Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang seorang influencer yang mengamuk di sebuah kedai makan gara-gara dihalau kerana dirinya dilarang membuat ‘live’ di restoran tersebut.

Bukan hanya video live di kedai itu sahaja, influencer itu juga turut viral dengan sebuah lagi video live yang didakwa melakukan makian dan body shaming kepada pengikutnya. Namun begitu, personaliti itu telah memohon maaf dan mengakui kesalahannya itu.

Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Ketika berhadapan dengan ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang itu bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri.

3 Cara Mengawal Kemarahan & Buang Tabiat Emosi Tidak Stabil

Walau bagaimanapun, undang-undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan seseorang individu itu meluahkan rasa marah. Marah akan mendorong korang bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri korang sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu mengawal sikap pemarah itu.

Ads

Bagaimana korang boleh menangani kemarahan?

Terdapat 3 cara yang korang boleh lakukan, iaitu meluahkannya, menahannya dan menenangkan diri. Meluahkan perasaan marah korang secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan.

Ads

Untuk melakukannya, korang perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang korang rasa sejelasnya, apa kehendak korang dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri korang sendiri dan orang lain.

3 Cara Mengawal Kemarahan & Buang Tabiat Emosi Tidak Stabil

Ads

Korang juga boleh menahan kemarahan dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan berfikir positif terhadap hal lain. Terdapat cara-cara untuk menenangkan diri ketika marah dan antaranya adalah seperti berikut:

• Panjangkan serta perlahankan tarikan nafas korang
• Perlahankan atau hentikan pergerakan korang supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan
• Fokus kepada pemikiran yang positif
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih daripada persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah korang

Setiap orang mempunyai sikap amarahnya tersendiri. Namun, ia bergantung kepada bagaimana kita mengawal diri. Ingat, sikap marah hanya mengundang perkara negatif!
Jadilah individu yang rasional dan berfikir dahulu sebelum bertindak.

Sumber: myhealth.gov.my

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI