3 Pemandu Helok Negara Peroleh Anugerah ‘Hall of Fame’

Share

 

“Semua bermula dengan impian..”

 

Benar caption yang dimuat naik oleh pemandu ‘World Endurance Championship’ (WEC) negara, Jazeman Jaafar yang dimuat naik di Instagram semalam.

Pada majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) semalam, Jazeman bersama dua orang ahli pasukannya iaitu Nabil Jeffri dan Weiron Tan telah diberikan penghargaan anugerah ‘Hall of Fame’ ataupun anugerah ‘Pilihan Ramai’. Ia merupakan kategori yang berdasarkan undian online oleh peminat dunia permotoran.

 

Mereka bertiga dijulang selaku wira negara terutamanya setelah mencipta sejarah MENANG di litar Fuji International Speedway (14 Oktober 2018) dan di litar Silverstone (20 Ogos 2018) sebagai pasukan trio negara.

Mereka juga berjaya tamat di kedudukan keempat perlumbaan ‘Le Mans 24 Hours’ dalam kategori LMP2. Hebat okay!

 

 

Menurut Nabil, “Ia adalah antara momen terhebat dalam hidup saya semasa kami berada di litar SEPANG pada Jun tahun lalu.

“Kami dicabar dari segi mental dan fizikal kerana hanya sempat tidur untuk 1-2 jam saja sebelum berlumba 24 jam tanpa henti. Saya tidak akan berada di sini tanpa rakan pasukan, Jaz dan Ron.

“Diharap, anugerah ini boleh dijadikan inspirasi kepada remaja di luar sana untuk TIDAK sesekali melupakan cita-cita mereka walaupun ia memakan masa yang lama dan kudrat yang besar. “Saya sendiri memulakan impian sebagai pelumba pada usia 7 tahun dan saya tidak menoleh ke belakang sejak itu,” kata Nabil lagi.

 

 

Semalam, Jazeman turut menempah kejayaan berganda apabila memenangi anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.

TAHNIAH korang!

Published by
FZ