Masalah seperti depresi, stres, perubahan emosi dan rasa gelisah menjadi antara masalah kesihatan utama di dunia.
Depresi merupakan penyakit yang paling bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal. Faktor masalah ini mungkin daripada gangguan otak, pengalaman hidup yang negatif atau sedang menanggung masalah besar dalam hidup. Ia juga boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Ramai dikalangan selebriti yang mengalami masalah depresi hingga mengakhiri hidup mereka dengan jalan bunuh diri.
Tapi lain pula dengan Farah Nabilah, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Titian Cinta mengakui pernah mengalami depresi ketika baru-baru memasuki industri namun belia terus kuat melawan perasaan itu.
Menurut Farah, beliau seorang yang bersikap low profile dan tidak suka menonjol tapi semuanya berubah apabila menjejakkan ke dalam industri.
“depression is real, saya juga pernah juga kena depresi juga dulu masa mula-mula masuk industri.”
Benda ini berlaku mungkin kerana terlalu banyak perhatian dari netizen dan masyarakat, semua tingkah laku saya diperhatikan. Saya jenis yang low profile tapi bila masuk industri ini semua orang kenal. So rasa rasa stress dan macam tak ada privasi.
Mengambil masa dalam 3 bulan untuk sembuh, namun menurut Farah walaupun beliau mempunyai ijazah dalam bidng Psikologi, namun ia tidak mampu melawan penyakit depresi itu.
Masa itu memang rasa macam kosong dan tak rasa kenikmatan hidup,rasa nak duduk dalam bilik je, dan tak nak jumpa orang. Mujur mak saya banyak membantu dan memberi sokongan, paksa pergi mengaji dan solat tak tinggal.Paling penting saya belajar terima keadaan.
Mengakui pada waktu itu saya tetap keluar pergi event semua tapi rasa macam robot dan saya tetap keluar tapi tak ada perasaan time tu.
So saya nasihatkan pada semua netizen di luar sana fikir sebelum nak kata dan komen seseuatu lagi-lagi di media sosial. Buat remaja pula saya harap anda semua jangan terlalu ikut perasaan, kita sebagai orang muslim lebih baik dekatkan diri dengan agama jika stress atau di landa deprasi.
Bakal menamatkan zaman gadisnya pada 20 Disember ini, pelakon Farah Nabilah, mengakui debaran semakin dirasai menanti detik bersejarah dalam hidup.