Minggu lepas, ramai yang memperkatakan tentang isu kekurangan peluang pekerjaan yang boleh di-‘guaranteed‘ oleh kerajaan Malaysia.
Lalu, kelompok graduan rata-rata terpaksa melakukan dua jenis pekerjaan atau mengambil jenis kerja yang langsung tiada kena-mengena dengan minat, kelayakan dan potensi mereka.
Kami masih dengan pendapat bahawa bukan mudah untuk remaja di Malaysia pada zaman ini untuk bersikap demanding dengan pekerjaan yang mereka inginkan, terutamanya bagi yang sedang mencari first job masing-masing.
So kalau tak dapat pekerjaan yang kita inginkan, nak buat apa sekarang?
Menurut aceproacademy.com, ini merupakan tiga pekerjaan freelance yang mungkin boleh korang cuba buat masa ini. Bukan setakat diberikan gaji yang setimpal (ada juga yang boleh dapat gaji 4 angka!).
Malah, salah satu daripada pekerjaan yang tersenarai ini adalah pemandu kereta persendirian. Oops, banyak tau duit yang diorang dapat!
1 Pemandu Pelancong
Tak ramai yang tahu, tugas sebagai pemandu pelancong atau tour guide ini boleh menjanjikan pendapatan lumayan.
Sebagai rakyat negara ni, korang mempunyai kelebihan untuk membawa pelancong asing ke kawasan menarik. Iyalah, dah biasa dengan jalan shortcut, lokasi best yang terlindung dan port makanan best yang wajib mereka cuba.
Ilmu penting yang perlu ada adalah sejarah sesebuah bandar dan sediakan pakej yang ingin korang tawarkan.
Kenapa pelancong asing sekarang lebih gemarkan pakej tour guide personal berbanding tour guide berskala besar? Sebab mereka nak tahu tentang bandar seperti Kuala Lumpur, JB atau Pulau Pinang dari sudut pandangan penduduk biasa. Nampaklah lebih lokal.
Walaupun jumlah pelancong dalam grup korang nampak sedikit, ia lebih menguntungkan kerana hampir kesemua hasil masuk ke dalam poket korang. Tak perlu bahagikan dengan agensi syarikat.
2 Pemandu Peribadi
Tugas sebagai pemandu untuk syarikat seperti Uber, Grab, Lyft dan banyak lagi sekarang mendapat sambutan yang tak terkawal. Demand untuk khidmat pemandu ini semakin lama semakin menjadi-jadi di bandar besar dan masyarakat pun dah mula depend kepada mereka.
Kenapa kerja ini jadi pilihan ramai remaja? Sebab ia boleh dibuat sebagai kerja freelance tanpa mengacau masa kerja atau masa di kuliah. Jadi, sementara demand masih tinggi tahun ini, why not korang cuba lakukannya.
3 Pedagang Kewangan
Beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah besar belia Malaysia telah mula berani untuk berkecimpung dalam market kewangan.
Berbekalkan strategi yang dipelajari semasa belajar di universiti, mereka mampu menjana pendapatan masyuk dari rumah menggunakan laptop atau telefon jer.
Ia bukanlah skop pekerjaan baru seperti pemandu Uber. Namun seorang pedagang kewangan atau financial trader perlu sentiasa tahu membaca carta pasaran terbaru setiap hari kerana ia sering berubah mengikut zaman dan teknologi.