Ads
Home Gaya Hidup 3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020

3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020

Ads
(Dari Kiri) : Mutaz Essa Barshim (Qatar), Fares Ibrahim Elbakh (Qatar), Hidilyn Diaz (Filipina) dan Flora Duddy (Bermuda).

 

Ternyata, bukan tugas mudah bagi negara-negara yang bertanding di temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik untuk meraih pingat emas. Para atlet perlu menjadi yang TERBAIK di antara yang terbaik di seluruh dunia untuk memenanginya.

Seperti yang kita semua ketahui, Malaysia sendiri masih belum berpeluang untuk ‘mencium’ pingat emas Olimpik sepanjang penyertaan kita di Sukan Olimpik. Malaysia menamatkan saingan di Tokyo 2020 dengan satu pingat perak menerusi Dato’ Azizulhasni Awang dan satu pingat gangsa menerusi gandingan beregu badminton negara, Aaron Chia & Soh Wooi Yik.

Bagi negara-negara yang sedang membangun, kita semua perlu bertarung habis-habisan untuk mengatasi negara-negara maju. Kadangkala, atlet di negara membangun tidak mempunyai teknologi dan bantuan sehebat negara maju. Namun mereka tetap memberikan 110 peratus usaha dan bertanding dengan penuh semangat

Oleh sebab itulah, REMAJA amat berbangga dengan tiga buah negara ini yang berjaya meraih pingat emas pertama masing-masing dalam sejarah penyertaan mereka dalam sukan olimpik di Tokyo 2020.

 

Bermuda

Bukan saja Bermuda memenangi pingat emas pertamanya dalam sejarah penyertaan di Sukan Olimpik menerusi atlet triathlon wanitanya, Flora Duffy, pingat tersebut juga merupakan pingat Olimpik terbaru negara tersebut selepas tempoh 45 tahun! Kali terakhir mereka memengangi pingat di Sukan Olimpik adalah menerusi pingat gangsa pada tahun 1976 di Montreal.

Ads

3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020

3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020
Sumber Foto : Straits Times

Tekanan yang tinggi nyata dirasai oleh Flora sehingga dia sendiri mengakui sukar untuk mengendalikan perasaan tersebut sebelum tiba di Tokyo 2020. “Saya rasa semua orang di negara kepulauan kecil kami amat teruja dan gementar. Terlalu ramai pihak telah membantu saya untuk sampai ke tahap ini, jadi saya rasakan saya perlu mendapatkan pingat emas ini.”

Menariknya, Flora sebenarnya mempunyai peluang untuk mewakili Great Britain jika dia mahu. Ini kerana ibu bapanya berasal dari Great Britain dan hanya berpindah ke Bermuda ketika berusia 20-an. Malah Flora sendiri pernah bersekolah asrama di Britain. Namun Flora menolak peluang itu. Baginya, tidak adil jika dia mewakili Great Britain. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Bermuda, di situlah asal-usulnya.

 

Filipina

Walaupun Hidilyn Diaz mewakili Filipina dalam acara angkat berat, peminat sukan di Malaysia turut sama meraikan kejayaan beliau apabila memenangi pingat emas pertama Filipina pada minggu pertama kejohanan.

Ads

Bukan saja anggota tentera udara Filipina ini mencatatkan rekod Olimpik dalam acara clean & jerk kategori 55kg dengan angkatan 127kg, beliau juga menjadi atlet pertama dari rantau Asia Tenggara untuk memenangi emas dalam edisi kali ini.

3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020
Sumber Foto : BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN : OLIMPIK : Tentera Wanita Hadiahkan Emas Pertama Filipina, Rindu Berlatih Di Kampung Melaka – REMAJA

Tambah manis apabila Diaz berterima kasih kepada komuniti penduduk di Jasin Melaka yang telah menjadi pusat latihan beliau pada tahun ini sebelum ‘terbang’ ke Tokyo, Jepun. Pemilihan Kuala Lumpur dan kemudiannya Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan adalah demi menjamin konsentrasi tinggi Diaz semasa latihannya. Pingat emas ini juga merupakan peningkatan prestasi buat Diaz yang pernah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.

Pelbagai ganjaran diterimanya atas kejayaan ini, antaranya daripada AirAsia Filipina.

BACA LAGI : AirAsia Filipina Beri Ganjaran Penerbangan Percuma Seumur Hidup Buat Hidilyn Diaz – REMAJA

Ads

 

Qatar

Wow, ini memang wow! Bukan hanya Qatar memenangi pingat emas pertamanya dalam sejarah penyertaan dalam Sukan Olimpik di Tokyo 2020. Qatar juga memenangi dua butir pingat emas pada kali ini!

3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020
Sumber Foto : Reuters

Pingat emas pertama mereka adalah menerusi atlet angkat berat Fares Ibrahim Elbakh dalam kategori 96 kg. Fares bukan setakat memenangi pingat emas, malah skor angkatan keseluruhan sebanyak 402 kg daripada clean & jerk merupakan angkatan terberat pernah dicatatkan hinggakan ia memecah rekod Sukan Olimpik.

Qatar terus meraikan pingat emas kedua mereka menerusi acara lompat tinggi lelaki pada keesokan harinya dan momen ini tercatat sebagai salah satu momen tular di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020
Sumber Foto : World Athletics

Mutaz Essa Barshim dari Qatar telah diumumkan sebagai pemenang pingat emas bersama-sama Gianmarco Tamberi dari Itali selepas mereka terikat hingga ke akhir acara.

Rata-rata enonton menjangkakan dua orang atlet tersebut akan bertanding bagi penentuan pingat emas; kiranya dalam penentuan sudden death. Namun, mereka bersetuju untuk berkongsi pingat emas ini lalu menjadikannya sebagai salah satu momen paling mengharukan di Tokyo 2020.

3 Buah Negara Dikalungkan Pingat EMAS PERTAMA Di Tokyo 2020
Sumber Foto : Indian Express

ARTIKEL BERKAITAN : Dalam Sejarah Olimpik 2020, Dua Atlet Lompat Tinggi Kongsi Pingat Emas – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI