3 Minit Terlalu Pendek! Sebilangan BLINKS Tak Puas Dengan Single Terbaru Blackpink & Ini Sebabnya..

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Single comeback grup K-pop popular, Blackpink telah dilancarkan bersama klip videonya sebentar tadi dan…

KAMI TAK PUAS

Sebilangan peminat tegar mereka yang menggelar diri sebagai BLINKs juga tidak puas comeback ini.

Bukan bermakna ia tidak bagus, cuma ada sebab mengapa How You Like That boleh menjadi single yang lebih baik. Or did we expect too much?

 

01

Itu Je?

Shady..?

Tempoh 3 minit 3 saat bagi keseluruhan single How You Like That dirasakan terlalu pendek. Kata orang, nak warm up pun tak sempat. Tahu-tahu dah habis.

Berbanding dengan beberapa single utama daripada Blackpink sebelum ini seperti Ddu-Du Ddu-Du (3 minit 36 saat) dan Kill This Love (3 minit 14 saat), How You Like That ialah single terpendek Blackpink setakat ini apabila melancarkan comeback

.

Lalu, kebanyakan Blinks merasakan mereka perlu mendengar lagu tersebut dan menonton semula klip video beberapa kali untuk betul-betul menghayatinya.

 

02

Solo Jisoo

Okay, kami masih perlu menantikan video lirik rasmi untuk How You Like That bagi betul-betul mengetahui berapa lamakah tempoh nyanyian solo untuk setiap ahli Blackpink.

Namun, pada pengiraan kasar kami (dan kami mengira sehingga beberapa kali), Jisoo MASIH memperoleh tempoh masa paling pendek di antara 4 orang ahlinya.

19 seconds to be exact!

Apabila Jisoo dilihat memberikan vokal terbaik bagi setiap bahagian solonya dan kelihatan cukup on-point, itu sedikit sebanyak membuatkan kami lebih kecewa. Kami tahu Jisoo boleh menghasilkan magis jika diberikan lebih banyak peluang yang sama rata dengan ahli Blackpink lain.

 

03

Korus

Okay ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Namun pada pendengaran kami, korus How You Like That kedengaran terlalu – emm – repetitif.

Lirik:

Ha how you like that?

You gon; like that that that that that

Now look at you now look at me

Look at you now look at me

Mungkin kelebihan bahagian korus How You Like That adalah ia mudah diingati oleh Blinks dan mudah dinyanyikan oleh sesiapa saja. Tetapi setelah setahun menunggu comeback

ini, liriknya terlalu berulang-ulang.

 

04

“Macam Pernah Dengar..”

Bercakap mengenai pengulangan, mungkin ada di antara korang yang terfikir How You Like That terasa seperti pernah didengari sebelum ini.

Ya, ia sebenarnya mempunyai elemen yang mirip dengan single Blackpink terdahulu. Opening penuh dramatik pada lagu ini hampir sama dengan opening Kill This Love. Malah, cara nyanyian Lisa, Jennie dan Jisoo juga hampir sama dengan single Blackpink terdahulu.

Hanya Rose saja yang kami rasakan berjaya keluar daripada ‘kepompong’ Blackpink yang ditentukan oleh YG Entertainment. Bahagian solo Rose dari 0.36 hingga 0.41 dan 2.19 hingga 2.22 membuatkan kami tak sabar untuk menantikan single solo daripadanya seorang pada masa akan datang.

They all deserve to grow with each single, bukannya kekal sama saja.

Okay jangan kecam REMAJA lagi..hehe.

Ada banyak elemen yang kami sukakan mengenai How You Like That.

01

Visual dalam klip video ini adalah di antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh Blackpink, if not the best. Bajet ternyata bukan satu ISU untuk kumpulan ini

 

02

Bahagian solo setiap ahli Blackpink sememangnya menarik.

Walaupun masing-masing merasakan bahagian Rose adalah bahagian paling menarik dalam lagu How You Like That ini, keempat-empatnya memberikan yang terbaik pada bahagian solo dengan tarian, nyanyian dan tema berbeza.

Mereka semua lebih matang dan yakin dari segi nyanyian. Antara yang kami gemari adalah bahagian solo Lisa di dalam set ala Morocco.

 

03

Blackpink membuktikan mereka mempunyai tema fesyen dan styling terbaik untuk grup dari Korea Selatan, buat masa ini. Setiap pakaian yang disarungkan adalah trendy dan akan ditiru oleh ramai remaja di seluruh dunia.

04

It IS a BOP.

How You Like That akan kerap diputar di radio dan di penstriman online serta menjadi sangat popular. Percayalah.

*

Jadi, adakah korang bersetuju dengan reviu kami mengenai How You Like That? Kongsikan pendapat korang di bahagian komen.

Published by
FZ