Sebut saja tentang Highland Towers, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Macam-macam cerita yang kita dengar sebelum ini. Paling popular mestilah tentang bagaimana ‘keras’nya tempat tersebut.
Tragedi Highland Towers merupakan satu runtuhan blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang kira-kira 27 tahun yang lalu. Seramai 48 mangsa terkorban dan ada juga khabar angin yang mengatakan masih ramai mangsa yang tidak dijumpai. Maka, macam-macamlah kisah misteri yang diceritakan berlaku di tempat kejadian.
Malah, sebuah filem yang berjudul Highland Towers juga turut diterbitkan satu ketika dahulu sempena dengan tragedi yang berlaku.
Baru-baru ini, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida berkata tapak kondominium Highland Towers bakal diindahkan semula untuk dijadikan sebagai tapak bersejarah, bukannya tugu peringatan seperti yang digemburkan media.
Tapak berkenaan adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa tragis yang berlaku pada tahun 1993 – genap 25 tahun lalu pada hari semalam.
Kawasan tapak yang didakwa menjadi lubuk masalah sosial itu akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah dan dalam pada masa sama menjamin kesejahteraan penduduk di sana.
Untuk info, tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3 di pangkalan barat bukit curam yang kemudiannya ditereskan secara meluas pada awal 1980-an, keruntuhan adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat berterusan.
Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen turut dikongsi di media sosial.
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan bagi perancangan ini. Sudah pasti pihak yang bertanggungjawab memikirkan baik buruk sebelum membuat apa-apa projek.
Sumber : Astro Awani