Tak lama lagi, musim perkahwinan akan bersambung semula selepas sebulan kita menyambut Syawal.
Mungkin korang tak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, tetapi tak salah kan untuk kita berangan sekejap sambil mengumpul idea dan inspirasi baju perkahwinan kelak.
Mungkin juga ada di kalangan kawan korang yang sedang bersiap sedia untuk bergelar Mrs. pada akhir tahun ini dan memerlukan bantuan dalam bab baju idaman mereka sendiri.
3 orang selebriti telahpun menamatkan zaman bujang mereka baru-baru ini. Jom tengok siapa pereka fesyen pilihan mereka dan idea di sebaliknya.
Azura Couture Untuk Dayah Bakar
Isteri kepada Kapten Haniff Hamidi ini sekali lagi memilih rekaan daripada pereka fesyen kegemarannya, Azura Couture untuk kedua-dua majlis resepsi. Majlis pertama memperlihatkan Dayah Bakar dalam rekaan ballgown dempak serba putih.
BACA: OMG Berseri Sangat! Fans Puji Rekaan Baju Nikah Dayah Bakar
“Dari first time jumpa kak Zura, Dayah rasa click sangat dengannya. Dari masa masuk bidang seni sampailah ke hari Dayah kenal Captain, I know memang Azura Couturelah pilihan Dayah.
“Dayah share apa yang di bayangan da kak Zura share idea yang sesuai. Untuk resepsi pertama ni, Dayah request nak macam Cinderella. I trusted her specialty and I let her do the magic. For future brides, I am sharing this to all of you so that you will look the prettiest on your happy day, ” kongsinya di Instagram.
Rizman Ruzaini Untuk Dr. Julia
Pereka fesyen duo yang berpengalaman dalam arena pakaian perkahwinan iaitu Rizman Ruzaini menjadi pilihan utama anak kepada Dato Ziela Jalil ini dalam majlis persandingannya. Dr Julia M. Junid memilih dua konsep berbeza bagi kedua-dua majlis resepsi iaitu dress ballgown serba putih dengan perincian sarat.
Satu lagi persalinan yang dipilih Dr. Julia adalah busana songket serba kuning, ungu dan perak untuk majlis bertandang pula. Rata-rata netizen memuji rekaan ballgown ini yang tampak sopan dan kena dengan sosok tubuh Dr. Julia.
Sandy Liang Untuk Sheena Liam
Kami tak menyangka pemenang musim kedua Asia’s Next Top Model ini telah merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini bersama temannya, pelukis terkenal Ernest Zacharevic.
Ernest yang popular di kalangan rakyat Malaysia melalui lukisan grafiti di sekitar jalan utama di Ipoh dan Pulau Pinang menjadi lelaki pilihan Sheena Liam yang juga merupakan artis seni embroidery.
Majlis ringkas semalam berlangsung di Vilnius, Lithuania yang juga merupakan negara kelahiran Ernest dan disambut oleh rakan rapat mereka. Sheena menyarung dress Musim Bunga dari Sandy Liang dan but dari Zadiget Voltaire.
So, konsep baju mana yang paling korang suka?