Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti akan menarik minat mereka untuk menyaksikannya. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan Blood Moon atau lebih dikenali sebagai Bulan Berdarah yang hanya dapat disaksikan ketika puncak peristiwa bulan total.
Kali ini sekali lagi rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin selaun gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan pada 26 Disember ini.
Lebih menarik lagi, fenomena gerhana Matahari Cincin ini adalah satu fenomena alam yang jarang dapat disaksikan di Malaysia.
Kiranya ini tuah korang la dapat saksikannya sebelum tahun 2019 menutup tirai sebelum 2020 menjengah kita.
Baca perkongsian dari fb Muhammad Syafiq mengenai fenomena ini yang akan berlaku pada 26 Disember ini.
.
GERHANA MATAHARI HIASI LANGIT MALAYSIA .
Kepada Astrophile sekalian,
Jangan lupa.
Pada hari Khamis , 26 Disember 2019 ini akan berlaku fenomena gerhana Matahari cincin atau Anulus dan juga gerhana Matahari separa yang boleh disaksikan di Malaysia.
Fenomena gerhana Matahari adalah suatu fenomena alam yang sangat jarang dapat disaksikan di Malaysia .
Kali terakhir gerhana Matahari cincin dapat disaksikan di Malaysia pada 22 Ogos 1998 yang lalu.
Manakala kali terakhir gerhana Matahari separa dapat disaksikan di Malaysia pada 09 Mac 2016.
Ads
Antara kawasan di Malaysia yang akan dilintasi gerhana Matahari cincin adalah :- – Johor : Tanjung Piai, Teluk kerang, Kukup dan juga Pengerang. – Sarawak : Serian, Kota Samarahan.
.
.
Kawasan lain di Malaysia pula hanya berpeluang menyaksikan gerhana Matahari separa .
Bagaimana gerhana Matahari cincin berlaku?
Secara ringkasnya, gerhana Matahari cincin berlaku disebabkan kedudukan Bulan berada jauh dari Bumi ketika ia melintas di hadapan Matahari sehingga jasad Bulan kelihatan lebih kecil berbanding ketika berlakunya gerhana Matahari penuh yang ketika itu kedudukan Bulan berada dekat dengan bumi.
Jadi, Matahari tidak akan tertutup sepenuhnya oleh Bulan seperti mana ketika gerhana Matahari penuh yang menyebabkan suasana kawasan yang dilintasi gerhana akan berubah menjadi gelap seketika tetapi Matahari hanya kelihatan seperti cincin yang dikenali sebagai ‘ Ring Of Fire ‘ dan suasana kawasan yang dilintasi gerhana Matahari cincin masih lagi terang .
Ketika gerhana nanti, diameter sudut Matahari adalah 0.542° iaitu 1.7% lebih besar daripada purata dan jaraknya adalah 147128523 km.
Diameter sudut Bulan pula 0.518° ke 0.526° iaitu 1.0% lebih kecil daripada purata dan jaraknya ketika kemuncak gerhana adalah 384241 km .
Ads
Sekitar tujuh hari selepas Bulan berada pada kedudukan Perigee ( dekat dengan Bumi ) dan tujuh hari sebelum Bulan berada pada kedudukan Apogee ( Jauh dari Bumi ) .
Selain Malaysia, beberapa negara lain juga berpeluang menyaksikan gerhana Matahari cincin dan juga separa.
Gerhana Matahari cincin akan bermula dari semenanjung Arab iaitu melintasi timur laut Arab Saudi, selatan Qatar, selatan UAE dan utara Oman sebelum memasuki laut Arab.
Selepas itu, gerhana Matahari cincin akan melintasi selatan India dan utara Sri Lanka.
Seterusnya, gerhana akan bergerak melintasi utara Sumatra, Kepulauan Riau, sebahagian kecil selatan semenanjung Malaysia, tengah dan selatan Singapura, sebahagian kecil Sarawak, Kalimantan dan sebahagian kecil selatan Filipina.
Akhir sekali, gerhana Matahari cincin akan melintasi laut Filipina menuju ke Kepulauan Mariana dan berakhir di perairan barat Lautan Pasifik.
Keseluruhan laluan gerhana Matahari cincin akan melalui kawasan sepanjang kira – kira 12900 km iaitu mencakupi 0.34% permukaan Bumi dan mengambil masa sekitar 3 1/3 jam.
Ads
Gerhana Matahari separa pula akan dapat disaksikan di sebahagian kecil Afrika Utara/timur , Timur Tengah, Asia Tengah Asia Selatan, Asia Timur, Asia tenggara, Australasia dan Kepulauan di barat Lautan Pasifik .
.
.
Waktu gerhana Matahari separa dan gerhana Matahari cincin bermula dan berakhir :
– Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa bermula :- 10:29 AM / 26 Disember2019
( waktu Malaysia ) . * Sebahagian jasad Bulan mula berada di hadapan piringan Matahari .
.. – Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin bermula :- 11:34 AM / 26 Disember 2019 * Jasad Bulan sepenuhnya berada di hadapan piringan Matahari. Matahari ketika ini mula kelihatan seperti cincin.
– Kemuncak gerhana Matahari cincin :- 01:17 PM / 26 Disember 2019 * Jasad Bulan sepenuhnya berada di tengah piringan Matahari.
– Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin berakhir :- 03:00 PM / 26 Disember 2019
* Sebahagian jasad Bulan mula bergerak keluar dari hadapan piringan Matahari .
.. – Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa berakhir :- 04:05 PM / 26 Disember 2019
* Jasad Bulan sepenuhnya keluar dari hadapan piringan Matahari. Gerhana Matahari berakhir sepenuhnya .
.. Durasi maksimum gerhana Matahari cincin kali ini adalah selama 03 minit 40 saat.
* Waktu yang dinyatakan adalah waktu umum untuk keseluruhan fasa gerhana. Waktu bermula sehingga berakhirnya gerhana di setiap kawasan adalah berbeza.
Untuk menyemak waktu yang lebih terperinci di kawasan anda , boleh ke pautan yang tertera :- ( http://xjubier.free.fr/…/solar_…/ASE_2019_GoogleMapFull.html )
.. Selepas gerhana Matahari cincin 26 Disember ini , gerhana Matahari cincin akan sekali lagi dapat disaksikan di Malaysia pada 21 Mei 2031 ! Ketika itu, gerhana Matahari cincin akan melintasi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak . Wallahu A’lam . Rujukan :- – Fred Espenak and Jean Meeus . Five Millennium Canon of Solar Eclipses: -1999 to +3000 (2000 BCE to 3000 CE )
– ” What Is an Annular Solar Eclipse ? ”
( timeanddate.com )
– Fred Espenak . Moon at Perigee and Apogee : 2001 to 2100 .
– ” Besselian elements for the Annular Solar Eclipse of 2019 DEC 26 ”
( eclipse.gsfc.nasa.gov )
.. Kredit gambar : Kevin Baird
.. Ikuti Channel telegram
‘AstroMet Malaysia’ untuk maklumat menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi :- ( https://t.me/AstroMetMalaysia ) – Muhammad Syafiq –
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, inisiatif Pemuda UMNO Putrajaya untuk mengagihkan 2,000 ekor ayam secara percuma semalam telah mengundang situasi ‘backfire’ di kalangan warganet.
Menurut laporan SINAR HARIAN, keadaan trafik di Presint 9 Putrajaya terhenti pada hari Jumaat apabila lebih daripada 2,000 orang bergegas ke sana bagi mendapatkan seekor ayam beku secara percuma.
Sumber Foto: Twitter.
Sambutan luar biasa itu ternyata tidak dijangkakan.
Malah Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Mohd Zushaidey Zulkifli berkata pihaknya pada peringkat awal bercadang untuk mengagihkan dua ekor ayam bagi setiap penerima.
Namun memandangkan terlalu ramai yang datang, kuota itu dikurangkan kepada seekor seorang dan cara pengagihan juga dilakukan secara ‘drive-through’ demi memastikan kesesakan tidak berlarutan.
Sumber Foto: Twitter.
Hanya 30 minit, 2,000 ekor ayam beku percuma diedarkan kepada 1,000 warga Putrajaya.
Inisiatif bagi bantu kurangkan beban penduduk terkesan PKP.
— Wan Zairul Azri (Wan Z) @ Putrajaya (@wan_zNewsMPB) January 15, 2021
Memang benar, kebenaran rasmi telah didapatkan oleh kumpulan tersebut daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak polis. Malah, niat mereka untuk membantu mengurangkan bebanan masyarakat di Putrajaya, khususnya pada musim pandemik ini amatlah dihargai.
Namun pengagihan tersebut dianggap sebagai acara yang kurang bersesuaian untuk diadakan pada masa sekarang.
Malah ada juga pihak yang mendapatinya kurang sensitif terhadap usaha kerajaan yang ingin melandaikan angka kes positif COVID-19 di seluruh negara.
Apa pendapat korang?
Adakah isu ini hanyalah isu kecil yang diperbesar-besarkan? Ataupun ia seharusnya ditangguhkan sehingga waktu yang lebih sesuai?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajak pasangan tengok wayang di pawagam. Tetapi belum bermula filem lagi di skrin, sudah ada ‘wayang’ pasangan bercinta di seat sebelah dan belakang.
Orang keliling nak tegur dikata sibuk hal orang tapi kalau tak tegur hati sudah panas dengan adegan tanpa malu dari couple sebelah.
Awas khususnya bagi pasangan kekasih di negeri Terengganu.
Mulai September ini, kerajaan negeri Terengganu akan mendidik pasangan bukan mahram dengan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 bagi mengekang gejala tak bermoral seperti ini di negeri terbabit.
Memetik kenyatan yang disiarkan di Harian Metro, mana-mana wanita Islam yang menjolok mata dan pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak sopan ketika menonton wayang di Terengganu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah (empat dari kiri) bersama Timbalan Pesuruhjaya JHEAT Mohd Azam Alwi (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran video pendek sempena Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri iaitu Mohd Nor Hamzah berkata, pengusaha pawagam juga boleh berdepan tindakan ditamatkan lesen hiburan serta-merta sekiranya gagal mematuhi garis panduan syariah ditetapkan.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak akan melaksanakan undang-undang itu secara drastik. Sebaliknya mereka akan mempergiatkan kempen kesedaran dan pendidikan kepada pasangan yang dikesan melakukan kesalahan itu.
“Buat masa ini, kita hanya beri amaran. Namun kita tidak teragak-agak melaksanakan tindakan undang-undang tersebut.
“Pasangan Islam yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam terutama dalam panggung wayang boleh dikenakan tindakan yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 dan penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Selain itu, wanita Islam yang didapati mendedahkan tubuh di tempat awam pula boleh didakwa mengikut Seksyen 35 enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran video pendek sempena Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, hari ini.
Sempena pelancaran itu, pengurusan Lotus Five Star Cinemas (LFS Cinema) akan menayangkan video pendek berdurasi 51 minit yang memaparkan dua kesalahan itu sebelum tayangan filem bermula.
Inisiatif julung kali dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama LFS Cinema untuk mencegah masyarakat daripada berkelakuan tidak senonoh.
So guys, jangan berani sangat ya di tempat awam!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin kanak-kanak seusianya sedang sibuk bermain, namun remaja ini terpaksa berkahwin seawal usia 13 tahun. Mungkin kedengaran seperti gurauan, tapi itulah situasi yang berlaku pada seorang remaja perempuan malang Di Filipina ini.
Dipaksa berkahwin dengan lelaki yang layak digelar ayah. Lebih memeranjatkan, dia terpaksa menjaga anak suaminya itu yang seusia dengan dirinya.
Lebih memeranjatkan lelaki tersebut sudahpun berusia 48 tahun. Whatttt……
Di bawah merupakan beberapa gambar pasangan tersebut yang menjadi viral di media sosial.
Didakwa bahawa remaja perempuan itu telah sah menjadi isteri kelima Abdulrzak Ampatuan dengan upacara perkahwinan Islam. Walau begitu, pengantin lelaki itu tidak menyesal menikahi remaja yang seusia dengan anaknya.
“Saya gembira dapat menjumpainya dan menghabiskan hari-hari saya bersamanya dan dia akan menjaga anak-anak saya,” katanya.
Bagaimanapun, dia memaklumkan bahawa ingin mempunyai anak bersama isterinya itu hanya isterinya berusia 20 tahun.
Tambahnya, dia akan menghantarkan isterinya ke sekolah supaya mendapat pendidikan seperti orang lain sementara mereka belum bersedia mempunyai anak.
Terdapat beberapa kawasan di Filipina terutamanya di wilayah Mindanao di mana individu di bawah umur dibenarkan berkahwin selama individu tersebut mencapai usia akil baligh.
Menurut Data Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan Filipina berada di tangga ke-12 di dunia dengan anggaran sebanyak 726 000 jumlah pengantin di bawah umur.
Sebagai remaja seharusnya kita melalui alam penuh keindahan ini dengan pelbagai cara dan bukannya dibebani dengan soal menjadi terlalu dewasa dengan terlalu cepat. Sebarang masa yang berlalu tak akan boleh berulang kembali.
Sumber: Mirror UK
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...