“20th Century Girl” Filem Terbaru Netflix Tentang Cinta Pertama, Wajib Tonton!

Share

Baru-baru ini asyik muncul di FYP (For You Page) Tiktok mengenai filem ini. “20th Century Girl” telah tular dan menjadi topik hangat di media sosial. Jadi kami memang tak sabar nak berkongsi mengenai filem ini!

20th Century Girl ialah sebuah filem romantik Korea Selatan yang diarahkan dan ditulis oleh Bang Woo-ri. Kalau korang nak tahu, filem original Netflix yang bertajuk “20th Century Girl” ini telah dikeluarkan pada 21 Oktober 2022 yang lalu.

Filem ini mampu membangkitkan emosi, membuatkan korang tersenyum sampailah menangis (huhu spoiler alert!).  

Sinopsis 20th Century Girl

Filem ini mengingatkan korang pada zaman remaja; apabila bertemu cinta pertama dulu…Ha, korang ingat lagi tak perasaan tu?

Berlatarkan pada tahun 1999, 20th Century Girl mengisahkan tentang Na Bora (Kim Yoo Jung) bertemu cinta pertamanya di sekolah menengah. Filem ini bertemakan cinta dan juga persahabatan. 

Na Bo Ra pada awalnya hanya ingin membantu kawan baiknya iaitu Yeon Doo (Noh Yoon Seo) untuk mencari maklumat tentang cinta pertamanya, Baek Hyun Jin (Park Jung Woo).  Apabila dia sedang mengumpul beberapa maklumat tentang crush Yeon Doo ini, dia mula mengenali rakan Baek Hyun Jin iaitu Poong Woon Ho (Byun Woo Seok). Setelah itu, Poong Woon Ho sering mencuri perhatiannya dan bibit-bibit cinta mulai tumbuh dalam hati Na Bo Ra. Ceh! Memang sweet tau!

BACA LAGI : 4 Fakta Tentang Filem “Seoul Vibe” Terbaru Di Netflix, Dipenuhi Konsep ‘Newtro’

Pelakon Utama 20th Century Girl

Selain daripada jalan cerita yang menarik, filem ini juga mempunyai pelakon utama yang luar biasa.

Kim Yoo-jung, pelakon utama 20th Century Girl, berjaya memikat penonton dengan daya tarikannya yang menawan sebagai Na Bo-ra yang berperwatakan ceria. Pelakon berusia 23 tahun ini terkenal dengan wataknya dalam drama Korea “Red Sky Lovers” dan “Rookie of the Backstreet.”

Bintang bersama dalam filem ini iaitu Byun Woo-seok telah menjadi topik hangat dengan lakonannya sebelum ini dalam drama Korea “Record of Youth” dan “Flower Group Joseon Marriage Agency”. Pelakon kacak ini memainkan watak Poong Woon Ho iaitu cinta pertama Na Bo-ra.

Ending “20th Century Girl”

Pengakhiran filem “20th Century Girl” menjadi bualan hangat di media sosial. Ha… kami tak nak bagi spoiler. Ujar pengarah filem ini iaitu Bang Woo Ri, dia mengaku agak sukar untuk menentukan hala tuju antara keduanya(berpisah atau bertemu kembali)… dia sempat bertanya kepada rakan-rakannya jika mereka mahu melihat ‘cinta pertama’ sekali lagi dalam versi semasa. Setelah mengambil kira pendapat rakan-rakannya, dia telah membuat keputusan untuk menghabiskan ending filem ini seperti sekarang. 

ARTIKEL BERKAITAN: 10 K-Drama Trending Dan Jadi Carian Popular, Wajib Tonton!

Kalau korang nak tahu ending filem ini, jangan lupa untuk tonton di Netflix okay? Mesti korang susah nak move on daripada filem ini. Yang penting kena sediakan tisu siap-siap!

Sumber: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Suyaa