3 Pelajar Dari Kelantan Dinobat Pelajar Terbaik STPM 2017, 2 Dari Sekolah Yang Sama…

Share

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2017  sudah diumumkan hari ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pelajar.

Anugerah pelajar terbaik  STPM 2017 telah disapu bersih oleh tiga pelajar dari negeri Pantai Timur iaitu  Nor Azriena Abdullah dan Abdullah Haimi Harun dari Sekolah Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.Seorang lagi, Sarah Syazwani Taufik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu.

Tahniah buat pelajar terbaik STPM 2017. Semoga terus cemerlang dan mencapai kejayaan. Gambar kredit: TV3

 

Tahniah buat yang berjaya. Gambar kredit :TV3

 

Dalam pada itu, tujuh lagi pelajar yang tersenarai ialah, Lee Mun Yee dari SMK Gajah berang, Melaka, Ang Kai Yang, dari SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor dan Jannatul Najiha Nazib dari SMK Kunak Kaya Sabah.

Seterusnya, Lia Jiang dari SMK Tinggi Muar dan Umie Nadia Ismail Firdaus Low dari SMK (P) Sultan Abu Bakar masing-masing dari Johor.Dua lagi pelajar ialah, Cheong Yie En dari SMK Ahmad Shah, Cameron Highlands dan Nadia Nur Sabarno dari SMK(A) Pahang.

Sementara itu seorang lagi pelajar SMK Tengku Panglima Raja, Nurul Fatin Najiehah Abd Aziz dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi Kategori Luar Bandar. Manakala Nurul Fatin Najiehah Abd Aziz yang juga pelajar SMK Tengku Panglima Raja, dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi Kategori Luar Bandar. Pelajar SMK Tapah, Perak, Vaniesha Williams Hunt dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi kategori Pelajar Orang Asli.

Vaniesha Williams Hunt dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi kategori Pelajar Orang Asli. Gambar kredit : TV3

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, secara keseluruhan, pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) dalam peperiksaan STPM 2017 terus meningkat sejak sistem modular STPM diperkenalkan pada 2013 dengan mencatat PNGK 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.

“Ini menunjukkan peningkatan PNGK Nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian tersebut jika dibandingkan dengan peperiksaan STPM 2016.

“Peningkatan peperiksaan STPM 2017 berbanding dengan tahun-tahun  sebelum terzahir pada peningkataan PNGK, peningkatan PNGK 3.50 ke atas, peningkatan PNGK 3.0 ke atas, peningkatan PNGK 2.75, peningkatan PNGK 2.50 ke atas, peningkatan PNGK 2.00 ke atas, peningkatan peratusan lulus penuh pada lima dan empat mata pelajaran serta peratusan lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dengan gred C ke atas,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2017, hari ini.

Katanya, PNGK calon sekolah kerajaan juga meningkat sama seperti PNGK Nasional iaitu 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.

“Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga mencatat pertambahan bilangan calon iaitu bertambah kepada 6,408 calon (14.89 peratus) berbanding 2016 sebanyak 6,137 calon (14.20 peratus).

“Begitu juga dengan bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga mencatat pertambahan bilangan calon iaitu bertambah 17, 423 calon (40.48 peratus) berbanding 2016 sebanyak 16,263 calon (37.62 peratus),” katanya.

Namun begitu, beliau memaklumkan peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 telah mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas dengan perbezaan menurun sebanyak 0.18 peratus berbanding STPM 2016.

“Peratusan bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 menurun. sedikit iaitu daripada 1.31 peratus atau 565 calon kepada 1.13 peratus atau 485 pada peperiksaan STPM 2017,” katanya.

Menurut Mohamed Mustafa, beliau menjangkakan bilangan peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke universiti awam lebih besar kerana peningkatan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus.

“STPM 2017 menunjukkan PNGK Nasional calon aliran Sains Sosial adalah 2.78 mengatasi PNGK calon aliran Sains iaitu 2.69.

“Dari segi analisis pencapaian calon mengikut aliran yang mendapat PNGK 4.00 pula, daripada 485 calon, 375 calon adalah daripada aliran Sains Sosial manakala 110 lagi adalah daripada aliran Sains,” katanya.

Apa pula senarai 10 sekolah terbaik STPM 2017. Cuba check, sekolah korang masuk tak dalam list ini.

 

Jika debaran pelajar STPM sudah berlalu, 15 Mac akan datang ini, pelajar-pelajar yang mengambil SPM pula akan merai debarannya kerana keputusan akan dikeluarkan pada hari tersebut. So harap adik-adik bersabarlah ya.

Apa pun keputusan yang dapat, itulah usaha kita selama 17 tahun bersekolah. Selepas ini, korang dah tak payah sarung pakaian sekolah dah dan sudah tentu dalam beberapa tahun akan datang semakin memasuki alam dewasa…

Sumber :- Buletin TV3 & Sinar Online

Published by
Almaswa Haji Che Ros