3 Koleksi CNY Ini Boleh Diulang Pakai Selepas Tahun Baru Cina 2022

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Tahun Baru Cina tiba sekali lagi dalam tempoh beberapa hari saja lagi and that can only mean one thingSHOPPING!

Cumanya, bagi sebilangan besar daripada kita, kalau boleh apa yang ingin kita miliki itu haruslah boleh dipakai melebihi tempoh sambutan Tahun Baru Cina. Barulah pembelian kita itu berbaloi kan, boleh dipakai pada bila-bila masa bagi tujuan kasual.

Jom lihat tiga koleksi pilihan REMAJA yang sesuai untuk korang beli sepanjang tempoh kempen perayaan sekarang.

 

01

Triumph

Haa, bukan hanya pakaian luaran seperti Cheongsam, kemeja dan seluar saja yang perlu mempunyai ‘semangat’ Tahun Baru Cina tau.. tetapi pakaian dalam yang bersesuaian juga akan membuatkan pemakai lebih selesa, yakin dan gembira menyambut perayaan tersebut.

Untuk sambutan tahun 2022, Triumph menyediakan dua koleksi baharu yang diberi nama Aqua Carnival dan Aqua Bloom.

Bagi Aqua Carnival tanpa wayar, ia mengambil inspirasi daripada bunga kertas atau Bougainvillea yang cukup feminin. Dari segi sokongan , Aqua Carnival mempunyai tali sokongan tersembunyi dan rekaan cup Bra Air Foam yang lembut untuk keselesaan pemakai. Padankan pakaian Tahun Baru Cina korang nanti dengan pilihan warna Rosso Masai  atau Pebble Grey.

Untuk koleksi Aqua Bloom pula, ia diinspirasikan daripada kelopak bunga Dahlia. Rekaan coli tanpa wayar ini mempunyai rekaan tepi istimewa bagi menyerlahkan gaya elegan pemakai. Menariknya, ia juga boleh didapati dengan rekaan berwayar serta rekaan khusus untuk individu bersaiz D+.  Koleksi Aqua Bloom didatangkan dengan warna hitam, Vanille dan Soft Mauve.

Koleksi Aqua Carnival dan Aqua Bloom ini boleh didapati pada harga RM269 untuk coli dan RM79.90-RM89.90 untuk seluar dalam. MILIKINYA DI SINI

.

.

02

Levi’s

Tidak semua harus tampil sempurna pada Tahun Baru Cina kali ini. Dalam ketidaksempurnaan itulah terserlah keunikan serta keindahan. Begitulah yang cuba untuk disampaikann menerusi koleksi Levi’s Red edisi 2022.  Biarpun jaket yang ditampilkan kali ini tidak simetri (poket hadapan pada sebelah kiri berbeza daripada yang di kanan), ia sebenarnya membuatkan keseluruhan stail korang lebih menarik untuk digayakan.

Jangan terkejut jika ramai bertanyakan di mana korang dapatkan jaket, seluar dan aksesori apabila korang menyarungkan Levi’s Red 2022. Yang penting, ia mudah disuai padankan dengan pelbagai pakaian lain yang telah korang miliki.

MILIKNYA DI SINI

(Dari kiri) : LEVI’S® RED™ Women’s High Loose Cuffed (RM359), Men’s Relaxed Western (RM259) dan Men’s Type II Trucker Jacket (RM449).

.

.

03

Crossover

Korang sedang mencari sesuatu yang unik? Well, look no further than this collection. Menerusi koleksi ‘The Roar Tiger Tee’, butik pakaian kontemporari Crossover tampil berkolaborasi dengan artis lokal terkenal, Taco Joe daripada Semata Prints.

Hasilnya, gabungan ini telah mencipta koleksi kapsul paling rare untuk menyambut Tahun Harimau kali ini. Menurut Crossover, ia inspirasi utama di sebalik koleksi ini adalah sejarah peperangan Vietnam. Motif serta corak harimau jelas dapat dilihat pada pakaian seperti jaket Sukajan. Ia merupakan simbol kebanggaan dan keberanian si pemakai.

MILIKINYA DI SINI

The Roar Tiger Tee, Crossover collaborated with renowned local artist, Taco Joe of Semata Prints to create a festive collaboration project to celebrate the year of the Tiger. The collection is inspired by Vietnam war era, Sukajan jacket, reflecting the spirit of a Tiger that symbolizes pride, courage and tenacity

ARTIKEL BERKAITAN : 3 Koleksi Fesyen ‘Mengaum’ Sempena Tahun Baru Cina, Dominasi Jingga & Berbelang – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ