Kenyataan ini mungkin nampak jelik tetapi ternyata dunia sudah di akhir zaman. Jika dahulu umat ini hancur di zaman Nabi Luth tetapi kini bagai disanjung-sanjung, seolah-olah bebas bersuara tanpa merujuk pada Al-Quran Nur Karim.
Sebelum ini, ada lebih 20 negara mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender) terkini Australia menjadi negara kedua selepas Taiwan di benua Asia yang membenarkan perkahwinan sesama jenis ini terjadi.
Biar tidak semua negara menyetujui perkahwinan ini malah di Afrika, 37 buah negaranya memperuntukkan undang-undang anti gay. Dikhabarkan, jika ada kehadiran pemimpin gay di sana, merupakan sesuatu yang sukar mahupun dibayangkan.
“Malah, bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe juga pernah suatu ketika dahulu menyifatkan status pasangan hubungan sejenis sebagai ‘lebih rendah berbanding anjing dan babi’.
Menurut Ustaz Shahril, isu perkahwinan sesama jenis ini banyak berlaku di luar negara dan Malaysia sama sekali tidak pernah mengiktiraf perbuatan dilaknat Allah ini.
“Biar sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran yang wujud sejak 1400 tahun dahulu yang menjadi panduan dan manual kehidupan manusia, ramai yang tidak menoleh ke belakang dan belajar serta menjadikannya sebagai panduan hidup.
“Apa yang dapat diperkatakan, di akhir zaman ini, manusia hanya mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika isu dinyatakan tidak kena mengena dengan dirinya, maka kenyataannya akan berbaur biasa-biasa saja. Tapi kalau ada kaitan, mereka akan mengulas dan menepis dengan pelbagai cara,” katanya ketika dihubungi.
Merujuk kepada satu hadis sahih daripada Abu Musa al-Ash’ari r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda, “tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.
Ternyata jelas dan nyata, perbuatan LGBT ini menjurus kepada perbuatan berzina dan hukumnya berdosa besar.
Dalam pada itu Ustaz Shahril berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada al-Quran kerana semakin banyak tanda-tanda besar kiamat sudah kenampakan jelasnya bakal berlaku.
“Dari dulu lagi banyak bukti dinyatakan. Namun manusia yang hanya mementingkan diri cuma menolak kenyataan ini. Banyak perkara sudah ditunjukkan dan semoga kita semua menjadi umat Islam yang mampu berpegang pada al-Quran dan hadis sebagai panduan kehidupan,” katanya yang mahu umat islam lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan nafsu kehidupan.
Semak, senarai negara yang mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini. Ternyata dunia sudah akhir zaman. Semoga pelakunya bertaubat dan menerima hidayah Allah.
Belanda merupakan negara pertama di dunia yang mengubal undang-undang pernikahan sejenis. Ia sudah diterima seawall 2000 lagi tetapi secara sahnya diiktiraf pada 2001.
Langkah Belanda segera menjadi ikutan oleh Belgium dua tahun kemudian. Pada 1 Jun, Undang-undang ini diwartakan. Lebih mengejutkan, Perdana Menterinya, Elio de Rupo yang terpilih sebagai Perdana Menteri 2011, mengakui dirinya adalah gay.
Negara yang terkenal dengan sukan lasak matador ini membenarkan pengikut LGBT berkahwin pada 3 Julai 2005. Isu ini dibawa ke Parlimennya pada kali pertama oleh bekas Perdana Menterinya dan pemimpin Parti Sosialis, José Luis Rodríguez Zapatero.
Selepas melihat ada negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis, Kanada menjadi negara keempat membenarkan perkahwinan terlaknat ini. 20 Julai 2005, undang-undang negaranya meluluskan perkahwinan ini.
Benua Afrika merupakan benua yang terbesar kedua setelah benua Asia. Benua Afrika merupakan benua yang dikatakan paling tandus daripada benua- benua lainnya serta dipenuhi banyak gurun pasir. Tapi ternyata Afrika Selatan menjadi negara di Benua Afrika yang membenarkan perkahwinan ini. . rang undang-undang ini telah ditandatangani oleh Wapres Phumzile-Mlambo Ngcuka pada 30 Jun 2006. Tandatangan ini disebabkan Presiden Afrika Selatan ketika tu, Thabo Mbeki sedang menghadiri KTT Uni Afrika.
Norway mengiktiraf perkahwinan sejenis ini pada 1 Januari 2009. Menjadikan negara ini sebagai negara pertama di wilayah Skandinavia.
Lima bulan selepas itu, Sweden mengikut jejak negara jirannya, Norway. Secara rasminya negara ini membenarkan perkahwinan sejnis pada 1 Mei 2009.
Bayangkan kalau Cristiano Ronaldo menjadi gay. Mahu menangis perempuan-perempuan di luar sana kerana terkasima dengan kekacakkannya. Namun Perdana Menteri Portugal menyifatkan kebenaran perkahwinan sesama jenis ini adalah dari segi persamaan hak dan keadilan. Tak hairanlah pada 5 Jun 2010, Portugal menjadi negara ke 8 mengiktiraf perkahwinan menggelikan ini.
Sangat mengejutkan apabila Perdana Menteri Iceland Johanna Sigurardottir dan pasangan sejenisnya, Jonina Leosdottir merasmikan pernikahan mereka selepas rang undang-undang ini diiktiraf pada 27 Jun 2010. Johanna menjadi pemimpin negara dunia pertama yang mengakui dirinya lesbian sejak sekian lama.
Argentina menjadi negara di Amerika Selatan yang mengiktiraf perkahwinan sejenis pada 22 Julai 2010. Empat tahun selepas rang undang-undang ini dibenarkan, ada 9362 pasangan sejenis mengesahkan pernikahan masing-masing.
Setahun senyap tanpa ada negara membuat pengiktiraf paling gila ini, 15 Jun 2012, Denmark menjadi negara ke 11 mengiktirafnya biar dianggap semua agama menentang perkahwinan mengarut ini.
Perkahwinan sejenis di Brazil ini agak kontroversi kerana 48 peratus warganya dalam satu kutipan pendapat, Pew research Center menolak perkahwinan sejenis ini. Namun undang-undang ini tetap diterima dan ditermetrai pada 14 Mei 2013 membolehkan perkahwinan sejenis dibenarkan.
Selain negara di atas, ada lagi negara seperti New Zealand, Perancis, Inggeris, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico dan Amerika Syarikat.
Selepas kegilaan terjadi di benua Eropah, benua Amerika terkini, gejala teruk lagi hodoh ini sudah menular ke Benua Asia pula. Ermmm, semakin dekat dengan Malaysia nampaknya.
Taiwan dikatakan menjadi negara pertama di Benua Asia yang secara rasmi mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini. Parlimen mereka mengambil masa dua tahun untuk menyetujuinya.
Terkini, Australia menjadi negara ke 25 yang mengiktiraf perkahwinan ini. Dalam perbahasan Parlimen baru-baru ini, seorang dari anggota Parlimennya. Tim Wilson telah membuat lamaran terhadap pasangan hidupnya Ryan Bolger dalam dewan mulia ini. Uewkkk. Ternyata kasih selama 10 tahun, akhirnya pasangan ini akan bergelar suami isteri. Tak tahulah siapa yang akan dipanggil Mummy dan sapa nak dipanggil Daddy. Memang dunia semakin gilaaaaa.