Kalau dah namanya Nur Fazura, pakailah baju apa, mekap dan dandanan rambut bagaimana sekalipun, hasilnya tetap gorgeous juga.
Petang tadi telah berlangsungnya persandingan kali ketiga untuk Fazura dan Fattah Amin. Kali ini, mereka meraikan penyatuan ini bersama para peminat pula selepas majlis resepsi sebelum ini diadakan khas untuk keluarga, sahabat, rakan media dan selebriti.
Dalam pada semua orang memuji busana songket ber-cape berwarna biru cair daripada Altelia Amani yang disarung Fazura, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.
Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang.
Fazura mendapatkan khidmat jurumekap Japhet (KF) Bong dan jurudandan CKay Liow.
Untuk bahagian wajah, KF mulakan dengan langkah skin preparation seperti moisturizing cream dan instant mask untuk melembapkan kulit dan menutup liang pori.
Selepas KF siapkan solekan natural untuk Fazura, dia menggunakan bulu mata palsu 3D Silk Lash by BeFaz. Menurutnya, ia tidak sukar pun untuk dipakai – hanya lekat, tekap dan siap!
Bagi dandanan rambut sanggul ke belakang pula, CKay menggunakan produk dari koleksi Schwarzkopf Osis seperti hair wax
dan hairspray.Kesemua rahsia ni sebenarnya bukanlah rahsia sangat pun, semuanya ada dijual di portal online dan kedai farmasi. Cuma tinggal curi masa sedikit dan apply pada muka dan rambut.
Mana tahu, boleh jadi secantik Fazura!