Cinta zaman remaja memang penuh dengan kejutan. Ini alam penuh impian. Sebab tulah, ada budak-budak umur 12 tahun sudah berani panggil sayang atau berpapa dan bermama bila masing-masing isytihar diri couple.
Paling best kalau boyfriend kita tu, namanya jadi sebutan dan rebutan satu sekolah. Kalau dia pakwe kita, confirm saham kita naikkan. Memang bertuahlah sapa yang dapat jadi kekasihnya.
Cinta ada masa buat lebih bahagia, tapi tak kurang ada bertukar derita. Cinta juga boleh menjadi inspirasi tetapi masa yang sama kisah cinta juga boleh jadi story book penuh dengan kenangan pahit.
Bagi yang fikir cinta selalunya indah, apa kata baca satu kiriman emel kisah benar seorang remaja di salah sebuah universiti tempatan ini. Dia sudah tiga kali melakukan cubaan bunuh diri kerana terlalu kecewa kerana dia begitu mempercayai kekasihnya dan sudah serahkan tubuh kepada kekasih yang rupanya tunangan orang.
Dirinya hanya dijadikan penyedap sahaja kerana rakan seuniversitinya itu sekadar mahu berseronok. Bila sudah dapat apa dihajati, kekasihnya itu mula beri macam-macam alasan.
Jom baca perkongsian ini. Mana tahu, anda boleh membantu dia memperoleh semula kebahagiaan yang dicarinya? Bantulah dia kerana dia sedang rungsing dengan masalah dihadapinya.
Masalah ini sentiasa menggamit fikiran aku di mana aku rasa bersalah sangat kerana berkenalan dengan Y yang selalu mengekori aku sewaktu kami balik kelas. Sewaktu itu aku masih di tahun dua pengajianku.
Aku tidak pernah berkawan dengan kawan lelaki, itulah yang pertama dan aku rasa bahagia sekali. Aku rasa semua tentang diriku diberi perhatian dan aku dah gila bayang setiap hari aku tak bertemu dengan Y aku semakin resah.
Bulan berganti bulan dan tanpa disedari kami sudah berkawan hampir dua semester dan kami sudah menjadi seperti belangkas serta semua tentang dirinya dan diri aku sudah tidak ada rahsia lagi.
Cuti semester kami akan bercuti bersama dan kadang-kadang kami tidak balik kampung kerana melayan kemahuan masing-masing sebagai pasangan yang hangat bercinta. Apa kemahuannya aku turuti sehinggakan kad bank aku juga dipegang oleh Y.
Satu hari Y kantoi dengan aku kerana tanpa aku sedari Y telah bertunang sebelum masuk belajar. Aku dijadikan sebagai sandaran kerana tunang Y berada di luar negara menyambung pelajaran. Malam itu aku nekad mahu memaksa Y berterus terang dan bertanyakan status hubungan kami yang sudah jauh terlanjur.
Y katakan dia tidak mungkin berkahwin dengan aku dan aku dianggap sebagai teman suka-suka sahaja. Aku mula lupa diri dan Allah kerana aku mahu mati sahaja. Aku cuba sebanyak tiga kali untuk membunuh diriku dengan memotong lenganku tetapi cepat dibawa ke Pusat Kesihatan Universiti.
Aku diselamatkan lagi sehingga tiga kali. Pelajaran aku semakin merosot kerana aku ponteng kelas akibat tidak mahu bersemuka dengan Y. Hidup aku jadi semakin menderita dan aku rasa jijik dengan kebodohan ku sendiri, akhirnya aku menangguhkan pengajian kerana terlalu tertekan. Tolonglah aku.
Mungkin sebagai remaja yang pernah alami jatuh cinta banyak kali, apa kata kita bantu pelajar ini dengan kata-kata semangat.
#Cer komen sikit..