh PKP ini, jadi jika korang tidak mahu ianya berlanjutan lebih lama, please stay at home and stay safe.