Juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer mendedahkan telah menyelusuri perjalanan pasang surut dalam kehidupannya sepanjang tahun lalu.
Menerusi sebuah coretan panjang di Instastory miliknya, anak jati kelahiran Johor Bahru itu menzahirkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana telah mengatur perancangan kehidupan daripada dirinya berada di titik terendah sehingga berjaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran Hero Remaja 2023 Jatuh Kepada Aiman Ameer
“Bila terfikir sejenak, 2023 adalah tahun yang penuh pengajaran, kesedihan dan pengalaman jatuh dan bangun semua sekali gus.
“Terima kasih Allah, Dialah sebaik-baik perancang, dan thanks to me kerana sentiasa mempercayai proses ini,” coretnya.
Mengulas lanjut, jejaka berusia 24 tahun itu juga mendedahkan tidak mudah buat dirinya untuk terus kuat dalam berjuang sehingga memperoleh kejayaan seperti mana yang diharapkan olehnya.
“Mungkin ramai yang nampak aku senang dan mudah dapat apa yang aku nak. Tapi disebalik kaca televisyen hanya Allah yang tahu apa yang saya perjuangkan… apa yang saya hilang sepanjang perjalanan.
“Kepada yang datang dalam hidup aku sebelum 2023, ketika dan selepas 2023, jangan risau… aku tak akan lupakan anda semua.
“Kita semua haruslah jadi seperti padi, semakin tunduk semakin berisi, semakin berilmu, semakin merendah diri. Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi,” katanya lagi.
Sekadar info, Aiman Ameer telah dinobatkan sebagai Juara Hero Remaja 2023 menggantikan takhta Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021.
Aiman turut dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan hasil diskusi daripada pihak Remaja dan pihak produksi di atas positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 berlangsung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aiman Ameer