Ingat nak muka cantik bersih, mula lakukan sekarang!

Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat. Bintik-bintik merah ini menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan kerana kebiasaannya, apabila muka mula ditumbuhi terlampau banyak jerawat, akan membuat kan keyakinan diri menjadi semakin kurang.

3 Rahsia Kulit Tanpa Cela BTS V dan J-Hope,  Rugi Tak Cuba!

Sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa ada sebarang noda dan cela, ada beberapa rahsia yang korang patut tahu dan amalkan. Rahsia ini dikongsi oleh ahli kumpulan Kpop popular iaitu BTS V dan J-Hope sendiri tau!

3 Rahsia Kulit Tanpa Cela BTS V dan J-Hope,  Rugi Tak Cuba!

1. Kurangkan Tekanan

Ads

Jelas J-Hope, bila tertekan kulit turut mendapat tempiasnya. Hormon yang disebabkan stress boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat hingga kulit mudah diserang bakteria.

Jadi sebaiknya, kawal tahap stress dengan melakukan perkara yang menggembirakan diri. Contoh seperti travel ke tempat baru, window shopping, membaca, mendengar muzik kegemaran, atau amalan membaca Al-Quran sedikit sebanyak boleh meredakan korang.

3 Rahsia Kulit Tanpa Cela BTS V dan J-Hope,  Rugi Tak Cuba!

2. Minum Banyak Air

Ads

64% daripada kulit anda adalah air, jadi jika anda tidak mendapatkan air yang cukup maka ia jelas kelihatan pada muka – mulalah terjadi kulit kering, kusam, paling teruk timbulnya jerawat.

Korang tahu tak jika minum air yang banyak (elok 8 gelas sehari) dapat membantu melambatkan penuaan. Ia adalah produk anti-penuaan yang paling mudah dan murah untuk anda perolehi. Apabila tubuh anda dapat menjalankan fungsi menyahtoksik lebih baik, sel akan memperbaiki kulit anda lebih cepat dan hasilnya ia akan menjadi kulit anda lebih bersinar. Malah air panas juga boleh melawan jerawat dengan menghalang pori dari tersumbat.

3 Rahsia Kulit Tanpa Cela BTS V dan J-Hope,  Rugi Tak Cuba!

3.Tidur Yang Cukup

Ads

Bergelar penghibur dengan kekangan jadual menyebabkan 7 orang anak muda ini tidak mendapatkan tidur yang cukup. Penerbangan dari Seoul ke United States of America sahaja dah berapa lama, jadi bayangkan sahaja masa mereka banyak dihabiskan di atas kapal terbang sahaja. Nak dapatkan beauty sleep dengan betul, memang payahlah.

Waktu yang disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Apabila kita tidur, hormon stress (kortisol) kita akan turun dan hormon tidur (melatonin) akan naik. Badan kita, kulit kita ketika itu dalam mod pembaikan. Dengan kata lain, waktu malam memberi kulit kita peluang untuk pulih dari sebarang kerosakan di siang hari.

So dah tahu tip ni sila la amalkan. Ingat kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Hiks…!

Sumber : Koreaboo

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI