Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menurut laporan Astro Awani, amaran Cuaca Buruk (jingga) dikeluarkan terhadap kawasan-kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan.
Manakala, amaran sama turut dikeluarkan kepada tiga daerah di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Bagi Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning pula, daerah yang terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.
Untuk info, kedua-dua amaran peringkat jingga dan kuning tersebut berkuat kuasa dari 17 November sehingga 18 November (Rabu).
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Take care semua!
Sumber : Astro Awani
“Biasa Berlaku Part Lupa Lirik Nie, Apa Cara Kaka Azraff & Tajul Cover Line?
Nampaknya mulai malam tadi sebaik pengumuman penyanyi Zamani masuk ke pertandingan akhir Gegar Vaganza musim 5 , netizen mula “bergaduh” di media sosial.
Ramai yang mempertikaikan kemenangannya menduduki carta ke lima kerana semasa batlle pertama, Zamani dilihat seakan terlupa lirik Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim. Malah juri tetap Datuk Ramli MS sampai tak mampu memberikan kata-kata selepas menyaksikan persembahan akhir penyanyi itu.
Namun semasa sidang akhbar sebaik program hiburan ini tamat, Zamani menjelaskan dia bukannya lupa lirik sebaliknya berkata dia gagal mendengar alat pendengaran atau “earpiece” ketika mahu menyanyi.
“Masalah sebenar saya tak pasti. Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari “earpiece” ketika itu,” katanya yang tak mahu menyalahkan sesiapa termasuk pihak produksi tetapi menyalahkan dirinya.
Datuk Ramli dalam penjelasannya berkata, dia memotong markah Zamani dengan banyak pada pusingan pertama tapi memberikan markah yang banyak pada pusingan kedua sehingga penyanyi itu meneruskan langkah ke pusingan akhir yang akan diadakan Ahad 18 November minggu depan.
Berbalik kepada masalah lupa lirik seperti tanggapan awal kebanyakan penonton, REMAJA sempat menemuramah dua penyanyi iaitu Kaka Azraff dan Tajul mengenai masalah lupa lirik dan pernahkah mereka alaminya dan cara mengatasinya.
Menurut Kaka yang popular dengan lagu Bawaku Pergi feat dengan Zizan termasuk lagu Sibuk yang tengah meletup sekarang, masalah lupa lirik adalah biasa bagi anak seni.
“Kadang kalau pertandingan secara mingguan, kita memang ada masa yang singkat nak hafal. Kena pula lagu orang lagi susah. Kaka pernah alami situasi ini. Ada ketikanya nak cover, Kaka ulang balik lirik yang disebut sebelum ini. Kadang Kaka tambah lirik sendiri,” katanya berkata, lupa lirik adalah normal bagi penyanyi sepertinya.
Dalam pada itu, jelas Kaka apabila berhadapan dengan situasi itu, dia akan cepat “cover” agar tidak kelihatan janggal dan sebagai penyanyi mereka perlu bersedia apa sahaja,” katanya yang kini berada di Jakarta.
Dalam pada itu, penyanyi Tajul juga mengakui lupa lirik adalah perkara biasa dialami oleh artis.
“Saya juga pernah alami tapi tak boleh panik, nanti orang perasan. Paling penting kena maintain dan nyanyi apa saja,” katanya berkata masalah lupa lirik ini paling kerap berlaku bila menyanyikan lagu bernada tinggi.
Pertama Di Dunia, Sut Dari Misai. ‘Rare’ Dan Ada Maksud Disebalik Pakaian Ini?
November adalah bulan istimewa untuk para lelaki seluruh dunia menyambut, or rather, memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka terutamanya kesedaran mengenai masalah kesihatan lelaki yang serius, seperti barah prostat dan testis.
Dan untuk menunjukkan tanda sokongan, lelaki membiarkan saja misai dan jambang tanpa bercukur.
Menariknya lagi sempena Movember tahun ini, jenama pakaian lelaki Australia, Politix bekerjasama dengan artis visual Pamela Kleeman-Passi untuk menghasilkan sut unik menggunakan misai lelaki.
Wow, pakaian ini juga dikatakan pertama di dunia dihasilkan menggunakan misai manusia dan Oddity Central melaporkan, inisiatif itu bersempena dengan kempen Movember.
Sut yang dipanggil Mo-Hair diperbuat daripada fabrik unik yang dicipta oleh artis visual yang berpangkalan di Melbourne, Pamela Kleeman-Passi. Passi terbabit dalam projek itu kerana suaminya meninggal dunia akibat barah prostat dan usus, pada 2016.
Bagi menghasilkan sut itu, Passi dibekalkan dengan misai yang diperlukan oleh Sustainable Salons, program kitar semula yang mengumpul dan mengitar semula rambut dari pelbagai salun.
ARTIKEL BERKAITAN : Pemain Harimau Malaya Hidap Kanser Testis, Pentingnya Pemeriksaan Dan Dikesan Awal
Sejurus berita mengenai projek itu mula tersebar, orang awam mula menghantar bungkusan berisi misai mereka. Passi menjahit semua rambut misai bersama-sama dengan kapas untuk menghasilkan fabrik asli.
Ia kemudiannya diserahkan kepada pengurus reka bentuk Politix Paul Burden yang memotongnya menjadi sut. Bagi mengelakkan kegatalan yang biasanya dikaitkan dengan rambut pada kulit, Politix melapik kain itu dan mencetaknya.
So, sekarang korang tahu bahawa Movember bukan semata-mata bulan untuk membela misai dan jambang. Membela misai serta jambang hanyalah budaya simbolik untuk menyokong kempen kesedaran untuk lelaki ini.
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika korang menghadapi sebarang masalah atau mengenali sesiapa yang mempunyai masalah fizikal mahupun mental, usah sesekali menunggu bantuan untuk tiba. Bangun dan minta bantuan keluarga serta kenalan rapat untuk ke hospital dan pusat kaunseling. Lawati laman web Malaysian Mental Health Association untuk makluman direktori lanjut.
Instagram Update Fungsi Baru Untuk Insta Story, Tiru Snapchat Lagi Ke?
Isi Kandungan
ToggleSetakat bulan Disember ini, aplikasi media sosial, Instagram sudah mempunyai 800 juta pengguna aktif. Snapchat pula menurut laporan hanya mempunyai 178 juta pengguna harian.
Bagaimanapun, Instagram terus-menerus dituduh meniru fungsi terbaru untuk Insta Story-nya yang menyerupai fungsi Snapchat. Ini berlaku selepas Snapchat memperbaharui imej aplikasinya pada minggu lepas.
Hey, baru seminggu dah nak tiru ke?
Curi Atau Kebetulan?
Konsep bersaing sesama aplikasi media sosial ini sebenarnya sudah berlarutan sejak tahun lepas lagi. Masakan tidak, dunia media sosial merupakan bisnes bernilai berbilion Ringgit. Jika mereka ketinggalan di belakang pesaing, habislah empayar yang telah dibina seperti yang berlaku kepada Friendster dan MySpace.
Beberapa minggu lepas, Instagram telah memperbaharui Insta Story di mana penggunanya boleh memuat naik gambar atau video lama. Tidak lagi seperti dulu di mana Insta Story hanya memaparkan apa yang betul-betul terjadi pada hari tersebut.
Bermula semalam pula, pengguna Instagram boleh menyimpan foto dan video Insta Story dengan menekan butang archive. Dulu kita hanya boleh archive posting. Sekarang stories pun boleh, tak perlu lagi save foto atau video stories ke dalam galeri telefon.
Hello, Archive!
Semua stories korang sekarang boleh disimpan secara automatik ke dalam Archive selepas tempoh 24 jam. Tak perlu lagi nak stres kalau terlambat nak save foto atau video korang.
Hanya korang yang boleh melihat stories masing-masing di dalam Archive. Klik saja di ikon ‘jam’. Dan korang boleh buat apa saja yang diinginkan dengan stories tersebut, seperti:
Muat naik stories sebagai posting di page kamu. Atau masukkannya ke dalam bahagian Highlights.
Highlights boleh ditambah pada bila-bila masa melalui stories di dalam Archive dan ia akan kekal di page profil sehinggalah korang ingin delete.
Untuk create Highlights, tekan di butang ‘New’ dalam bulatan di bahagian profil.
Kemudian, ambil stories dari Archive, pilih 1 sebagai cover dan namakan folder Highlights korang itu. Siap!
But depends juga..
Kalau rimas dengan banyak sangat stories dalam Archive, tekan saja butan turn off untuk fungsi auto-Archive korang di bahagian Settings.
Snapchat Ada Fungsi Sama: ‘Memories’
Bagi pengguna aktif Snapchat seperti penulis, mesti korang sedar persamaan yang ada di antara dua media sosial ini.
Versi Archive di Snapchat dinamakan sebagai ‘Memories’ dan telah diperkenalkan pada tahun lalu.
Susah lah bila ada yang membezakan antara Snapchat dan Instagram. Kalau korang tanya REMAJA pun, kami tak tahu nak pilih yang mana.
Tetapi penulis percaya dengan adanya butang ‘Highlight’ ini, ramai pengguna Instagram akan menerima baik pembaharuan tersebut. Ini kerana golongan Instagrammers adalah golongan yang gemar memaparkan persona dunia digital mereka dengan cantik dan teratur.
‘Highlight’ adalah salah satu pembaharuan yang membolehkan korang personalize page masing-masing.