Pejam celik, sudah sepuluh tahun usia acara muzik besar-besaran, Good Vibes Festival di Malaysia rupanya!
Tampil lebih eksentrik dan bertenaga untuk meraikan ulang tahun dekad pertamanya sejak ia dianjurkan pada tahun 2013, penganjur Good Vibes Festival pada minggu ini mengumumkan bahawa mereka bakal kembali dari 21 Julai – 23 Julai kelak.
Berlainan dengan edisi-edisi terdahulu yang pernah dianjurkan di The Ranch Gohtong Jaya, Genting Highland dan di Sunway Lagoon Petaling Jaya pada tahun lalu, edisi kali ini menjanjikan skala yang lebih besar apabila ia bakal dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang.
Mungkin ramai dalam kalangan korang yang tidak ingat bahawa edisi pertama Good Vibes Festival pada tahun 2013 sebenarnya bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
Justeru, kembalinya acara tahunan ini ke lokasi asal pada kali ini membawa kenangan nostalgik buat penganjur dan juga pengunjung ‘OG’ dahulu.
Kongsi Pengarah Hiburan Future Sound Asia, festival kali ini menyenaraikan barisan penghibur paling ramai dalam sejarah penganjurannya.
Paling dinantikan ialah kumpulan rock Amerika, The Strokes dan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 yang kembali ke Malaysia setelah kali terakhir menjayakan slot persembahan semasa Good Vibes Festival 2016.
Selain mereka, Good Vibes Festival turut diserikan dengan kemunculan penghibur antarabangsa lain seperti The Kid Laroi, Giveon, Rini, DPR Live & DPR Ian, Sabrina Carpenter dan NxWorries feat. Anderson Paak serta Knxwledge.
Kongsi penganjur menerusi poster pengumuman tersebut, lebih ramai lagi nama-nama penghibur antarabangsa yang bakal disenaraikan tidak lama lagi.
Ads
Bagi penjualan tiket pula, ia akan dilakukan secara berfasa demi mengelakkan trafik laman web tergendala. Yang penting, lebih awal korang beli lebih murah harga tiket yang ditawarkan.
Fasa pertama penjualan dibuka mulai 22 Februari sehingga 5 March 2023, manakala fasa kedua dan ketiga penjualan masing-masing akan dilakukan pada bulan Mac dan Mei. Jom lihat jumlah harga tiket bagi setiap fasa ini.
Fasa Pertama (22 Feb – 5 Mac)
Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM788
Fasa Kedua (6 Mac – 7 Mei)
Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM888
Ads
Fasa Ketiga & Terakhir (8 Mei hingga habis terjual)
Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM988
*
Difahamkan, sekiranya tiket Good Vibes Festival 2023 habis terjual (termasuklah bagi kategori VIP bernilai RM1388 dan kategori ‘Squad Goals’ untuk 5 tiket bernilai RM4,190) di akhir tarikh fasa kedua, maka status penjualan tiket dianggap sebagai sold out dan tiada tiket tambahan (ataupun tiket ‘1-day pass’ yang dinanti-nantikan) akan ditambah selepas itu.
Haa, berbaloi ke tak gaiss? Cer komen sikit.
Ads
Sementara itu, jom kita #throwback beberapa persembahan daripada CL pada edisi Good Vibes Weekender 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2021 dah sampai ke tengah tahun pun, bagi penulis tahun 2021 bukanlah tahun yang serba-serbi indah. Rata-rata dari kita hanya menghabiskan setengah tahun ini hanya di rumah sahaja dan melayari internet.
Google baru-baru ini mengeluarkan senarai Kpop Idol yang paling banyak dicari menerusi enjin carian Google dari Januari hingga Jun tahun ini.
Guess what??
Jungkook, menjuarai carta tersebut manakala tiga lagi ahli kumpulannya iaitu V, Jimin dan Suga masing-masing berada di kedudukan kedua, ketiga dan keempat senarai tersebut.
Ini merupakan tahun ketiga Jungkook berjaya mengekalkan kedudukannya itu setanding dengan populariti yang diraihnya pada ketika ini.
[2021 Mid-Year Chart] Top 100 Google Worldwide Most Searched K-POP Idols
Kpop merupakan industri yang sangat besar bukan sahaja di Korea, malah beberapa selebriti mereka juga turut mendapat perhatian di seluruh dunia.
Lisa Blackpink pula berada di kedudukan kelima sekali gus bergelar Kpop Idols wanita paling popular dalam senarai tersebut.
Lisa mengalahkan rakan sekumpulannya iaitu Jennie, Rose dan Jisoo yang menduduki tangga keenam, 10 dan 12 carta berkenaan.
Pengumpulan data yang dikeluarkan Google itu diperolehi dari 1 Januari hingga 28 Jun lalu.
Selain ahli kumpulan BTS dan Blackpink, penyanyi IU, 28, dan ahli kumpulan Astro, Cha Eunwoo, 24, turut tersenarai dalam Top 10 carta tersebut di mana masing-masing berada di kedudukan ketujuh dan kesembilan paling popular dan dicari pengguna Internet seluruh dunia.
Cuba check balance akaun bank korang bila akhir bulan. Agak-agaknya masih ada duit lebih atau belum cukup hujung bulan duit dah kering kontang?
Jangan kata mak anak tiga, yang si bujang ni pun rasa hazabnya la wey kalau nak tunggu gaji bulan berikutnya.
Persoalannya di sini, adakah jumlah gaji yang diterima tidak mencukupi atau lifestyle mereka yang tak kena gaya dengan gaji?
Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), definisi gaji untuk ‘hidup’ ialah pendapatan minimum yang diperlukan oleh sebuah isi rumah untuk turut serta dalam masyarakat, peluang pembangunan peribadi dan keluarga, selain bebas daripada tekanan kewangan yang teruk.
Jadi, tak ada la isu gaji cukup-cukup makan yang kadang-kadang korang pun terpaksa ikat perut atau mintak advance dekat orang lain.
Tambah BNM lagi, kira-kira 27% isi rumah di Kuala Lumpur sekarang ni hidup di bawah ‘gaji untuk hidup’ dan kebanyakannya adalah daripada lepasan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah atau sederhana.
Masyarakat kita sekarang menilai standard kehidupan minimum adalah lebih daripada sekadar mampu membeli barangan keperluan, malah termasuk penyertaan sosial dan jaminan kewangan.
Pendek kata, macam ada duit lebih untuk korang have fun juga la. Hujung minggu keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dan boleh juga asingkan duit untuk simpanan.
Tapi apa yang berlaku hari ini?
“Gaji untuk hidup adalah lebih tinggi daripada gaji minimum berkanun kerana ia secara dasarnya berasaskan kos kehidupan.”
Untuk mereka yang hidup di Kuala Lumpur, BNM menganggarkan seorang dewasa bujang perlu memperoleh RM2,700 sebulan untuk menyewa bilik, makan di luar, memasak sekali skala dan menggunakan pengangkutan awam.
Hm, setuju tak?
Dalam keadaan ekonomi sekarang ni kami rasa ada betulnya juga. Masuk toilet pun kena charge 50 sen, ada lagi ke benda yang free dekat dunia ni?
Apa-apa pun, yang penting kalau kita ikhlas bekerja insyaAllah rezeki tu selalu je ada. Betul tak?
Lima tahun selepas kejayaan filem pertama, Pengabdi Setan bakal muncul dengan sekuel yang diberi judul Pengabdi Setan 2: Communion.
Tidak dinafikan negara jiran kita, Indonesia adalah antara yang sering menghasilkan filem-filem seram yang berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk di dalam pawagam mahu pun di hadapan kaca televisyen.
Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan sekuel ini dan difahamkan filem Pengabdi Setan 2: Communion akan ditayangkan bermula pada 4 Ogos di Indonesia dan tayangan di Malaysia dijangka pada 11 Ogos depan.
Menurut pengarah filem ini, Joko Anwar menjelaskan bahawa filem Pengabdi Setan yang terdahulu adalah sebuah cerita yang belum selesai dan memang mereka dari awal lagi sudah merancang untuk menerbitkan sekuel dalam beberapa chapter. Jarak lima tahun yang diambil memang agak lama, namun Joko berfikiran positif kerana ingin memberikan filem sekuel ini dengan naskhah yang lebih baik.
Menerusi trailer yang dilancarkan baru-baru ini, Pengabdi Setan 2: Communion dilihat lebih seram kerana bakal mengupas tentang pekerjaan Bapak (Bront Palarae) yang dikatakan misteri.
Masih mengekalkan pelakon yang sama daripada filem pertama, Tara Basro, Bront Palarae, Jourdy Pranata, Endy Arfian dan turut menampilkan kemunculan Muzzaki Ramdhan, Fatih Unru, Ratu Felisha, Jourdy Pranata, Kiki Narendra, Nafiza Fatia Rani, dan Iqbal Sulaiman dalam dalam sekuel ini nanti.
Sama-sama kita nantikan Ogos ini untuk menyaksikan sambungan filem Pengabdi Setan yang pernah menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia lima tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...