
Sabar beb, sabar..
Berikutan pembatalan acara Fan Meeting Kim Jae Hwan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, warga Twitter pantas menyerang timeline dengan penuh rasa tak puas hati.
BACA: Fan Meeting Kim Jae Hwan Batal Saat Akhir, Fans Mengamuk!
Iyalah, dah beli tiket yang agak mahal satu hal.
Bagaimana pula dengan peminat yang ‘terbang’ dari luar negara seperti Singapura, bagaimana dengan yang menempah semalam di hotel, dan bagaimana dengan yang gigih memandu serta menaiki bas dari kawasan luar Lembah Klang?
BAGAIMANA?
Penulis percaya mereka mempunyai hak untuk ‘naik hantu’ dek kerana insiden hari ini.
Salah satu fakta menarik yang berjaya mereka ungkit adalah tarikh pembatalan konsert TWICE pada tahun lalu – which fell on today!
Seriuslah..
Ya, berita pembatalan konsert TWICE pantas dilaporkan oleh media seluruh dunia pada 27 Julai 2018, tarikh sama hari ini di mana acara fan meet Kim Jae Hwan dibatalkan.
And get this, kedua-dua acara ini dibatalkan di lokasi yang sama iaitu Stadium Malawati.
Ouhh spooky!
BACA: TWICE Pulang Hampa Selepas Konsert Di Shah Alam Batal
Antara komen netizen yang menghujani Twitter termasuklah, “..27 Julai pada setiap tahun adalah tarikh si*l!..”, “..What is this coincidence?!..” dan “..Tolong elakkan tarikh ni please, walaupun memang tarikh gaji masuk..”
Hhm, memang tak ada rezeki nak jumpa dengan Kim Jae Hwan hari ini.
Lemas Itu Mati Syahid, Mulianya Cara Kematian 6 Anggota Bomba – Mufti Wilayah

Susulan dari berita kematian 6 anggota bomba dan penyelamat dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri turut menitipkan pesanan salam takziah dan pesanan buat ahli keluarga kesemua enam anggota keluarga bomba ini.
Menyifatkan cara kematian kesemua mereka amat mulia ditambah dengan hadis yang menyatakan, golongan yang mati syahid itu termasuk mati lemas, Mufti Wilayah ini berdoa agar ahli keluarga diberi kesabaran tinggi.
Baca kenyataannya di fb Mufti Wilayah Persekutuan.
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.
Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.


Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
Amin…
Akhukum fillah,
S.S Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
Pasangan Panjat Merdeka 118 Buktikan Foto-Foto Tidak Palsu, Siap Puji Sekuriti Menara Bagus

Pasangan warganegara Rusia yang tular pada minggu ini setelah mendedahkan foto-foto mereka memanjat menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur baru-baru ini telahpun menerima implikasi perbuatan mereka itu setelah disahkan akan disiasat oleh pihak polis atas kesalahan meneroboh.

Terdahulu dalam laporan REMAJA mengenai aktiviti ‘daredevil’ yang dilakukan oleh Ivan Beerkus dan Angela Nikolau ini, ramai warganet Malaysia telah tampil mengkritik keberanian mereka yang ‘tidak kena pada tempat’ ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan RUSIA Tawan Puncak Menara Merdeka 118, Warganet Skeptikal Mana Pegawai Keselamatan? – REMAJA
Lantas, setelah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman kelmarin berkata pihaknya akan memanggil Ivan dan Angela untuk merakam kenyataan mereka atas tuduhan menceroboh; sebahagian besar warganet merasakan tindakan itu adalah wajar.
Biarpun Ivan dan Angela sudah bergelar pendaki profesional pelbagai bangunan pencakar langit di seluruh dunia sekaligus mempopularkan setiap satu tarikan tersebut, warganet merasakan keberanian mereka di menara Merdeka 118 tidak seharusnya berlaku.
Tambahan pula, menara itu masih belum beroperasi secara rasmi dan belum dibukan kepada umum.
*
Bagaimanapun, tetap wujud segelintir warganet yang memuji keberanian pasangan dari Rusia ini.
Menerusi hantaran video terbaru di Instagram Ivan dan Instagram Angela, mereka berdua membuktikan bahawa foto-foto yang tular sebelum ini bukannya palsu dan mereka benar-benar telah mendaki hingga ke puncak menara kedua tertinggi di dunia itu.
View this post on Instagram
A post shared by A N G E L A N I K O L A U | C R E A T O R (@angela_nikolau)
Pada ketinggian 679m atau 2,227 kaki, Ivan dan Angela berjaya berselindung daripada ‘ditangkap’ kamera berlitar tutup (CCTV) dan pegawai keselamatan yang bertugas di tapak menara.
“Semasa pendakian di aras 118, hanya kaki kami sahaja yang terkesan.
“Ada sahaja kes-kes di mana pendaki (di menara Merdeka 118) telah ditangkap sebelum kami. Tiada siapa yang boleh ke sana tanpa dikesan,” kata Ivan yang menjelaskan bahawa mereka berdua sering melakukan ‘homework’ atau kajian terlebih dahulu.
Tambahnya lagi, “Sekuriti bangunan benar-benar melakukan kerja yang bagus. Kami memerlukan masa yang lama untuk naik dan turun dari menara ini tanpa ditangkap.
“Ia adalah pendakian paling sukar dalam hidup saya,” katanya.
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan susulan daripada pihak polis Malaysia mengenai siasatan terhadap pasangan tersebut.
Yang salah tetap salah, namun adakah korang merasakan perbuatan Ivan dan Angela wajar dibanggakan oleh rakyat Malaysia?
BACA LAGI: Malaysia Sedang Rancang Sebuah Menara Lebih Tinggi Daripada Merdeka 118 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Letak Gambar Kubur Petanda Akhir Sebelum Ajal, 3 Beranak Maut Pulang Beraya Di Kelantan

“Pagi sebelum mereka bertolak, kakak Nur Fashiera ada WhatsApp cakap nak jumpa tetapi saya kata saya tak dapat cuti raya dan hanya akan bercuti minggu depan.
“Status WhatsApp kakak pun nampak macam pelik sikit sebab dia letak gambar kubur ayah. Ayah kami meninggal ketika usia saya tiga bulan. Kakak juga pernah menyatakan hasrat untuk menunaikan haji ke Makkah namun ianya tak kesampaian.
“Masa yang sama katanya lagi, mak pun nampak lain sebab akhir- akhir ini sering tanya khabar tentang kandungan isteri saya, Nur Aisyah Zahari, 22, yang kini nak masuk lima bulan. Mak macam tak sabar nak timang cucu sulungnya,” kata Mohd Faiqis, 21 tahun ketika ditemui media di kediaman saudara mereka malam tadi.
Tambahnya lagi, kakak sulung mereka, Nur Farhana Fyren, 28, yang bekerja di Kuala Lumpur tidak pulang bersama menaiki kereta itu kerana dia pulang menaiki kapal terbang.
Kehilangan tiga orang tersayang yang pulang untuk menyambut hari raya Aidiladha ini sememangnya satu kehilangan yang cukup sukar diterima.


Dalam kejadian menyedihkan itu, dua beranak maut iaitu Maslan Hassan, 55 dan anak perempuannya Nur Fashiera Mohammad Rusdi, 25 meninggal di lokasi kejadian itu di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai jam 2.40 pagi selepas kereta yang dipandu Muhammad Faiziel, 27 terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung. Keduanya dipercayai tercampak keluar dari kenderaan.
Dalam kejadian itu, Muhammad Faiziel alami kecederaan parah dan sempat dihantar ke Hospital Kuala Krai selepas operasi menyelamat dilakukan tetapi pemuda itu dilaporkan juga telah meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya dan dikebumikan pagi ini.


Masa yang sama, suasana sedih menyelubungi di tanah perkuburan apabila jenazah dua beranak, itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Rekang Hilir, Tangok, Bachok malam tadi.
Anak bongsu Maslan, Mohd Faiqis, 21, berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan kehilangan tiga ahli keluarga terdekat dalam sekelip mata dan kejadian ini sama sekali sangat menyedihkan ditambah kesemua mereka berkumpul bagi meraikan sambutan Aidiladha.
“Ia satu kejadian menyedihkan. Sangat terkejut kerana hilang ahli keluarga serentak,” katanya lagi.
Tragedi pagi raya itu selain meragut nyawa tiga beranak, hanya anak keempat iaitu, Nur Farrah Ezlyn, 22, yang alami patah pergelangan tangan.
Al-Fatihah untuk kesemua mangsa.