3 Langkah Utama Rutin ‘Skincare’ Dari IU. Confirm Kulit Flawless !

Share

Umum mengetahui, bintang utama drama Hotel Del Luna, IU sememangnya mempunyai kulit flawless seperti ‘telur dikupas’ dan kekal seperti seorang remaja.

Jadi apa kata korang cuba rutin IU ini dalam usaha untuk mendapatkan kulit flawless bak ‘Korean Glass’. Cara IU ini akan mudah dengan tiga langkah sahaja dan tidak seperti rutin penjagaan wajah yang lain.

So lets lah…tak perlu keluar modal mahal pun janji konsistan.

Langkah 1: Lindungi Kulit Dengan Suncreen!


Paling penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh membuatkan kulit burn, jeragat, pores makin besar atau kanser kulit. Pilih mengikut jenis kulit. Sama seperti IU, pemakaian sunscreen boleh dikatakan sebagai ‘mandatori’ kerana ianya sangat penting. Tanpa sebarang pemakaian sunscreen, ia boleh membuatkan kulit mengalami penuaan pramatang seperti kedutan di bahagian mata.

Langkah 2: Jangan Lupakan Toner

Sumber Gambar : Findgoodbuy

Penggunaan toner ini boleh dikatakan penting dalam penjagaan wajah kerana ia dapat membantu menyeimbangkan kulit. Dalam pada masa yang sama, toner dapat mengecilkan pori-pori di permukaan wajah.

Kalau kamu tidak memakai toner, pastikan selepas ini kamu memakainya. Ini kerana toner dapat membantu melembapkan dan membuat kulit kamu mendapat khasiat yang secukupnya pada langkah penjagaan wajah yang seterusnya.

Langkah 3: Facial Oil Penting Untuk Lembapkan Kulit

Sumber Gambar : Nylon Pink

Buat double cleansing method, pakai oil based dan water based. Pilih oil cleanser yang sesuai dengan kulit. IU hanya menggunakan dua titik facial oil bagi setiap kali mengenakan rutin penjagaan wajahnya. Bagi membuatkan kulit kekal lembap sepanjang masa, IU akan mengambil kapas muka dan campurkan dengan toner serta facial oil. Kemudian, dia akan dab secara perlahan-lahan di seluruh wajah selama lima minit bagi mendapatkan kebaikannya.

Tak menggunakan banyak produk dan hanya fokuskan kepada tiga langkah mudah ini. Kalau malas sangat nak pakai macam-macam produk, at least korang boleh ikut je rutin basic yang dikongsi oleh IU ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Bigredblog

Published by
Nana