Memang menyakitkan dan perit juga wax dibahagian wajah. Tapi tak ada ke cara yang tidak menyakitkan?
Perempuan ‘bermisai’ memang sesuatu yang tidak cool dan kelihatan pelik. Keyakinan seorang gadis boleh menurun apabila mereka tersedar sesuatu yang ganjil wujud pada wajah mereka.
Girls, jangan risau! Sebenarnya misai ni bukanlah seperti apa yang dimiliki oleh lelaki tetapi ia sebenarnya hanyalah rambut halus yang tumbuh di atas bibir.
Jika korang nak hilangkannya tanpa rasa sakit, ada caranya..
1. Telur
Asingkan kuning telur dan ambil putih telur sahaja. Campurkan ia dengan gula halus dan tepung jagung. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan ke atas bibir.
Biarkan selama 15-20 minit kemudian tanggalkan masker. Waktu ni bulu roma akan tercabut sekali apabila masker ditanggalkan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
2. Kunyit
Kunyit juga boleh membantu mengurangkan misai nipis yang ada di bahagian atas bibir. Caranya hiris halus sebiji kunyit dan campurkan hirisan dengan sedikit susu hingga menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
Pakai masker kunyit di kawasan yang berbulu kemudian biarkan hingga kering. Lama kelamaan ia akan gugur. Kunyit juga dapat melambatkan pertumbuhan bulu roma di kawasan tersebut. Lakukan ia sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3. Lemon
Campurkan air perahan lemon ini dengan gula hingga larut kemudian sapukan di kawasan atas bibir seperti biasa. Biarkan ia selama 15-20 minit kemudian gosok perlahan hingga bulu roma tercabut.
Untuk dapatkan kesan yang lebih berkesan korang boleh cuba lakukan dua minggu sekali.
Sebenarnya nak cantik, tak perlu keluar modal mahal pun kan? Yang penting kena rajin.
Temu Bual Eksklusif #StrangerThings2: Remaja Bersama Noah Schapp, Joe Keery, Dacre Montgomery & Sadie Sink Di Manila!
Bukan selalu dapat kita saksikan sebuah siri televisyen yang memaparkan kanak-kanak sebagai watak utama dengan tema jalan ceritanya berunsur thriller, sains fiksyen dan sarat dengan tribute untuk budaya pop terkenal era 80-an.
Kejayaan luar biasa yang dikecapi oleh Stanger Things pada musim pertamanya membuatkan siri ini telah berjaya mengumpul peminat yang ramai. Jika tahun lalu ia berjaya membuat hidup setiap karakternya ‘upside down’, musim kedua pula menjanjikan sebuah misteri yang lebih hebat.
REMAJA x STRANGER THINGS 2
Selepas musim pertama ditayangkan, Stranger Things mengecap populariti yang luar biasa. Adakah kamu menjangkakan sambutan hebat begini?
Joe: Kami agak beruntung kerana diberi peluang untuk membintangi sebuah siri televisyen yang hebat seperti Stranger Things. Sejujurnya, selepas selesai proses penggambaran saya boleh menjangkakan ia mendapat sambutan sebegini. Dengan jalan cerita serta skrip yang baik, memang ia tak mustahil.
Sepanjang penggambaran apakah babak yang paling kamu ingati serta gemari?
Noah: Sejak dulu jawapan saya ini pasti tidak berubah. Babak kegemaran saya ialah ketika kami berempat (besama Dustin, Mike dan Lucas) bermain D&D (Dungeons & Dragons). Untuk pengetahuan semua, itu merupakan hari pertama penggambaran bagi kami. Perasaannya agak berbeza kerana ketika itu kami bebas dari sebarang tekanan dan babak itu pula cukup menghiburkan. Ia sangat kelakar sehinggakan ambil masa yang lama untuk habiskan babak itu.
Noah, bagaimanakah berlakon sebagai anak kepada Winona Ryder. Adakah dia turut memberikan tip lakonan dan membantu kamu?
Noah: Oh yes! She’s so sweet... sentiasa membantu saya tidak kira masa. Ada satu ketika saya berdepan kesukaran untuk melakonkan sebuah babak. Saya hubungi menerusi text message untuk bertanyakan pendapatnya untuk skrip saya. Keesokan harinya dia datang ke lokasi penggambaran lebih awal semata-mata ingin membantu saya. She’s awesome.
Watak kamu sebagai Will agak terhad penampilannya pada musim pertama. Adakah kamu berasa sedikit dipinggirkan?
Noah: Eh, tidak sama sekali. Itu merupakan musim pertama dan musim kedua nanti karakter saya menjanjikan sesuatu yang jauh berbeza. Mungkin pada musim pertama watak saya keluar dan masuk tidak menentu. Tetapi untuk musim kedua, Will akan berada di situ sepanjang masa dan memainkan peranan panting dalam pergerakan plot jalan cerita.
Joe, sepanjang musim pertama watak kamu berada di tengah-tengah antara baik dan nakal. Bagaimana pula dengan musim kedua?
Joe: Pada musim kedua, Steve akan bermula di masa penghabisan musim pertama iaitu bersama Nancy. Apa yang saya boleh katakan Steve tidaklah berubah secara drastik tetapi dia dalam fasa perubahan. Sama-sama kita tengok nanti (senyum).
Bagaimana pula dengan cinta tiga segi antara karakter kamu Steve, Nancy dan Jonathan?
Joe: Agak menarik menyaksikan mereka bertiga walau apa jua masalah dihadapi bekerjasama berdepan dengan demogorgon. Nancy mungkin berbelah bahagi antara Steve dan Jonathan, namun setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Duffers Brothers cukup bijak merencanakan hubungan mereka bertiga dan mengaitkannya dengan perjalanan plot.
Episod pertama Stranger Things 2 diberi judul ‘MadMax’. Adakah ia merupakan satu homage secara tidak langsung kepada filem berjudul sama?
Sadie: Karakter yang saya lakonkan pada musim kedua ini merupakan gadis yang baru berpindah ke Hawkins dikenali sebagai Max. Setahu saya ia tidak ada mengena dengan filem Mad Max tetapi mungkin secara tidak langsung merupakan homage kepada filem tersebut. Seperti yang diketahui Duffers Brother memang gemar menyelitkan unsur-unsur budaya pop ke dalam Stranger Things.
Dacre dan Sadie, kamu berdua melakonkan watak sebagao adik-beradik yang baru berpindah ke Hawkins. Bagaimana kamu menyesuaikan diri?
Sadie: Chemistry antara kami dan pelakon-pelakon lain berlaku dalam sekelip mata. Mungkin inilah magis yang dibawa oleh Stranger Things.
Dacre: Kami tidak berjumpa antara satu sama lain hinggalah di Atlanta. Agak sukar nak gambarkan bagaimana kami wujudkan persefahaman. Mungkin secara ringkasnya saya boleh katakan kami merupakan kawan dan musuh di lokasi penggambaran. Manakala di luar set pula kami merupakan sebuah keluarga yang besar.
Sadie dan Dacre, bagaimanakah perasaan kamu bekerjasama buat pertama kali dengan pengarah Duffers Brothers dan pelakon-pelakon sedia ada?
Sadie: Yeah, pada mulanya agak scary juga. Melihatkan kejayaan mereka pada musim pertama, ia merupakan satu tanggungjawab berat untuk saya dan Dacre. Namun, mereka semua menyambut kemunculan kami dengan baik. Semua orang sangat baik sekali.
Dacre: Pelakon-pelakon senior yang nama mereka cukup gah seperti Winona Ryder sangat supportive. Malah, dia ambil effort untuk berbual dengan saya dan bertanyakan tentang negara asal saya, Australia. Pelakon-pelakon lain juga sangat prihatin dan banyak membantu. Duffers Brothers pula tidak pernah lokek ilmu.
Untuk melakonkan watak Max dan Billy, apakah skil baru yang harus kamu harus kuasai?
Sadie: Seriously, seumur hidup daya tidak pernah main skateboard. Max merupakan seorang skatergirl yang hebat. Saya ambil masa beberapa bulan mempelajarinya.
Dacre: Bagi saya pula, bola keranjang. Sebelum ini memang saya tidak pandai bermain bola keranjang. Namun dengan bantuan jurulatih peribadi sedikit sebanyak saya dapat mempelajarinya dengan baik.
Adakah kamu masih ingat bagaimanakah proses uji bakat sebelum ditawarkan melakonkan watak Max dan Billy?
Sadie: Bagi saya ia cukup mendebarkan sekali. Saya melalui proses uji bakat ini secara beberapa peringkat. Setiap satu sesi, Duffers Brothers meminta saya membacakan skrip dengan cara berbeza. Proses pertama dengan sesi Skype, seterusnya screen test.
Dacre: Berbeza pula dengan saya. Saya berada di Perth dan menghantar video filem pendek yang saya lakonkan. Saya Skype bersama mereka dan tiga hari kemudian mereka tawarkan watak ini. Mungkin ia hari paling bertuah buat saya.
Menerusi temu bual sebelum ini, kamu pernah nyatakan untuk watak ini kamu mendalami lakonan Jack Nicholson. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut?
Dacre: Apa yang Duffers Brothers mahu daripada saya ialah menjadi antagonis yang walau apa jua perkara jahat dilakukannya, in the end… dia masih lagi manusia. Jack Nicholson banyak melakonkan watak seperti ini dengan baik jadi saya mengambil inspirasi daripada dia untuk melakonkan watak Billy dengan berkesan.
Apakah harapan kamu untuk Stranger Things 2?
Noah: Saya harap Stranger Things 2 akan terus menghiburkan peminat kami yang tidak henti-henti memberikan sokongan luar biasa. Ada banyak misteri baru yang pasti menghiburkan semua penonton tidak mengira peringkat usia.
Joe: Walau apa pun yang berlaku nanti, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada karya masterpiece ini. Saya berharap ia akan menjadi satu hadiah bermakna buat peminat.
Sadie: Harap penonton boleh menerima watak Max dengan baik. She’s the new girl in town!
Dacre: Saya yakin Stranger Things 2 boleh mengulangi kejayaan musim pertama yang lalu. Segala kerja keras yang kami curahkan tidak lain tidak bukan hanya untuk peminat. Teruskan memberi sokongan kepada kami ya!
https://www.youtube.com/watch?v=vgS2L7WPIO4
*Stranger Things 2 akan mula ditayangkan di Netflix bermula pada 27 Oktober 2017. Mark your calendar now!
8 Foto Selebriti Popular Dunia Yang Jauh Lebih Kacak Ketika Berusia
Isi Kandungan
ToggleSetiap individu melalui fasa perubahan kehidupan, sama ada daripada segi fizikal mahu pun gaya hidup berbeza. Semakin melonjak usia, ramai yang menganggap seseorang individu itu akan berubah penampilannya dan kelihatan lebih tua.
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang kelihatan lebih menarik dan bergaya sewaktu umur mereka meningkat usia, terutamanya dikalangan selebriti.
Jom kita lihat antara individu popular dunia yang berubah gaya menjadi lebih menawan ketika berusia.
1. David Beckham
Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
2. Orlando Bloom
Pelakon Hollywood Orlando Bloom masih mengekalkan wajah tampan walaupun sudah berusia 44 tahun.
3. Charlie Hunnam
Pelakon filem The Gentlemen ini juga dilihat masih segak bergaya di usia 40-an.
4. Hugh Grant
Walaupun sudah berusia 61 tahun, Hugh Grant jauh lebih tampan berbanding ketika usia mudanya.
5. Cristiano Ronaldo
Individu yang paling ramai pengikut di media sosial ini juga kelihatan berbeza sungguh jika hendak dibandingkan dengan dirinya di usia muda.
6. Jon Bon Jovi
Kini berusia 59 tahun, Jon Bon Jovi antara figura antarabangsa yang memiliki wajah tampan segak bergaya walaupun sudah berumur.
7. Adam Levine
Vokalis kumpulan Maroon 5 ini juga nyata lebih kelihatan menawan ketika usianya menginjak 40-an.
8. Chris Evans
Pelakon filem siri Marvel ini telah membuktikan bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Walaupun di usia 40-an masih kekal tampan.
Ada juga yang makin tua makin helok kan. Hiks!
Sumber: (1)
GOT7 Buat Comeback, Lancar Album Penuh “Breath of Love: Last Piece” November Ini
Berita baik buat peminat kumpulan K-pop, GOT7 khabarnya bakal membuat comeback pada November ini setelah mereka memuat naik poster comeback secara rasmi di Twitter.
Poster terseut mendedahkan bahawa GOT7 akan kembali dengan album baru yang berjudul “Breath of Love: Last Piece”. Kumpulan ini juga khabarnya bakal melancarkan pre-release single terbaru mereka, Breath pada 23 November waktu Korea dan dijangka album penuh akan menemui peminat pada 30 November pukul 6 petang waktu Korea.
GOT7 <Breath of Love : Last Piece> COMEBACK POSTER#GOT7 #갓세븐 @GOT7Official#IGOT7 #아가새#GOT7_BreathofLove_LastPiece#GOT7_Breath#GOT7_LastPiece pic.twitter.com/ejuqTN6QTy
— GOT7 (@GOT7Official) November 8, 2020
Teaser album ini juga telah pun dilancarkan dan ia merupakan album penuh buat pertama kalinya sejak dua tahun selepas album “Present: YOU” pada 2018.
JYP Entertainment juga turut mengulas lanjut tentang album ini dan menjelaskan bahawa GOT7 sekali lagi akan memikat hati pendengar di seluruh dunia dengan comeback yang membariskan 7 anggota kumpulan ini.
Berita ini juga turut mendapat perhatian netizen yang sememangnya menantikan comeback dari GOT7.
Sama-sama kita nantikan album penuh keempat GOT7 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kita lihat apakah kelainan yang akan dibawa kali ini.
Stay tuned!
Sumber: Soompi