Hanya dalam tempoh tujuh jam selepas diluncurkan, klip video terbaru daripada ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manobal untuk single solo berjudul Rockstar telahpun mencatatkan 12 juta tontonan di YouTube!
Fenomena tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Lisa mempunyai tarikan magnet yang cukup kuat bagi mengumpulkan sokongan peminat setianya. Sama ada korang menyukai tariannya, wajahnya, gaya fesyennya ataupun personalitinya yang ceria lagi riang, Lisa tidak disangkal lagi merupakan salah satu ikon pop muda paling popular di dunia pada masa kini.
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Pecah Rekod Penyanyi K-Pop Pertama Capai 1 Billion Penstriman Muzik Global – REMAJA
Bukan pencapaian jumlah tontonan Lisa yang REMAJA ingin sentuh pada kali ini tetapi lebih kepada lokasi penggambaran klip video Rockstar
yang telahpun mencuri tumpuan ramai.Ini kerana klip video terbitan RCA Records (bukannya YG Entertainment yang bertanggungjawab ke atas lagu-lagu nyanyian kumpulan Blackpink) ini telah mempamerkan lokasi-lokasi di sekitar kawasan Chinatown Bangkok yang berubah wajah daripada lokasi perniagaan sibuk menjadi set penggambaran lagu pop!
Khabarnya, pengurusan Lisa menawarkan USD540 atau kira-kira RM2,550 kepada setiap pemilik kedai yang berada di kawasan Chinatown itu demi menutup premis mereka buat sementara waktu demi memudahkan sesi penggambaran sebelum jam 5 pagi.
Hasilnya, tiada seorang insan pun selain Lisa dan para penarinya berada di sekitar kawasan tersebut dalam klip video itu. She really shut everything down tanpa membiarkan sesiapa membocorkan rahsia sewaktu dan selepas penggambaran dilakukan.
Tambahan pula, Chinatown Bangkok digelar antara Chinatown terbesar di dunia di belakang kota New York dan San Francisco di Amerika Syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Kedai Diarah Tutup, Lisa Blackpink Bayar Semua Kedai Untuk Buat Penggambaran – REMAJA
Jom lihat empat lokasi yang ditonjolkan dalam klip video Rockstar ini. Tidak mustahil setiap satu daripadanya akan menjadi zon popular bagi para pelancong di Bangkok jadikan spot OOTD setiap kali berada di sana.
Lokasi laluan popular di Chinatown Bangkok ini merupakan salah satu kawasan kafe dan warung makan paling sibuk di Thailand. Ia sering dikunjungi oleh warga lokal mahupun para pelancong yang ingin merasai suasana seperti rakyat tempatan. Turut ada di sini adalah kedai-kedai kecil yang menjual barangan cenderamata serta kafe pencuci mulut.
Laluan Yaowarat Road juga terkenal dengan kedai-kedai-kedai dengan papan tanda neon termasuklah restoran Texas Suki dan bermacam-macam stor yang menjual sarang burung. Bukan sahaja mempromosikan kebudayaan kota Bangkok, Lisa juga memilih lokasi sebegini kerana efek lampu neon dalam klip video tersebut.
Merupakan salah satu lokasi paling mencuri perhatian dalam klip video Rockstar, Lisa kelihatan cukup on-point ketika menuruni eskalator di panggung The Oscar Theatre yang dibuka pada tahun 1976. Setelah ia ditutup pada awal tahun 2000 dan dibiarkan begitu sahaja, mungkin sekali pihak berkuasa Bangkok akan menjadi lokasi ini sebagai salah satu tarikan pelancong baharu disebabkan pengaruh Lisa.
Tonton klip video penuh Lisa Manobal di bawah:
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Unsur Lucah, Ibu Lisa Blackpink Beri Sokongan Penuh Buat Anaknya Di Kabaret Crazy Horse – REMAJA
BACA LAGI: Jarang ‘Expose’ Di Media Sosial, Ini Wajah Ibu Lisa BLACKPINK Yang Tinggal Di Thailand – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.