Bidang kulinari bukan lagi sebuah bidang pengajian yang boleh dianggap remeh dan picisan. Saban tahun, institusi kulinari yang bertapak di Malaysia semakin melebarkan pengaruh ke peringkat antarabangsa. Ramai remaja kini yang tertarik untuk mengambil jurusan tersebut bukan atas tiket ‘terpaksa’ namun disebabkan minat mendalam terhadap seni hidangan itu sendiri.
REMAJA baru-baru ini telah berkesempatan untuk bertemu dengan sebahagian daripada 26 orang pelajar dari Taylor’s Culinary Institute atau TCI yang bakal ‘terbang’ ke Perancis dan Singapura bagi pada bulan Mei ini bagi memulakan latihan amali (internship) di restoran-restoran yang diberi taraf Bintang Michelin.
25 daripada pelajar prgram Advanced Diploma in Patisserie & Gastronomic Cuisine (ADC) ini telahpun menerima tawaran untuk menimba ilmu serta pengalaman di seluruh Perancis manakala seorang lagi bakal ke negara jiran.
Bercakap dengan Cef Frederic Cerchi selaku Pengarah TCI, Taylor’s telah berpengalaman menghantar lebih daripada 356 orang pelajar bagi mengikuti latihan amali sekali seumur hidup ini sejak tahun 2010.
Malah beberapa alumni TCI telahpun berjaya membuka restoran mereka sendiri atau bekerja di restoran popular seperti di Meta Restaurant, Singapura dan Spago Dining Room by Wolfgang Puck, juga di Singapura. Segalanya bermula dengan mengikuti latihan amali di luar negara dan kali ini, barisan pelajar terbaru mereka pula yang akan melakukan dalam masa beberapa hari saja lagi dari sekarang.
“Pengalaman bekerja secara langsung dengan cef terkemuka dalam melayani pelbagai pelanggan dan pengkritik makanan akan memastikan mereka menjadi graduan yang berkaliber tinggi dan bersedia untuk industri,” ulasnya.
Khabarnya, antara restoran yang bakal menempatkan mereka ini termasuklah En Pleine Nature, L’Ambrosia, Maison BRAS dan Meta Restaurant.
Bagi pelajar Jack Yap Zhen Jie, 21, dia sememangnya teruja biarpun masih terselit sedikit rasa cemas untuk mengikuti latihan amali di Maison BRAS di bawah bimbingan Cef Sebastian Bras iaitu anak kepada Cef Michel Bras yang pernah diberi penghargaan tiga Bintang Michelin.
“Saya berharap dapat menggunakan kemahiran kulinari yang saya pelajari untuk menaikkan taraf restoran-restoran di Malaysia. Saya sangat berminat untuk memasak di restoran Bintang Michelin dan jika peluang datang, saya juga ingin memulakan perniagaan saya sebaik sahaja menamatkan pengajian,” katanya.
Untungnya mereka ini kan!
Untuk pengetahuan, Taylor’s Culinary Institure menawarkan diploma dwi anugerah bersama rakan-rakan industri terkemukan seperti University if Toulouse-Jean Jaures dan Academy of Toulouse.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.