3.23 Tan Kokain Dirampas Dalam Ops Sparrow, Sindiket Dadah Terbesar Negara RM650 Juta Tumpas

Share

Kalau sesiapa yang pernah  mengikuti dokumentari raja dadah Colombia, pasti mengenali nama Pablo Escobar. Kekayaan Pablo sangat melampau dan dia mengecapinya dengan hanya menjual dadah sahaja. Bergelar Raja Dadah, menjadikan nama Pablo Escobar sangat digeruni di Amerika Syarikat dan Colombia. Di saat kegemilangannya, dia mengimport 15 tan kokain sehari ke Amerika Syarikat  sekaligus meletakkan  dirinya antara 10 orang terkaya dunia dengan nilai  RM133 bilion tujuh tahun berturut-turut yang dikeluarkan oleh Forbes.

Lupakan Pablo Escobar kerana dalam negara juga ada bercita-cita menjadi seperti dirinya.

Semalam, negara digemparkan dengan rampasan dadah terbesar apabila Jabatan Kastam dan Polis merampas  sejumlah 500 kilogram Ketamin dan 3.23 tan Kokain bernilai kira-kira RM650 juta  dalam serbuan di dua premis premis perniagaan di Puncak Alam dan Seksyen U5, Shah Alam, semalam yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah berkenaan.

Serbuan dilakukan Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dengan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, bertindak atas maklumat risikan dan intipan di premis berkenaan sejak awal bulan ini.

Fuhh, dah macam kilang tepung nampaknya tapi rupanya dadah. Gambar dari fb Info Roadblock JPJ/Polis
Sudah banyak jiwa anak muda terkorban kerana dadah dan diharap pengedarnya dikenakan hukuman seberat-beratnya

Dalam serbuan pertama di Puncak Alam kira-kira jam 4.30 pagi semalam, empat lelaki tempatan bersama sembilan warga asing ditahan, seterusnya membawa kepada penemuan 11 guni mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis Ketamin seberat 500 kilogram.

Hasil soal siasat kemudian membawa kepada serbuan di lokasi kedua iaitu di sebuah rumah kedai di Seksyen U5, Shah Alam pada jam 9.20 malam.

Menurut Pengarah JSJN, CP Datuk Mohd Khalil Kadir Mohd, penggeledahan di lokasi kedua membawa kepada penemuan dan rampasan 3,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki Kokain yang keseluruhannya dianggarkan seberat 3.23 tan.

“Kesemua suspek dan barang kes kemudian dibawa ke pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kilang memproses dadah ini terletak di Puncak Alam, Selangor

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi memaklumkan rampasan dadah berkenaan adalah yang terbesar pernah direkodkan di negara ini.

Kataya, kejayaan itu jelas memperlihatkan komitmen berterusan PDRM, khususnya JSJN dalam memerangi sindiket dadah di negara ini, melalui kerjasama dengan agensi berkaitan.

“Bukit Aman sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatluasaan dan pasukan keselamatan lain dalam usaha membanteras penyeludupan, pemprosesan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Abdul Hamid berkata, kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah harus diperangi habis-habisan kerana implikasi negatifnya kepada rakyat dan negara.

“PDRM sendiri ketika ini sedang memberi tumpuan terhadap usaha membersihkan warga kerjanya yang yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Dalam tempoh tidak sampai sebulan Op Blue Devil dilancarkan, hampir 100 pegawai dan anggota dikenakan tindakan selepas hasil ujian air kencing mereka didapati positif dadah,” katanya.

Sumber berita: Berita Harian Online

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros