3 Jenis Tudung ‘Favorite’ Yang Perempuan Selalu Pakai

Share

Macam-macam stail hijab yang ada di pasaran sekarang. Nak yang simple atau bercorak penuh, sebut saja pasti semuanya boleh korang dapat dengan mudah.

Tapi, dalam banyak-banyak design yang ada sekarang, ada tiga jenis hijab yang tetap menjadi favourite kebanyakan perempuan.

1. Tudung bawal

Marquesa Square Scarf

Dari dulu sampai sekarang, tudung bawal ni memang sentiasa ‘in’. Biasanya, perempuan yang suka pakai tudung bawal ni seorang yang simple dan bersederhana.

Walaupun pernah dianggap kuno kerana menggayakan bawal, tapi sekarang ni tak lagi. Dah banyak design tudung bawal yang moden dan penuh gaya okay?

2. Shawl

Malas nak ber’bawal’, ramai yang memilih shawl terutamanya bagi golongan muda. Shawl ni lebih banyak gaya yang korang boleh buat. Lilit sana, lilit sini. Siap!

3. Instant shawl

 

Tudung instant ni pulak untuk mereka yang nak cepat dan tak ada masa nak melilit. Sarung je dah siap. Mudah dan simple.

Apa-apa pun, pakailah tudung jenis apa pun asalkan korang menutup aurat. Nak dapatkan tudung, shawl atau instant shawl boleh dapatkan di UMMA. Klik sini untuk pilih tudung favourite anda.

Published by
Noor Ain Norman