3 Hari ‘Berpesta Muzik’ Di Litar Sepang. Lebih Awal Beli Tiket Good Vibes Festival 2023, Lebih Murah!

Share

Pejam celik, sudah sepuluh tahun usia acara muzik besar-besaran, Good Vibes Festival di Malaysia rupanya!

Tampil lebih eksentrik dan bertenaga untuk meraikan ulang tahun dekad pertamanya sejak ia dianjurkan pada tahun 2013, penganjur Good Vibes Festival pada minggu ini mengumumkan bahawa mereka bakal kembali dari 21 Julai – 23 Julai kelak.

FOTO: Instagram @goodvibesfest

Berlainan dengan edisi-edisi terdahulu yang pernah dianjurkan di The Ranch Gohtong Jaya, Genting Highland dan di Sunway Lagoon Petaling Jaya pada tahun lalu, edisi kali ini menjanjikan skala yang lebih besar apabila ia bakal dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang.

Mungkin ramai dalam kalangan korang yang tidak ingat bahawa edisi pertama Good Vibes Festival pada tahun 2013 sebenarnya bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.

Justeru, kembalinya acara tahunan ini ke lokasi asal pada kali ini membawa kenangan nostalgik buat penganjur dan juga pengunjung ‘OG’ dahulu.

Kongsi Pengarah Hiburan Future Sound Asia, festival kali ini menyenaraikan barisan penghibur paling ramai dalam sejarah penganjurannya.

Paling dinantikan ialah kumpulan rock Amerika, The Strokes dan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 yang kembali ke Malaysia setelah kali terakhir menjayakan slot persembahan semasa Good Vibes Festival 2016.

The Strokes
The 1975

Selain mereka, Good Vibes Festival turut diserikan dengan kemunculan penghibur antarabangsa lain seperti The Kid Laroi, Giveon, Rini, DPR Live & DPR Ian, Sabrina Carpenter dan NxWorries feat. Anderson Paak serta Knxwledge.

Sabrina Carpenter
Giveon
Rini
FOTO: Instagram @goodvibesfest

Kongsi penganjur menerusi poster pengumuman tersebut, lebih ramai lagi nama-nama penghibur antarabangsa yang bakal disenaraikan tidak lama lagi.

Bagi penjualan tiket pula, ia akan dilakukan secara berfasa demi mengelakkan trafik laman web tergendala. Yang penting, lebih awal korang beli lebih murah harga tiket yang ditawarkan.

Fasa pertama penjualan dibuka mulai 22 Februari sehingga 5 March 2023, manakala fasa kedua dan ketiga penjualan masing-masing akan dilakukan pada bulan Mac dan Mei. Jom lihat jumlah harga tiket bagi setiap fasa ini.

Fasa Pertama (22 Feb – 5 Mac)

Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM788

Fasa Kedua (6 Mac – 7 Mei)

Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM888

Fasa Ketiga & Terakhir (8 Mei hingga habis terjual)

Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM988

*

Difahamkan, sekiranya tiket Good Vibes Festival 2023 habis terjual (termasuklah bagi kategori VIP bernilai RM1388 dan kategori ‘Squad Goals’ untuk 5 tiket bernilai RM4,190) di akhir tarikh fasa kedua, maka status penjualan tiket dianggap sebagai sold out dan tiada tiket tambahan (ataupun tiket ‘1-day pass’ yang dinanti-nantikan) akan ditambah selepas itu.

Haa, berbaloi ke tak gaiss? Cer komen sikit.

Sementara itu, jom kita #throwback beberapa persembahan daripada CL pada edisi Good Vibes Weekender 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Betul Nak Tanggalkan Jaket..” CL Pun Akui Cuaca Panas Malaysia Di Good Vibes Weekender – REMAJA

@remaja.my #GoodVibesWeekender CL ‘Spicy’ as opening performance! 🌶🌶🌶 #MajalahRemaja #RemajaNews #GoodVibes #GoodVibes2022 #CL #Kpop #2NE1 #Chaerin ♬ original sound – Majalah Remaja – Remaja
@remaja.my #GoodVibesWeekender CL ‘Spicy’ as opening performance! 🌶🌶🌶 #MajalahRemaja #RemajaNews #GoodVibes #GoodVibes2022 #CL #Kpop #2NE1 #Chaerin ♬ original sound – Majalah Remaja – Remaja
@remaja.my #GoodVibesWeekender CL ‘5 Star’ as opening performance! 🌶🌶🌶⭐️⭐️⭐️ Berapa stars korang rate vokal CL?? #MajalahRemaja #RemajaNews #GoodVibes #GoodVibes2022 #CL #Kpop #2NE1 #Chaerin ♬ original sound – Majalah Remaja – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ