Para peminat dunia hiburan tempatan terpaksa menerima perkhabaran penangguhan Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) dengan hati terbuka setelah ia diumumkan sebentar tadi.
Astro Malaysia selaku syarikat penganjur dan penyiar rasmi dalam satu kenyataan telahpun memaklumkan perkara tersebut setelah melihat kepada jumlah kes harian COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini. Justeru, acara AME 2021 yang sepatutnya dilangsungkan pada hari esok, 30 Januari 2022 terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Penangguhan ini demi memastikan faktor keselamatan dan kesejahteraan kesemua pihak yang terlibat acara tersebut. Kata mereka, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berwajib sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Ads
Lalu, pihak Astro sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan COVID-109 secara menyeluruh ke atas semua yang terlibat dengan persediaan AME 2021 dan bagi mana-mana program terbitan Astro, for that matter. Malangnya sebelum sempat dilangsungkan malam esok, sejumlah individu yang bakal menyertai produksi AME 2021 telah dikenal pasti perlu dikecualikan termasuklah mereka yang harus menjalani proses kuarantin kendiri seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Walaupun kes mereka ini telah dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, Astro enggan mengambil sebarang risiko dan tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan semua pihak.
“Justeru, kami dengan ini ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan kami ini.”
“Sekali lagi, ingin ditekankan di sini bahawa keputusan ini telah diambil kerana keselamatan mereka yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan kami. Terima kasih di atas sokongan anda. Kami akan memantau situasi semasa dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak,” akhiri kenyataan tersebut.
AME 2021 mempertaruhkan 16 kategori utama dan tiga kategori kemuncak iaitu Top Top MeleTOP Lelaki, Top Top MeleTOP Wanita dan Top Top MeleTOP Grup/Duo. Ia bakal diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse secara eksklusif di saluran Astro Ria dan boleh distrim di Astro Go serta On Demand.
Ads
Untuk pengetahuan, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan hari ini bahawa sebanyak 5,139 kes baharu telah dicatatkan sehhingga 29 Januari 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, imej berikut yang tular semalam di kalangan netizen memang menyedihkan ramai pihak.
Bertempat di Csr Merapoh – Gua Musang, situasi orang ramai yang sedang pulang beraya ke Kelantan menjadikan laluan tepi jalan raya sebagai lokasi terbaik untuk bersahur sebelum meneruskan perjalanan.
Namun yang tak best-nya, sebaik kereta-kereta beransur gerak, nampaknya sampah yang dibawa mereka dibiarkan saja di tepi jalan oleh para pengguna.
Heh, macam susah sangat ke nak kutip sampah dalam plastik dan simpan sehingga tiba di destinasi masing-masing?
Nampaknya para netizen juga tak dapat nak brain mengenai cara masyarakat kita yang masih suka mengambil jalan mudah.
Sebenarnya, isu ini bukanlah isu baru. Sekitar bulan Mac tahun ini, rakan media di Utusan Malaysia pernah melaporkan situasi tepi jalan yang dipenuhi taburan sampah-sarap di Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 dan RKT Kesedar Lebir.
Dipercayai ia angkara perbuatan segelintir penduduk yang membuang sejak setahun lalu. Menariknya, ada di kalangan penduduk yang mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan tong sampah dengan cukup.
Haih, kalau tak cukup tong sampah terus kena buang merata-rata ke sis?
Alasan seperti ini menyakinkan REMAJA bahawa mentaliti masyarakat kita masih berada di kelas ketiga. Tak kiralah jika kita merupakan penduduk Kelantan ataupun orang luar yang pulang beraya ke Kelantan, bukankah kita sudah diajar dengan pengetahuan sivik untuk menjaga kebersihan?
Janganlah hanya pembangunan di sana semakin berkembang tapi perangai masih di takuk lama, sudahlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres terkenal negara seberang, Mikha Tambayong akhirnya berkongsi khabar gembira sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati yang juga rakan baiknya, Deva Mahenra, pada Sabtu lalu.
Menerusi satu hantaran di platform Instagram, pelakon sinetron popular Aishiteru itu berkongsi dia mengayakan gaun pernikahan mendiang ibunya iaitu gaun berona putih pada majlis perkahwinannya.
“Hari ini saya berkahwin dengan kawan baik saya dengan memakai baju perkahwinan ibu,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Pada hantaran sama, bintang cantik itu turut memuat naik sekeping foto perkahwinan milik ibunya yang sedang memakai gaun berkenaan.
Menjengah perkongsian lain, Mikha juga ada berkongsi beberapa foto sepanjang majlis resepsi perkahwinannya yang meriah itu.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat pasangan tersebut.
“Selamat memasuki fasa baharu @miktambayong & @devamahenra,” komen seorang peminatnya.
“Wah senangnya. Selamat cantik ku sayang… selamat berbahagia kalian berdua.. selamat menempuh hidup yang baru. God bless you guys,” komen peminatnya lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Boleh dikatakan ayam goreng mamak merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia yang confirm oleh buat orang ketagih.
Kalau nak beli di restoran mamak, harganya mungkin boleh mencapai sehingga RM4.50 untuk seketul ayam.
Berita baik untuk peminat ayam goreng, lepas ni korang dah boleh try sendiri buat menu ini berdasarkan resipi resipi viral yang dikongsi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
– 1 ekor ayam
– 6 sudu besar tepung jagung
– 6 sudu besar tepung beras
– 3 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk dikisar:
– 6 ulas bawang putih
– 2 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 2 sudu besar rempah kari
– 1 biji telur
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar serbuk lada sulah
Cara memasak:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lagi lama perap, lagi sedap
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak
Rupa-rupanya tak ada la susah sangat pun. Boleh la cuba sendiri lepas ni kan?
Selamat mencuba!
Resipi: Qhamcyahh Hidayat via Resipi Masakan Ayam
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...