3 Malam Tak Lelap Mata, Datuk Chef Wan Enggan Terlepas Momen Terakhir Dengan Ibu Nazak

Share

Luahan hati cef selebriti, Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan di media sosial pada 5 Januari 2022 telahpun meraih empati daripada orang ramai.

Ia susulan keadaan ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani yang kini sedang sakit tenat di sebuah hospital. Chef Wan, 64 memberitahu menerusi mesej peribadi kepada rakan akrab bahawa dia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana enggan melepaskan momen terakhir bersama ibu tercinta.

Chef Wan.

“Tiga malam tak tidur, ia membuatkan saya mulai pening. Nak cuba tidur sekejap sementara tidur knock off by the pain kille

r. Tiga malam saya takut nak tutup mata (memikirkan sekiranya) ibu saya akan meninggal dunia sewaktu saya sedang tidur,” katanya.

Tambah Chef Wan lagi, Cik Ani merupakan seorang insan yang berjiwa kental biarpun keadaan tubuh badannya tidak mengizinkan pada usia tua.

“Amat sukar terutamanya untuk melihat orang yang nak mati dan nazak ini, lebih lagi ibu tersayang.

“Anda tidak mahu melepaskan si dia tetapi anda tahu anda perlu membiarkannya pergi dalam keadaan yang tenang.

“Saya bisikkan, ‘It is okay to go,’ kepada cuping telinganya banyak kali. ‘You have been the best mother that anyone can wished for.’

“Kerana emaklah, Wan wujud dan berada di sini hari ini untuk melihat pemergian emak. Berjurai air mata saya keluar (bila sedang) mencuba untuk berdepan kesedihan mendalam ini.

“Tapi saya sedar, Allah akan mengambilnya semula setelah sekian lama meminjamkan emak dan saya amat bersyukur dapat bersamanya selama ini,” catatnya lagi.

Chef Wan turut menitipkan bahawa dia kini dalam keadaan yang lebih tenang dan redha menerima dugaan yang paling berat dalam kehidupannnya ini.

Untuk pengetahuan, Cik Ani berada dalam keadaan uzur kerana menghidapi beberapa simptom kesihatan termasuklah dementia, Alzheimer dan kanser.

Setelah mendapat tahu mengenai keadaan terkini Cik Ani, rakan-rakan selebriti seperti Fazura, Vivy Yusof, koresponden TV3 Haliza Hashim Doyle, Farah Fauzana, Ziela Jalil dan Sazzy Falak telah menzahirkan perasaan sedih mereka dan berharap agar cef selebriti itu tabah menghadapi waktu-waktu ini menerusi ruangan komen Instagram Chef Wan.

BACA LAGI: Selebriti Hollywood Terkejut & Bersedih Dengan Pemergian Chef TV Popular, Anthony Bourdain – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ