Acara Disney Investor Day yang berlangsung hari ini telah membuatkan ramai peminat dunia animasi Disney, peminat Marvel Cinematic Universe, pengikut setia Star Wars dan secara amnya, peminat dunia hiburan lakonan seluruh dunia tersenyum lebar.
Ia bukan hari pengumuman biashe-biashe seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
Sebaliknya, Disney telah menyenaraikan kesemua projek filem, drama bersiri dan siri animasi yang bakal dimulakan, sedang dihasilkan dan yang akan menemui penonton dari akhir tahun ini hinggalah ke tahun 2023 kelak.
Terlalu banyak projek baru yang menarik perhatian kami. Oleh itu, penulis telah memilih 9 buah projek yang akan ditayangkan sepanjang tahun 2021. Kesemuanya akan ditayangkan menerusi platform penstriman Disney Plus.
Bukan itu saja, kami juga pasti akan setia menantikan filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang akan menemui menonton pada bulan Julai 2021. Istimewanya, ia menanmpilkan pelakon lagenda, Tan Sri Michelle Yeoh!
Menurut Ezzaty, dia dan suami iaitu Azwan Kombos menimang cahaya mata lelaki pada pukul 11.29 pagi. Tambah Ezzaty, dia bersyukur kerana anak ketiganya itu dilahirkan pada bulan kelahiran Rasulullah SAW.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiul Awal 1446H bersamaan 26 September 2024, pada jam 11:29 pagi, bayi lelaki kami selamat dilahirkan,” coretnya.
Tambah Ezzaty lagi, bayi lelaki mereka berkenaan berada dalam keadaan sihat.
“Baby dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kami,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan berpantang aktres itu dipermudahkan.
Sekadar info, Ezzaty dan Azwan Kombos yang juga seorang pelakon dan usahawan bernikah pada 16 Julai 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sebelum ini sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Harum Dalia, 7 dan Ahmet, 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah musim pertama Pretty Little Liars menemui kejayaan dalam kalangan penonton di rantau Asia Tenggara, Viu kembali semula menayangkan siri tersebut bagi musim keduanya bermula 14 April lalu.
Ternyata, respon yang diterima rata-rata tidak sabar untuk menonton habis siri tersebut berikutan kemenangan Pretty Little Liars bagi Anugerah Akademi Kreatif Asia dan Anugerah Kandungan Asia untuk musim pertamanya
Untuk musim kedua ini, siri tersebut masih berlatarkan pekan fiksyen Amerta yang direka secara eksklusif di Bali. Setelah ketua sekumpulan empat pelajar perempuan, Alissa (Yuki Kato), hilang secara misteri; Hanna, Ema, Sabrina dan Aria menyatu kembali untuk mendedahkan siapakah individu misteri yang dikenali sebagai ‘A’, adakah dia masih hidup ataupun telah mati dan siapakah dalang di sebalik kemalangan yang berlaku kepada Hanan pada musim pertama.
Cuma, apa yang berbeza mengenai musim kedua adalah apabila watak Ema yang dilakonkan oleh si cantik manis dari Malaysia, Eyka Farhana telah bertukar tangan kepada pelakon Indonesia, Caitlin Halderman.
Pelakon asal Pretty Little Liars pada musim pertama termasuklah Eyka Farhana (berdiri tengah).Musim kedua Pretty Little Liars dijanjikan lebih menarik dan membuatkan penonton setia menantikan perkembangan setiap watak yang ditampilkan.
Bercakap kepada REMAJA dalam sidang media baru-baru ini, Caitlin menyifatkan tugas mengambil alih watak tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Selain perlu membiasakan diri dengan jalan cerita Pretty Little Liars musim pertama, Caitlin juga berkata dia perlu pantas membiasakan diri dengan dialek bercakap dalam Bahasa Melayu.
“Mereka (produksi) percayakan saya dan menerima kehadiran saya dengan mesra serta banyak memberikan tunjuk ajar.
“Mengenai dialek berbahasa Melayu pula, ia adalah sesuatu yang perlu saya pelajari. Namun dialek tersebut tidaklah kedengaran canggung memandangkan bekas kekasih saya berasal dari Malaysia.
“Demi merealisasikan watak Ema, saya menonton semula babak melibatkan pelakon asal, Eyka Farhana dan melihat bagaimana dia menutur, gaya bahasanya dan reaksi wajahnya sewaktu melakonkan Ema. Selain itu, saya juga mendapatkan jurulatih dialek. Ya, tidak mudah menggantikan Eyka Farhan. Namun saya yakin saya telah lakukan yang terbaik demi peminat Pretty Little Liars,” ulasnya.
Dalam pada itu, Caitlin tidak menidakkan rasa tertekan itu ada semasa menerima tawaran membawakan watak Ema. Umum mengetahui betapa tegarnya penonton siri ini dan dia pasti, mereka mengharapkan kesinambungan siri bagi musim kedua ini melepasi jangkaan mereka.
Itu semua ditolak ketepi sebaik memasuki set. Apa yang lebih utama buat Caitlin adalah untuk benar-benar menggarap jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan.
Salah satunya adalah mesej menangkis perbuatan buli siber yang merupakan salah satu budaya popular dalam kalangan remaja muda hingga boleh mengakibatkan isu kesihatan mental yang berlarutan sehingga usia dewasa.
“Seperti yang penonton dapat saksikan, watak Alisa pernah menyuruh Hanna untuk membuang makanannya kerana stigma ‘tubuh berisi’. Babak ‘body shaming’ ini membawa saya kembali ke zaman di sekolah menengah di masa saya juga pernah dibuli. Mesej seperti babak Pretty Little Liars ini membuatkan saya lebih berkobar-kobar untuk menyampaikan mesej anti buli siber,” tambahnya.
Drama Pretty Little Liars boleh ditonton di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, TV pintar terpilih, atau di laman web Viu sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sungai Chao Phraya selalunya sinonim sebagai lokasi perdagangan barang-barang keperluan dan basah oleh rakyat di Bangkok, Thailand. Disebabkan keunikan menjual barangan tersebut di atas sampan sepanjang sebahagian dari sungai, ia turut menjadi lokasi perlancongan popular termasuklah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Begitupun, siapa sangka Sungai Chao Phraya telah bertukar menjadi lokasi tragis setelah mayat seorang pelakon Thailand dikenali sebagai Nida Patcharaveerapong ditemui terapung di sungai tersebut pada hari Sabtu (26 Februari) lepas.
Menurut laporan akhbar Thai, The Bangkok Post; pelakon berusia 37 tahun itu dipercayai terjatuh sewaktu menaiki bot laju pada malam Khamis lalu. Pada waktu itu, dia sedang menaikinya untuk beriadah bersama empat individu lain termasuklah pengurus peribadinya. Malangnya, Nida tidak memakai jaket keselamatan.
Setelah Nida terjatuh dan kelibatnya tidak ditemui di sekeliling kawasan bot laju tersebut, usaha menyelamatkan dimulakan oleh pihak berkuasa sejak Khamis lalu sehinggalah hari Sabtu.
Akhirnya, abang Nida sendiri yang menemui tubuhnya terapung di jambatan Rama VII dekat wilayah Nonthaburi di Bangkok, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian.
Tambah tragik apabila siasatan awal pihak polis mendapati pemandu bot laju tersebut tidak memiliki lesen yang sah.
Insiden ini nyata menggemparkan rakyat di Thailand yang khusyuk mengikuti perkembangan terbarunya menerusi laporan media. Khabarnya, ibu Nida iaitu Panida Sirayutthayothin percaya kematian anak perempuannya itu mungkin disengajakan.
Sebelum insiden hari Khamis, Nida yang mempunyai seramai 1.5 juta pengikut di Instagram telah memuat naik hantaran baharu dengan kapsen, “The sun is set to rise again” berserta foto yang menunjukkan dirinya sedang menikmati waktu santai di pantai Phuket.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...